Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, August 16, 2022

Renovation Rumah...terkedu!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali di alam siber...lama dak posting dalam ruangan ini...ni pun setelah ada laptop baru jenama Huawei hihi...masih panas lagi..laptop lama tu kita simpan sebab lambat dan dah tua..laptop masa study dlu lebih kurang 10 tahun dulu...banyak jasanya...

Nak cerita pasal reno rumah ni..yalah bila tinjau jiran2 sebelah menyebelah semua rumah mereka berwajah baru ada je yang nak dibaiki..ditambah tapi kita masih rumah yang kalu dulu design macam zaman British..putih biru design masih lama...lama dak lamanya rumah ni dah menjangkau 32 tahun...projek ini dua tahun terbengkalai akibat covid 19..bila keadaan reda dari pendemik baru boleh berjalan semula ..tu pun banyak barang2 pembinaan yang tiada stok ...yalah ekonomi baru nak pulih..semua terpaksa menunggu kerana permintaan barangan pembinaan ini melebihi penawaraan..gituuu..paling ketara sekali nak dapatkan kayu nak dijadikan rangka atap cukup payah ...pendekkata hampir semua stor kayu dan kilang kayu tiada kayu untuk dijual terpaksa menunggu stok baru masuk hampir sebulan..belum lagi dengan simen..atap dan barang2 lain..memang terkesan sungguh...harga???? jangan cakap semua naik secara mendadak..memang lari bajet..huhu disebabkan dah berjanji dengan tukang rumah terpaksa harungi juga walaupun dalam seribu kepayahan...

Sekarang dah 60% siap alhamdulliah..proses seterusnya melepa dan memasang tiles untuk dua buah bilik yang ditambah..Bila anak2 dah dewasa semua nak bilik satu seorang..kongsi masa kecik aje..bila besar semua nak privacy..bila ada orang tanya kenapa nak tambah bilik bila anak2 dah kawin semua akan duduk rumah sendiri..kita tinggal berdua..anak2 tak nak rumah yang patten lama mesti nak rumah yang moden...terkedu jap kita..tapi bila kita melawat negara Eropah..rumah mak ayah walaupun di luar nampak usang tetapi dalaman rumah diupdate oleh anak2..maintain je..sebab mereka menghargai barang2 lama2 ni...biarlah apa depa nak kata apa2 pun..yang pasti kita rasa selesa dengan rumah kita sendiri kecik atau besar..Rumahku syurgaku...abaikan cakap2 orang yang tidak pernah kena di mata mereka..so be cool..hihi