Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, April 11, 2023

Renovation dapur..Part 2!

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Bertemu kembali dalam suasana yang panas ceng2..tahun ni Bulan Ramadan kita sambut dengan cuaca yang cukup panas tetapi ibadah puasa tetap kita laksanakan tanpa ada halangan kerana setiap muslim yang berpuasa diberi keberkatan dan ganjaran dalam pelbagai situasi so berlapang dada..semuanya adalah ketentuan dari Allah SWT sahaja..

Posting kali ini nak kabonya reno dapur kita siap sepenuhnya dengan kos yang maha dasyat wow kurus semangat..hampir 25k melayan gara2 memenuhi tuntutan hati yang tidak pernah puas..selagi kita dinamakan manusia...hihi keadaan sekarang dengan ekonomi yang tidak menentu ni..bukan kita di Malaysia aje yang terkesan seluruh dunia menghadapi fenomena yang sama..belum lagi kekurangan bahan makanan yang menjadi nadi kepada manusia...nak menyalahkan kerajaan sekarang pun tak boleh..kerajaan Madani mencuba sedaya upaya nak stabilkan harga barangan semasa tapi gitu lah...memerlukan masa dan komiment yang tinggi dari pemain industri yang ada...

Berbalik pada reno dapur ni...ambik masa 3 hari jugok nak siapkan..nampak macam simple tapi gitu lah...yang memasangnya pun terkial2 memenuhi hati pelanggan..memandangkan bulan puasa...tetapi yang memasangnya kaum cina jadi tiada masalah lah..diorang ok je cukup menghormati kita yang berpuasa ni..

Hubby terpaksa siapkan dapur basah di luar untuk sementara waktu dalam tempoh pemasangan ini..almaklumlah main bulan puasa ni rohok skit kata org ganu..terpaksa bekerja keras skit..apa yang pasti masih adalah barang yang tiada stok terutamanya aksesori di dalam kabinet tu tiada stok lagi...tetapi ok lah sebab yang pasti sumber air itu penting...kabinet putih ni memang memerlukan penjagaan yang rapi setiap kene lap hari2 supaya sentiasa nampak kemas dan menarik..

Tkasih yang tidak terhingga pada A craft Kitchen https://www.facebook.com/acraftkitchen/?locale=ms_MY ni fb diaorg boleh tengok hasil kerja dan buatan mereka yang sangat rekomended..kemas dan soficated gitu...senang berunding dan banyak idea yang diberikan..Tkasih juga bahagian rekacipta iaitu saudara Izzat sangat membantu dalam mendeko dapur ni serta idea yang bernas yang diberikan..

Rasenya impian itu menjadi kenyataan kerana pemilihan material serta warna persis al Inggeris gitu menjadi pilihan...tu lah hari2 duk nonton HGTV je...apa2 pun kepuasan hati menjadi keutamaan..duit boleh cari..hihi


pic kurang cantik nanti kita update semula pic yang menarik..huhu


No comments: