Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, January 30, 2023

Biskut Samperit susu..!

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Posting tika menunggu azan Isyak berkumandang..hihi nak cite terlebih rajin bila tubuh badan ni rase ok dan stabil mulalah mereka cipta membuat biskut ni dengan mempelbagaikan  resepi biskut samperit ni..kalau goggle macam2 resepi yang dipamerkan walaupun nama sama tetapi pembuat biskut mempunyai citarasa dan cuba mengolah sendiri resepi mengikut kesedapan si pembuat biskut dan pengemarnya..tidak terkecuali i yang saban tika cuba mencari resepi yang cair dimulut bila makan...ada yang kata 3 bahan sudah cukup untuk merasai kesedapan biskut ni tak kurang juga yang mengadun dengan menambah bahan yang ada supaya menajdi lebih sedap pada yang asal...maknanya derhaka pada resepilah hihi...

So percubaan pertama menggunakan 3 bahan iaitu mentega..tepung jagung dan susu pekat tetapi rasenya tidak menyelah sangat dan kurang cair di mulut..so percubaan yang kedua kita tambah tepung kastad dalam 2 sudu besar baru rase melting dan cair dimulut bila di makan..ada juga yang tambah tepung gandum untuk menjadikan bunga samperit ni tidak jatuh bila dibakar..tetapi kita yang tolerenc pada tepung gandum ni cuba untuk berpantang tepung gandum dan gula...maka terjadilah biskut ni..terlupa pula nak snap pic untuk biskut ini kali ke dua sebab rasenya mengancam skit angkat je dari oven ada je peminat yang datang serbu...hehehe..buat untuk dimakan bukan untuk dipamer dan ditenung je..

Nantilah dekat raya puasa kita cuba pelbagai biskut yang lain pulak sebab mengisi masa lapang yang ada sebagai YB ..so tunggu yer posting yang akan datang...


amatur yang ambik pic ni gitulah...bukan macam blog mat gebu..sentiasa menarik dan cantik pic yang diambil...so berlapang dada..

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Perpaduan...Dato Seri Anwar Ibrahim

 Assalamualikum dan Salam  Sejahtera..

Berposting lagi lewat senja masih menuggu azan isyak..kita coret skit tentang politik Malaysia tercinta ini..Kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku PMX gelaran yang diberi baru ku tahu bahawa PMX tu bermakna Perdana Menteri Malaysia ke 10 buruf roman gitu..macam2 lah netisen  cuba gambarkan pada perdana Menteri Malaysia yang dirasakan ramai di luar sana menanti ketokohan beliau untuk memimpin Malaysia supaya Malaysia kembali menjadi negara yang disegani..dikagumi di dunia dan kembali kepada sebuah negara yang berintergriti dan maju ke depan..moving foward dalam erti kata yang sebenarnya..

Setiap hari sebelum tercetus piliharaya ke 15 terdetik di hati ini untuk melihat beliau menerajui Malaysia dan cuba membawa Malaysia setanding dengan negara lain dalam aspek ekonomi dan cuba melonjakkan pasaran saham serta menaikkan mata wang Malayasia ke paras yang yang tertinggi..Alhamdulliah tidak sampai 3 bulan memimpin Malaysia sudah nampak pengaruh dan kecaknaan tahap gaban terhadap rakyat dan ekonomi Malaysia disuakan dengan begitu rupa tanpa mementingkan cuti dan sentiasa bergerak cergas serta mempunyai misi dan visi beliau tersendiri dalam membawa perubahan serta memacu proses pentadbiran yang cekap  berlandaskan tatakelola yang sebnarnya berprinsipkan perlembagaan Malaysia..

Tidak rentan dengan kritikan dan cemuhan dari pihak yang cuba mengugat kerajaannya, beliau kelihatan tenang dan senang menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan dibibirnya sentiasa terucap rakyat maheran yang perlu diutamakan tanpa melibatkan pembangunan bersekala besar..Justeru sikap dan prinsip menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan dengan menekankan keupayaan negara meningkatkan sumber pendapatan diberi keutamaan . Budaya rasuah yang menjadi duri dalam daging serta memburuk dalam negara cuba dipulihkan sebaik mungkin agar Malaysia berada di landasan yang betul dalam indeks rasuah..tidak mencampuri urusan mahkamah dan menentukan sistem kehakiman berjalan tanpa gangguan dari pihak kerajaan dan menjadikan mahkamah bebas daripada unsur politik dan diadili secara saksama..

