Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, April 20, 2023

Berakhirnya Ramadan...!

Assalaimulaikum dan Salam Madani..

Bersua kembali selepas selesai menunaikan solat subuh..kita berposting lagi ..kali ni kabonya berakhirnya bulan Ramadan yang penuh barakah ni..bulan yang menjanjikan pahala yang melimpah ruah diberikan kepada sesiapa yang menghayati mengimrah masjid..membaca AlQuran kerana pada bulan ini Al Quran diturunkan serta berzikir bertahmit dan segala kebaikan yang dilaksanakan ganjarannya cukup besar...so belum tentu Ramadan yang akan datang kita mampu menghirup segarnya udara yang diberi oleh Allah tanpa berbayar ni huhu

Berbalik pada posting kali ini...alhamdulliah bersyukur sangat kerana pada tahun ni kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna..sihat dengan erti kata kita ni di penghujung usia 50an..dan terdiam kejap bila mendengar kematian insan yang baik sama2 berjawatan cikgu meninggalkan kita semalam...huhu asbab jatuh di bilik air pergi selama-lamanya...so abis bahagian dia...

Berbaki sehari lagi puasa...bermulalah episod membaking kuih muih yang pada tahun ini bebas dari masa dan jawatan..kita rancang aktiviti sendiri sesuai dengan alam persaraan hihi maka terhasillah pelbagai jenis kuih yang kita buat lain dari tahun2 lepas cuba kuih tat nanas masih mengekalkan tradisi mesti ada setiap tahun...antara kuih yang sempat disiapkan mulfury crunchy oreo..suji almond..coklat cips ada lagi lah lupa pulok tajuk kuih2 ni...faktor usia..hihi








p/s: amatur ambik pic ginilah..dak kreatif langsung...apa2 pun ni yang terbaik dibuatnya..nanti update lagi...

No comments: