Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, June 24, 2019

Gotong- Royong Perdana..!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

 Bertemu kembali masih dalam aura raya...raya kan sebulan hehe..posting lewat ni gotong royong peringkat sekolah diadakan pada sabtu lepas masa cuti ganti yang diganti sebelum raya..ramailah bebudak yang tidak hadir ke sekolah..almaklumlah cuti sabtu ni masa bersama2 keluarga..tanpa PDPC kita buat gotong royong saje...

Semua murid dan guru terlibat...ada yang bersihkan kawasan..trim pokok dan selebihnya ditugaskan mengecat kawasan sekolah..kawasan sekolah yang dulu kusam kini bertenaga semula..ceria dan bersemangat..terima kasih kepada semua guru yang bersungguh2 dalam projek ni..yalah tanpa sokongan daripada semua susah juga yer nak laksanakan program sekolah...sebab tu lah GB kene pandai main peranan dan cuba membeli hati cikgu2 ni agar segala perancangan yang hendak dibuat dipersetujui dan dilakukan mengikut arahan yang dikeluarkan... Bijak berkata-kata serta tidak menguris hati pekerja dan staf..terkadang susah jugok nak melayan kerenah diorang..tetapi setakat ini mereka mampu faham dan tahu kehendak kita...so Alhamdulliah..syabas dan tahnian buat semua..




Monday, June 17, 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah..meriah!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat pagi ...pepagi berentry semula..seorang2 duk pejabat ni memang tenang dan macam2 boleh buat..so posting pepagi ini sambutan hari raya peringkat sekolah yang diadakan pada Khamis 13 Jun lalu memang awsome sangat..walaupun persiapan dalam keadaan tergesa2 almaklumlah buka sekolah pada Isnin..nak buat mesyaurat lagi nak cari dana lagi..nak hias itu ini semuanya memerlukan masa dan komiment cikgu2..dah pengarah suruh raya tahun ni disambut serentak seluruh negeri... idea pengarah JPNT ini dah terlaksana 2 tahun...huhu huru hara skit perjalanan persiapan..

So sebagai peneraju kita kene akur dalam keadaan keterpaksaan...buat mana yang patut bagi memuaskan semua orang dan segala2nya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.. Cikgu2 SKPP memang terbaik..bersungguh2 serta sekepala dengan GB.. semua gb nak ..dapat dilaksanakan tanpa banyak cakap pun..kata orang pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama..Sayang rasanya nak bertukar ke sekolah lain huhu...

Disebabkan raya disambut serentak..tetamu yang hadir tidak seperti yang diharapkan...banyak sangat undangan serentak payah untuk memenuhinya..dan mereka siap cakap beritahu ke pengarah beri tempoh selama seminggu ke sek untuk sek tentukan tarikh yang sesuai supaya majlis tidak bertembung macam ni...bagus jugak idea itu nnti kita panjangkan pada JPNT kut2 nak diterimanya..

Tahun ni..pelbagai jaudah disediakan semua makanan yang sedap2 tu memang ada..terlebih menu lah pulak..masing2 excited kut nak bawa makanan sendiri..acara yang paling ditunggu pengumuman pakaian cantik di kalangan murid-murid..payah juga hakim nak cari pemenang seramai 25 orang ni...cikgu2 tahun ni kurang menonjol pakaian sedondon..payah nak jugok nak cari pemenangnya..apa2 pun semuanya berjalan lancar.Ucapan terima kasih tidak terhingga pada AJK kelab guru kerana berjaya mengendalikan majlis ini dengan baik..Ini bermakna kontrak anda semua disambung lagi sehingga GB bertukar hehehe..
Pentas yang cantik dibuat spontan tetapi menjadi...tqvm memang hebat..

Melaram..guru2 lelaki lepas geram...suka2

pakaian sedondon yang terpilih..memang sedondonlah ..

Tuesday, June 11, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa 


Alhamdulliah..bertemu kembali dalam suasana Hari Raya..walaupun hari ini dah masuk hari raya ke 7 tetapi sambutannya masih terasa dan disambut lagi...Raya kan sebulan..hehehe..Dikesempatan ini diucapkan Selamat menyambut hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua sahabat taulan..sanak saudara..rakan2 Facebook dan yang mengenali diri ini..Dan sekolah kembali beroperasi seperti biasa setelah dua minggu bercuti raya dan Ramadan sekali..kata orang sambutan dan persiapan yang hendak dibuat memang menjadi kerana terlebih cuti dan cikgu2 pun tidak merungut dan mengambil CRK yang panjang mana yang ingin pulang ke kampung halaman..

So..Kami tahun ni sambut raya berlima sahaja..seorang balik ke Kedah kerana tahun ni giliran di sana dan Si Azyan masih di UK katanya nak habiskan saki baki PHDnya yang masih berbaki  sehingga akhir Jun..InsyaAllah sempat lah tu siapkan tesis..doa mami sentiasa mengiringi dalam setiap sujud..Persiapan macam biasa..sate tetap jaudah utama kami berserta dengan kuah kacang dan nasi impit sekali..semua homemade lake..tiada yang beli kerana kita n anak2 sejak dari dulu buat sendiri semua kuih muih dan jaudah raya..yer jimat dan dapat kuantiti yang banyak..boleh makan sampai kenyang dan bertambah2..rezeki Allah Taala kata orang tak salah tempat.

Tahun ni tiada tema baju yang khusus semua pakai hentam dan sesuai dan memenuhi citarasa yang pelbagai..sebab semua udah besar dan ada pilihan sendiri..raya orang dewasa ni bukan macam raya bebudak sekolah rendah tidak demand apa2 pun..janji raya tu ada baju Melayu sudah dikira ok dan selesa di pakai.

Pendek kata tahun ni semua biskut raya abis licin..huhu dak tahu kenapa yer agaknya kuih raya pelbagai skit dan tetamu yang datang tu agak ramai dan bila kita kata semua kuih ni homemade semua ingin merasanya...terkadang air tangan sendiri lebih sedap kut...hehehe..




Kroli bersama isteri Fairuz beraya di Kedah..

Azyan bersama kawan2 beraya di UK