Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, December 07, 2017

Majlis sambut menantu..selesai sudah!!

Khamis 5 Dec.2017

Assalamulaikum..salam sehati sejiwa...Alhamdulliah selesai segala-galanya.majlis menyambut menantu Fairuz Shayidda dan Khairul Azwan...rasa lega ..puas dan segala-galanyalah dalam masa sebulan membuat preparation dengan beralih tempat majlis..bulan dis. bulan hujan menjadi faktor yang menyebabkan terpaksa beralih tempat menyambut menantu yang pada awalnya akan dilangsungkan di rumah...tetiba hujan yang tak henti2 menyebabkan air di depan rumah melimpah ruah...macam tak sesuai untuk diadakan di rumah...mulalah cari tempat yang sesuai dan mampu menampung kehadiran tetamu dalam seribu orang...maklumlah menantu sulung dalam keluarga kami...kata orang pertama kali membuat majlis dalam scala yang besar gini...

Setelah berbincang dengan pihak pengurusan Kelab Golf Desa Dungun dengan tarikh pada 2 Disember..maka termenterilah Kelab Golf Desa Dungun dianggap paling sesuai memandangkan rombongan pengantin perempuan dikabarkan akan menginap di Hotel UiTM Dungun...setentang dengan Kelab Golf Dungun..Dari sini bermulalah segala2nya...yang penting duit mesti cukup huhu..banyak perkara yang perlu disettlekan dengan duit bak kata orang "no money no talk"..pening jugok yer dalam situasi sekarang...tapi perancangan Allah Taala adalah sebaik2 perancangan...kata orang kalau niat nak bagi orang makan InsyaAllah  semua mencukupi dan majlis selamat tanpa sebarang gangguan yang entah apa2...yalah si kroll kerap jugok mengadu seluruh tubuh lemah dan tidak bertenaga...ada ganggualah maksudnya...ikthiar dengan Ust. Alias ..katanya adalah perkara2 diluar  pemikiran kita untuk diucapkan...oppp tu yang mampu diungkapkan di sini...

So... majlis berjalan dengan meriah dengan hujan renyai2 jugak tetapi bila kita buat kat dewan ni...masalah hujan ke apa ke tidak berlaku..parking yang luas dan selesa..ratanya memuji tempat yang cantik dan selesa..Alhamdulliah dengan makanan yang sedap...Terima kasih pada katerin Cik Na serta Cik Adila kerana pelamin dan tempat makan beradat simple tetapi meriah dan cantik.. mereka semuanya  cukup faham dengan kehendak tuan rumah..kepada sanak saudara yang datang membantu juga diucapkan terima kasih daun keladi lain kali nak minta tolong lagi...Pada tetamu yang datang terima kasih banyak2 kerana kehadiran anda semua membawa rahmat kepada tuan rumah..Kepada Dr Hj Saidin dan Dr Hjh Farihah serta rombongan dari Kedah kami merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke Dungun..InsyaAllah kita bakal bertemua lagi dalam majlis yang akan datang..

Keluarga kami..belah khairul Azwan...

Keluarga Fairuz dari  Kedah..



Mami doakan hingga kekal hingga Jannah...InsyaAllah..


Antara susunan kerusi untuk para tetamu...tempat cantik tetapi tidak diurus dengan baik..

Bersama Azyan anakde sanggup terbang dari UK semata-mata meraikan majlis adik tercinta..
we love you Kak Sha..

Bersama Kakak sulong yang berkahwin dengan orang Kedah Jugak..



Thursday, November 09, 2017

Selamat Pengantin Baru ...khairul Azwan!

Rabu 9 nov.2017

Assalamualaikum..Salam sehati sejiwa...alhamdulliah selesai semuanya...Tahniah Khairul Azwan dan Faifuz Syahida kerana selamat diijabkalbu dalam majlis yang cukup meriah dan happening bagi kami rombongan che kiah jauh dari Terengganu...membelah bumi sungai Petani lagi...jauh bukan bermakna hubungan silaturrahim tidak dapat dieratkan...jauh mane pun dengan kemudahan yang ada semuanya nampak dekat dan mampu diselesaikan dengan rahmat dan redha Allah Taala juga....syukur dan doa yang mampu dipanjatkan kerana kroll sah menjadi suami kepada fairuz...bermakna tanggungjawab tu dah bertukar tangan...mami dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak demi kebahagiaan dan ruang hidup yang amat panjang lagi untuk ditempuh dalam alam rumahtangga.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga dirakamkan di sini kepada pihak pengantin perempuan terutamanya DR. Haji Saidin dan Dr. Hjh Farhah kerana menerima kami seadanya dengan serba kekurangan dan berlapang dada menerima khairul Azwan sebagai menantu dalam keluarga doktor...kerdil kita bila sampai di sana..bermenantukan anak beranak doktor...kami di kalangan guru ini rasa rendah diri jugak...tetapi status bukan segala-galanya kerana penyatuan dua hati itu tidak melibatkan kekayaan tetapi sucinya ikatan mereka berdua serta sudah dijodohkan oleh Allah mereka berdua...kita ibu bapa ni terima seadanya....

Majlis yang diatur cukup meriah dan gilang gemilang...mengikut adat dan majlis pada hari itu 28 Nov. 2017 memberi makna yang mendalam kepada rombongan kami dengan tempat penginapan yang eklusif serta selesa. Sejambak terima kasih yang seharum kasturi dititipkan agar hubungan kekeluargaan kami ini berkekalan..Insyaallah..kepada anakda khairul Azwan dan menantu Fairuz shahida jalanilah kehidupan berumahtangga dengan kesabaran yang tinggi serta cuba mendalami hati dan perasaan masing-masing dengan jiwa yang sentiasa dekat dengan Allah agar segala tindakan dan tindak tanduk kita tidak menyimpang dan syahdunya alam rumahtangga ini ibarat syurga firdausi....Alhamdulliah dan tahniah...


sebelum diakad nikah..senyum sokmo

dua belah pihak bersatu hati..

kami ..Azyan tiada dalam gambar ini..




Monday, September 25, 2017

Alhamdulliah...akhirnya bertukar juga!!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Bertemu kembali...Akhirnya bertukar juga ke sekolah yang berdekatan dengan rumah...nak kata dekat daklah jugak dalam 20 KM dari rumah ke sekolah baharu iaitu SK Padang Pulut ...sekolah yang ada asrama kepada murid-murid sekolah rendah....dengan bilangan guru seramai dalam 35 orang...pertukaran ini bermula pada 17 September 2017 .....ini bermakna setahun 2 bulan aku berulang alik dari rumah ke SK Kampung Shukor sehala dalam 90KM huhu...jauh dan amat penat...hanya Allah aje yang tahu betapa penatnya setiap hari...tu pun hubby yang bawa kereta...

So...rasanya minggu depan mula bertugas di sekolah baru...dengan semangat dan azam baru mencipta kecermelangan selagi terdaya dan mampu...doa yang terbaik moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bergelar  Guru Besar....Berbagai cabaran terpaksa ditempuh...apa yang pasti janji Allah itu pasti...yakinlah pada ketentuan padaNYA kerana kita merancang DIA yang tentukan perjalanan hidup kita hingga kini.

Kepada semua guru dan staff SKKS terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima kita seadanya dalam serba kekurangan dari segi kemudahan dan idea serta kepakaran yang ada. Banyak kenangan yang manis sempat dikutip di sini,dengan pelbagai aktiviti yang telah dibuat serta mendapat kerjasama yang baik dariapda PIBG dan penduduk kampung ....walaupun ramai di kalangan mereka semacam tidak merestui pertukaran ini...yalah cuma setahun berada di sini...tapi apa kan daya jauhnya perjalanan itu memaksa kita tak mampu untuk menanggung kepenatan yang berbuah-buah itu.

Kepada ketua jabatan PPD Dungun, sekalung terima kasih juga diucapkan walaupun pada mulanya dikhabarkan sekolah lain yang akan ditempatkan tetapi kita sebagai penjawat awam menerima segala yang ditentukan dengan hati yang terbuka...ada hikmah disebalik itu kerana siapalah kita untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat. So...sentiasa berlapang dada bahawa di mana kita ditempatkan  di situ lah kerja buat kita.

