Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, May 16, 2019

Selamat Hari Guru..!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Posting pagi ini...tidak lupa nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia yang masih bergelar guru..Jasa dan pengorbanan cikgu2 tiada galang gantinya kerana pandainya seorang murid di sekolah adalah hasil bimbingan dan tunjukajar guru walaupun cikgu itu berada di mana sahaja..setiap patah kata yang keluar itu adalah ajaran dan kata2 hikmat yang menjadi ikutan dan pedoman kepada anak muridnya kerana guru tidak akan membiasakan dirinya untuk mengajar sesuatu di luar ajaran yang telah dipelajarinya...



Monday, May 13, 2019

Selamat Berpuasa...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..


So posting pagi ini nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslim dan muslimat..mohon sangat Allah panjang usia untuk menghayati bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala yang melimpah ruah jika bijak dalam mengatur kehidupan dalam bulan Ramadan..Hari ini dah masuk 8 hari kita berpuasa..Alhamdulliah Allah kurniakan cuaca yang tidak panas sangat dan kita mampu menahan lapar dan dahaga dengan rahmatNya jua...

Sempat menyernaraikan 10 fadilat puasa yang patut diketahui oleh kita:

1. Allah Azza wa Jalla menjadikan puasa di Bulan Ramadhan Sebagai rukun keempat dari rukun Islam. Sebagaimana firman-Nya:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه

2. Allah menurunkan Al-Qur’an di dalam Bulan Ramadan

3. Allah menetapkan Lailatul Qadar pada bulan tersebut, yaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

4. Allah menjadikan puasa dan shalat yang dilakukan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) sebagai sebab diampuninya dosa.

5. Allah menjadikan puasa dan shalat yang dilakukan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) sebagai sebab diampuninya dosa.

6. Pada setiap malam (bulan Ramadan) ada yang Allah bebaskan dari (siksa) neraka.

7.  Puasa pada bulan Ramadan (merupakan) sebab terhapusnya dosa-dosa setahun yang lampau.

8.  Orang yang menunaikan taraweh bersama imam hingga selesai, dicatat baginya seperti qiyamul lail semalam (penuh).

9.  Puasa di bulan Ramadan senilai puasa sepuluh bulan.

10.  Melaksanakan umrah pada bulan Ramadan, pahalanya sama seperti haji.

Semoga fadilat bulan ramadan yang disenaraikan di atas mampu mendekatkan diri kita dengan Allah dan kita sebagai hamba Allah yang serba daif ini tergolongan dalam mereka yang beriman dan mendapat pahala dalam kerjabuat kita.InsyaAllah.

Tuesday, May 07, 2019

Selamat Hari Guru..Retrolah sangat!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Bersiaran lagi..walaupun agak tertunda tetapi still ok lagi untuk diceritakan di sini.. Hari guru tahun ni disambut awal memandangkan dekat dengan bulan bula puasa..so diawalkan pada 2 Mei sepatutnya 16 Mei apa2 pun itu bukan menjadi satu kesalahan pun udah ditetapkan oleh JPNT kita follow je...hihi

Tema Hari Guru tahun ini Guru..Obor Hemah menyinari pertiwi.. cantik tema tahun ini dengan maksudnya yang mendalam..yang ingin ditonjol bukannya tema hari guru tu..hihi persiapan bila sambut hari guru yang hebatnya....dengan tema retro pakaian cg2 ni  yang tak tahannya..persetujuan daripada semua guru hasil cadangan daripada PKKO..kita ikut je..memang menarik sebenarnya tema ini..dengan kerjasama daripada semua guru dan staf sekolah menghidupkan suasana..apa yang cikgu2 ni pakai  memang menepati konsep  betul baik yang perempuan atau lelaki semuanya mengikut tema...syabas dan tahniah kerana kerjasama yang erat ..kita sekaki sejiwa...banyak aktiviti yang dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya..yang paling spoting cikgu2 puan yang menyanyi lagi "bila larut malam" dengan gerak tari yang mengikut rentak lagu..kata orang tanpa malu pun...hihi masa untuk melepaskan stress walaupun diberitahu sambutan hendaklah dilangsungkan selepas waktu rehat..tetapi kesungguhan persiapan tu yang membuatkan mereka tidak sabar2 merayakannya..hahah

So...gambar2 di bawah ini menceritakan situasi tersebut.

Bila kami melaram...

Bersama pegawai PPD EN. Aizuddin Bin Tumin

Bersama2 dengan guru-guru lelaki yang spoting juga...