Apa pun kerajaan perpaduan ini cetusan daripada Yang Diperuan Agong dilihat mampu mengstabilkan politik Malaysia walaupun ketidakpuasaan hati dari dari pihak pembangkang sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan politik masing2..

So..sebagai rakyat cintakan keharmonian berbilang kaum merasakan bahawa sudah sampai masanya ketepikan politik sombong serta sama2 cuba memberi idea yang bernas dan membantu kerajaan perpaduan ini sehingga habis penggal...salute to you Dato Seri Anwar Ibrahim idola saya dari dulu hingga sekarang...salam refomasi..




Tuesday, January 03, 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Bersua kembali dalam tahun baharu ni..2023 setelah hampir 6 bulan dalam dunia persaraan sebagai orang awam tidak lagi penjawat awam...semua nampak macam biase rutin yang tidak memaksa dan tiada stress berpanjangan..still gitu2 je...reka aktiviti sendiri...namun kesihatan tidak mengizinkan masih dalam penyakit gerd n anxiety yang belum reda....on off lagi..faktor utama jika tersalah makan gasterik senang2 je bertandang...so semua jadi keruan...lemah segala-galanya..so berlapang dada..sakit penghapus dosa...

Entry pagi ni sebenarnya nak ucap Selamat menyambut tahun baharu 2023 yang azamnya sama sahaja spt thn2 yang lepas..selagi masih bernyawa di alam fana ini...mana yang tidak terlaksana kita cuba penuhi dengan tekad dan azam yang baru cuma perbaharui sahaja..




Tuesday, August 16, 2022

Renovation Rumah...terkedu!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali di alam siber...lama dak posting dalam ruangan ini...ni pun setelah ada laptop baru jenama Huawei hihi...masih panas lagi..laptop lama tu kita simpan sebab lambat dan dah tua..laptop masa study dlu lebih kurang 10 tahun dulu...banyak jasanya...

Nak cerita pasal reno rumah ni..yalah bila tinjau jiran2 sebelah menyebelah semua rumah mereka berwajah baru ada je yang nak dibaiki..ditambah tapi kita masih rumah yang kalu dulu design macam zaman British..putih biru design masih lama...lama dak lamanya rumah ni dah menjangkau 32 tahun...projek ini dua tahun terbengkalai akibat covid 19..bila keadaan reda dari pendemik baru boleh berjalan semula ..tu pun banyak barang2 pembinaan yang tiada stok ...yalah ekonomi baru nak pulih..semua terpaksa menunggu kerana permintaan barangan pembinaan ini melebihi penawaraan..gituuu..paling ketara sekali nak dapatkan kayu nak dijadikan rangka atap cukup payah ...pendekkata hampir semua stor kayu dan kilang kayu tiada kayu untuk dijual terpaksa menunggu stok baru masuk hampir sebulan..belum lagi dengan simen..atap dan barang2 lain..memang terkesan sungguh...harga???? jangan cakap semua naik secara mendadak..memang lari bajet..huhu disebabkan dah berjanji dengan tukang rumah terpaksa harungi juga walaupun dalam seribu kepayahan...

Sekarang dah 60% siap alhamdulliah..proses seterusnya melepa dan memasang tiles untuk dua buah bilik yang ditambah..Bila anak2 dah dewasa semua nak bilik satu seorang..kongsi masa kecik aje..bila besar semua nak privacy..bila ada orang tanya kenapa nak tambah bilik bila anak2 dah kawin semua akan duduk rumah sendiri..kita tinggal berdua..anak2 tak nak rumah yang patten lama mesti nak rumah yang moden...terkedu jap kita..tapi bila kita melawat negara Eropah..rumah mak ayah walaupun di luar nampak usang tetapi dalaman rumah diupdate oleh anak2..maintain je..sebab mereka menghargai barang2 lama2 ni...biarlah apa depa nak kata apa2 pun..yang pasti kita rasa selesa dengan rumah kita sendiri kecik atau besar..Rumahku syurgaku...abaikan cakap2 orang yang tidak pernah kena di mata mereka..so be cool..hihi





Sunday, July 03, 2022

Aktiviti Selepas Pencen...sama je!

 Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa

Posting sambil menunggu waktu Isyak..hari ini dah sebulan melayari hidup di alam persaraan...semuanya nampak ok je...hati setenang air di tasik madu..tiada lagi gurau senda cikgu2 serta mesyuarat sana sini..kita masih mengikuti perjalanan sekolah kerana sampai sekarang SKeKA belum ada GB baru lagi...huhu kata stok ramai sampai ari ini masih kosong lagi..cakap memang tidak kalah depan timbalan pengarah lagi..sekarang dah jadi pengarah pun..nak left grup takut barisan pentadbiran tiada tempat untuk mengadu..so kita akan left grup rasmi sekolah setelah ada pengganti dulu...

Minggu lepas dikunjungi pegawai pembimbing TS25 Puan Fatiah dari IPG..walaupun sebelum ini mengenali beliau melalui wassap dan telefon sahaja..sayang kedatangan beliau dalam masa kita dah quit dalam perkhidmatan..tersedak dia bila diberitahu kita dah bersara..hihi lambat sangat ambik masa untuk hadir ke sekolah..sebagai GB sebelum bersara semua perkara penting kita siapkan dahulu supaya GB baru yang akan datang tidak rasa pening n kalut maklumlah sekolah baru..suasana baru..nak sesuaikan diri mungkin ambik masa yang panjang...memang dia berpuas hati melihat perjalanan TS25 sekolah yang complete serta fail yang diminta dapat disiapkan sehabis baik...Tahniah dan Syabas team SKeKA memang terbaik...

Habis cerita bab sekolah....balik pada aktiviti selepas pencen..rupa2nya banyak kerja yang terpaksa dibuat..jadi suri rumah tangga sepenuhnya..memasak memang confirm dah..dengan kain bajunya..dengan kucingnya..dengan pokok orkid yang baru nampak seri setelah terbiar gitu je..semua dalam perhatian tuan rumah hihi...belum ada lagi aktivti khusus yang dibuat still aktiviti gitu2 je menghabiskan masa sehari2..

so..nanti kita cite aktiviti lain pula yer..nak solat jap..



Wednesday, June 08, 2022

selamat Bersara untuk diri sendiri...

 Assalaimulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Bertemu kembali dalam lewatnya malam..tetiba terasa ingin mencoretkan sesuatu di laman sesawang ini walaupun  dalam detik waktu ini..Selamat Bersara Untuk diri sendiri pada 1 Jun 2022 sempena dengan tarikh lahir yang ke..... saje pinta tarikh tersebut sebagai indikator untuk bersara dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun di bidang pendidikan ditambah 3 tahun semasa menjawat jawatan guru sandaran tidak terlatih..begitu lah sudah tersurat diazali lagi bahawa title guru adalah jawatan yang sesuai di sandang dan menjadi sebahagian daripada liku2 kehidupan sebagai seorang yang berkerjaya serta seorang ibu yang fungsinya sama mendidik dalam ruang yang begitu lebar dan rencam dengan pelbagai karenah dan dugaan sepanjang bergelar seorang guru biasa..sehingga menjawat pelbagai jawatan dan yang paling tertinggi dalam career pendidikan iaitu  GURU BESAR..