Pada sekolah baru yang akan ditempatkan visi dan misi tetap sama Pendidikan Sejahtera Insan Terdidik Negara Sejahtera sentiasa terpahat dan slogan PPD Dungun #Dungun Cemerlang akan menjadi agenda utama dalam organisasi di sekolah baru kelak INSYAALLAH...
Bersama dengan KPPD Tuan Haji Muie bin Ngah menerima surat lantikan pertukaran


Bersama-sama rakan GB yang terlibat dalam pertukaran...Tahniah n Syabas
Bilik yang dihuni selama 2 tahun 2 bulan...
Kawasan sekolah lama walaupun kecil tetapi cukup mendamaikan


Sunday, July 02, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri ...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang merayakan Aidifitri..moga raya tahun ini kita masih lagi diberi kesihatan yang baik dan mampu menjalani ibadah puasa sehabis baik...Alhamdulliah raya tahun ini dikelilingi anak-anak dan nekmanya..
semua ahli keluarga berkumpul di rumah...mungkin tahun depan berubah bilangannya...sebab si kroll dah jadi suami orang..Insyaallah..dengan izin dan rahmahnya...Tema kami pada tahun ni warna pupple...yang paling teruja si kecik Azeem sebab abang2 n kakaknya dari UK dapat bersama-sama kali ini....


Wednesday, June 14, 2017

Samperit Susu..sedap!

14 Jun  Rabu 2017

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Salam Ramadan AlMubarak juga...hari ni dah masuk hari yang ke 19 kita menunaikan ibadah puasa...kejap je masa berlalu bermakna 11 hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam...apa2 pun Ramadan yang masih berbaki ini kita hiasi iman kita dengan banyak membaca Al Quran..berselawat dan berzikir moga fadhilat  dan pahala dalam bulan Ramadan dapat ditingkatkan..InsyaAllah.

Posting tertunda sebenarnya...time rajin gini lah sempat siapkan biskut samperit susu yang dioleh oleh Azlina Ina dalam facebook beliau kebetulan ditunjukkan cara..kita apa lagi share aje lah moga ampunya ok je sape yang nak share resepinya...biskut ni kalau tak pernah buat memang payah untuk menjadinya..bila kita paipkan adunan bunganya tidak menjadi...tapi resepi cikgu Azlina ni alhamdulliah kelopak bunga menjadi n cantik...apa yang pasti selepas picit tu..simpan dalam frezer kejap supaya ianya keras skit..baru dibakar..bunganya still cantik n tidak jatuh gitu...ok disebabkan ampunya diri baik hati share resepinya maka saya pun baik hati share lah jugok...hehe semak resepi di bawah ini yer..

Samperit Susu

1/2 cawan mentega
1/4 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung
1 sb tepung beras
1 sb tepung kastad
1 st esen vanila

cara-cara
1. pukul mentega bersama dengan susu pekat hingga sekata.
2. Masukkan Esen vanila, tepung beras, tepung kastad dan last sekali masukkan tepung jagung.
3. sebatikan adunan hingga sekata. Boleh paipkan dalam acuan bunga.
4. Biarkan seketika/masukkan dalam frezer kejap sebelum dibakar. 

Saya gabungkan warna merah supaya nampak cantik..tak lah warnanya kuning je..ikut kreativiti masing-masing..

Ada orang guna acuan gini...bunganya akan berlapis2...tapi saya guna nozel acing yang besar...

Tuesday, May 30, 2017

Kek lagi...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Bila tetiba semangat untuk berentry mencurah-curah datang...hehehe...saje nak post pic kek tiramisu yang dibuat untuk majlis hari Guru tahun ni.. melengkapkan koleksi kek bebenornya..dua biji kek sempat disiapkan...satu untuk sekolah hubby Sk Pasir Raja ...satu lagi untuk sekolah sendiri...kata orang bukan senang nak buat kek dalam keadaan kita yang sentiasa sibuk n jauh berulang...penat..bila ada yang nak order..cepat2 kita angkat tangan..memang dok sempat n tadak masa..tu pun mengekek dalam keadaan terpaksa...hehe


Dalam masa yang sama sempat jugok menyiapkan kek tiramisu untuk Azeem sempena hari lahirnya yang ke 12..kebetulan tarikhnya juga hampir dengan hari guru...
 

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat..semoga ibadah puasa tahun ini adalah yang terbaik bagi diri kita berbanding tahun2 lepas...ambillah sebnyak mane fadilat dan pahala yang berikan oleh Allah moga kita beroleh keberkatan dan keimanan yang berpanjangan..InsyaAllah..

Puasa adalah amalan ibadah utama selama Ramadhan. Pahalanya pun dilipatgandakan lebih besar dibandingkan pahala amal kebaikan lainnya.

Jika pahala satu kebaikan biasanya dilipatgandakan oleh Allah SWT menjadi 10 kebaikan hingga 700 kali lipat, maka puasa lebih besar dari itu, sebagaimana hadits shahih:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

"Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah 'Azza wa Jalla  berfirman, ‘Kecuali puasa, sungguh dia bagianku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, karena (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwatnyadan makannya karena Aku’. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembria ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah dari pada bau minyak kesturi.” (HR Bukhari dan Muslim).
 
 

Pujuk hati lagi..sampai bila...

Asalamulaikum dan salam sehati sejiwa...posting sambil menunggu waktu isyak..tetiba rasenya nak menulis di sini..pada kesempatan yang terbatas..banyaknya program majlis guru besar rancang tak keruan kita dibuatnya...

Pujuk hati.....waaaa..nak menangis pun ada..yalah..punyalah ramainya guru besar yang bersara di bandar ni...tapi nama kita tak naik2...untuk bertukar..dulu janji hingga bulan januari je...sekarang masih lagi di sini...huhu..manusia dipegang pada janji...tapi depa buat dak je...org yang ada power n kuasa ala spiderman jugok senang2 je dapat balik ke bandar...kita ada gusi dan lidah je mane nak dapat...menangis air mata darah sekali pun tak ada org nak ambik tahu pun..so...menggigit jari jawabnya...macam menunggu buah yang memang payah nak gugur...

Begitu adat dunia...sejarah tidak pernah menipu...siapa yang kuat n berkuasa dia raja...sampai bila2 beginilah jadinya jika ....sistem yang ada tidak mesra alam..huhu...



Sunday, May 14, 2017

Selamat Bertunang kroll.....

Ahad 14 Mei 2017 

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...lama bebenor tidak menulis di sini..semenjak memegang jawatan dalam pentadbiran, tumpul rasenya idea untuk meluahkan sesuatu...rasa terkilan ada jugak..ya lah memang bidang menulis menjadi kegemaran kita sejak di bangku sekolah lagi...tidak jugok bertandang ke blog sahabat  apatah lagi bertanya kabor..rasenya diaorang pun sama juga macam kita tumpul idea... tak pun sibuk dalam semua urusan...

Posting petang ni...Selamat bertunang khairul Azwan anakde ke dua dalam keluarga memecah tradisi langkah bendul dari kak long bertemu pujaan hatinya...nun jauh ke utara orang kedah nooo...jauh di sana ..jumpanya...  rahsia katanya...hihi keluarga orang baik2 ayah dan bondanya cukup spoting dan open...tetapii cukup bertradisi...dari merisik...kemudian ditetapkan hari bertunang..langsungnya tak tahu lagu..tunggu katanya sebab si fairuz ni masih belajaq... housemanship...kita ibu bapa berserah kepada dia berdua untuk tentukan bila disatukan..ya lah nak paksa2 permintaan dari kelaurga si perempuan nak juga anak menjadi seorang doktor..impian dia sejak kecil...kita di pihak kroll (nama timbangan) tak dak apa..mana yang baik...

So...majlis gilang gemilang disambut dengan meriah...terkedu n terharu jugok..depa buat majlis macam kenduri kahwin...katanya mama fairuz suka melihat suasana yang meriah dan cantik...kita bukan apa tumpang gembira lah juga..kami diraikan dalam majlis yang meriah n santai cuma dikelilingi sanak saudara terdekat dan sahabat duai yang dekat sahaja...tu pun dikira sangat happening...Thank you Dr. Saidin dan Dr. Farhah makanan yang disajikan cukup sedap..ala-ala hotel gitu...