Perjalanan perguruan yang lama dengan melibatkan sebanyak 11 buah sekolah sepanjang 32 tahun berkhidmat...ada yang kata kenapa terlalu banyak sekolah...mungkin sikap menokah arus menjadi salah satu penyebab beralih dari sebuah sekolah ke sekolah yang berlainan...mungkin yer mungkin disebabkan kenaikan pangkat menyebabkan peralihan sekolah2 tersebut...apa yang menarik sekolah yang banyak menjadikan kita sangat terkenal di kalangan guru2 kerana setiap sekolah yang dihuni akan bertambah sahabat dan kawan serta dapat menjiwai segenap sekolah yang ditempatkan...dengan ratusan anak didik yang diasuh dan dapat menjawat pelbagai jawatan di peringkat tertinggi dan tidak kurang juga anak didik yang dulunya sering dimarah dirotan tetapi hingga sekarang masih mengingati gurunya dalam pelbagai situasi..syabas dan tahniah kepada mereka semua...dan cikgu seperti sediakala masih seorang guru sehingga hayat dikandung tanah kerana title guru sentiasa bermain di bibir dan menjadi title yang terlalu dihormati sampai bila2..

Bersara bermakna pencen atau quit dalam perkhidmatan awam dan menjadi orang awam yang tiada peraturan khusus..menjalani kehiduapan seperti biase..tanpa berkejar2 di waktu pagi..tanpa ada arahan dari pihak atasan..tanpa ada data dan teguran..tanpa berhujah dan menyampaikan ucapan..sesekali menyanggah pendapat PPD dengan prinsip berkatalah benar walaupun pahit..tiada algi surat tunjuk sebab yang dirasakan mencemar reputasi sebagai seorang guru besar dan pada hematnya menunjukkan kuasa itu melebahi segala-galanya sedangkan dalam situasi yang berbeza dan dalam organisasi yang berbeza...huhu begitulah bila kuasa menguasai diri sendiri hilang pertimbangan dan kewajaran daripada seorang pemimpin .. semuanya menjadi kenangan dan ingatan dalam lipatan sejarah bahawa selama ini komputer dan data adalah mainan setiap hari.. tiada lagi ungkapan "baik boss" serta perbentangan projek..ts25 lah ..PBD lah..murid ponteng dan karenah guru2 yang macam2 ragam..yang terkadang menyesak hati menyerabut fikiran..stress pada suasana kerja yang "mesti siap dengan segera" sekian2..memeningkan terkadang mual ada masa letih minda dan fizikal..huhu..

Persediaan waktu bersara nak buat apa...soalan cepu masa dan terkadang malas nak menjawab persoalan demikian...bersara means duk diam2 sambil melayang fikiran..membelai jiwa..melihat ke dalam diri..bermunajat kepada Allah..sambil mendekatiNYA dalam ruang lingkup keseorangan..cuba mendalami ilmuNYA tanpa ada batasan dan gangguan...so sedikit waktu yang tersisa ini diisi sebaik mungkin selagi tidak dijemput...lebih2 lagi ada masa untuk bersama dengan si dia dengan lebih lama lagi..hihi















Sunday, May 08, 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

 Assalamulaikum wbt

Salam Sejahtera..semoga dilimpahi dengan rahmat dan hidayahNYA kita dapat berjumpa lagi dalam alam maya ni dengan aura sambutan hari raya masih terasa walaupun tahun ini kita sambut raya dalam keadaan panic tetapi raya tetap raya..😂 Semua perkara jadi celaru keliru terharu dan layu..banyak perkara tidak dapat disettlekan bila raya disambut secara mengejut gini...

So.. tidak lambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya ..Maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung kerana sudah 2 tahun kita tidak dapat beraya bersama disebabkan pendemik ..tahun ni memang raya sakan dan SOP entah ke mana hihi..moga semuanya baik2 saje..InsyaAllah..yang sedihnya ingatkan hari Isnin tu nak buatkan tat nanas  nak buat jugak biskut feraro rosyle tetapi semua itu dah jadi kenangan..huhu semua terbantut..sempat siapkan cukis mane yang sempat saje.. sampaikan langsir pun dak sempat digantung pegangan raya mengejut jadi kenangan tahun ni ..InsyaAllah kita sambung cukis masa raya haji nanti..sebab ari ni dan  stat keje..sebelum pencen harap2 Allah bagi kesihatan yang berpanjangan..

Sempat rakam foto  hari raya untuk tatapan dan kita simpan di sini sebagai kenangan...