Kepada semua sanak saudara yang berlapang dada memeriahkan majlis kami diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengambil cuti dan meredah perjalanan yang jauh untuk sampai ke kedah Darul Aman...InsyaAllah dalam kesempatan yang akan datang kita berkunjung lagi dalam penyatuan dua hati sehingga akhir hayat mereka..InsyaAllah.

Hubby bersama Dr. Saidin

Kroll..hihi hansem gitu..macam Fattah Amin orang kata bukan mami kata hihi..

Bersama dengan Dr. Farhah

Ini keluarga kami...seorang tadak dalam pic ni huhu...












Thursday, January 19, 2017

Masih lagi di sini...

Khamis 19 Januari 2017

Assalamulaikum dan salam sejahtera...masih lagi di sini...tajuk entry ..setelah 7 bulan di Sk Kampung Shukor sebagai pentadbir menjalani kehidupan seperti biasa...dengan kalutnya perjalanan yang memakan masa selama 1 jam lebih sehala setiap hari..meredah kabus...hujan yang sampai sekarang masih lagi hujan...yerlah...kawasan Hulu Dungun hujan tidak menentu..tambah2 lagi nak sambut Tahun Baru Cina..cuaca memang dingin n sejuk...

Bukan tak suka ditempatkan di sini...cuma jarak perjalanan yang memenatkan...dalam usia gini..mengantuk yang tak tahannya..lebih2 lagi ketika waktu pulang...jalan jangan cakap sesunyi...sunyinya..kalu seorang memandu memang gerun...kata orang macam2 bunyi... dikelilingi hutan tebal tapi yang oknya jalannya memang baik dan sempurna dijaga...mungkin laluan ke Pusat Perkelahan Pasir Raja serta adanya Air Terjun Chemerong menjadi tarikan ke sini...so berlapang dadalah..pujuk hati...so..masih adakah sinar yang membahagiakan...harap2 ada pelangi di sekeliling jangan ada pelangi di mata...waaaa






Hutan Lipur Sungai Chemerong adalah antara hutan rekreasi paling popular dan unik di Malaysia. Malah, ia mempunyai tahap air terjun tertinggi di Malaysia, pada 305 meter. Hutan rekreasi dijaga oleh Jabatan Perhutanan dan kemudahan seperti wakaf, gerai, surau dan tandas turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Monday, January 02, 2017

Kek Gebu Gebas...marvelous!

Isnin 2 Jan 2017

Assalamulaikum...Salam sehati sejiwa...Tak lupa Selamat Tahun Baharu 2017...bermakna bertambah lagi usia dan mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan...kurangkan stress dalam waktu bekerja...sekejap aje rasenya masa berlalu...huhu..

Ok posting pagi ini, setelah mengharungi lebatnya hujan mengharungi jalanan bersama hubby..takut pun ada...hati..jangan cakap keruan..bimbang kut2 jalan dinaiki air bermakna tersandar di tepi jalan...Musim tengkujuh melanda waktu awal persekolahan...dunia jugok dah semakin tua..dulu-dulu kalau banjir mesti bulan Disember...sekarang dah berjangkit ke bulan Januari...apa2 pun kita redha dengan ketentuan Allah..pasrah seketika...

...sambungan tentang kek tadi..share dalam facebook resepi ni facebook sape..lupalah nak tag nama ampunya resepi ni...tapi apa yang pasti kek ini gebu segebunya...makan kira oklah...tidak manis sangat just find..mungkin disebabkan mentega dicairkan dan diletak diakhir adunan setelah semua bahan dicampur semua.. itu yang menyebabkan kek ini menjadi gebu ala-ala sponge kek gitu....Boleh share resepi di bawah ini..tidak sia2 mencubanya...



Resepinya:

200 gm mentega (dicairkan)
180 gm gula castor
220 gm tepung gandum
5 biji telur gred B
50ml susu cair
1/2 sudu teh vanila
2 sudu besar overlet.

Caranya
1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer kecuali mentega yang dicairkan.

2. Mix sehingga adunan menjadi putih dan gebu.
3. Masukkan mentega yang dicairkna. gaul rata.
4. Bakar dalam ketuhar selama setengah jam mengikut oven masing2.

s e l a m a t   M e n c u b a....