Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, May 19, 2021

Salam Aidilfitri...

 Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa


Posting pagi ini dalam redup cuaca yang sejak dua menjak ni panas ceng2 selepas berakhirnya Ramadan AlMubarak selama sebulan..hujan turun mencurah-curah membasahi bumi ini..sejuk dan nyaman sekali nikmat apa yang kau dustai..semuanya dalam limpah rahmah Allah SWT.. 

Rasenya tidak lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali..sahabat2 yang jauh di mata dekat di hati..Aidilfitri kali kita kita sambut dalam pendemik Covid 19 yang tidak reda2 tetapi masih merebak dengan cepatnya sehingga diistiharkan PKP 3.0 dan  kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sama sekali bagi mengekang pendemik terus meliar dalam masyarakat kita ...sesiapa yang melanggar SOP ini dikenakan denda sebanyak 25K ..banyak tu dan memang dak mampu kita rakyat maheran ni nak bayar..so beringat2 sehingga 6 Jun sehingga kerajaan istihar PKPP semula..bertabahlah hati kerana tidak terjangkau difikiran kita ketika ini sambutan hari raya disambut di rumah sahaja. Bermakna hampir 2 tahun suasana suram ni kita jalani bersama.




Wednesday, April 14, 2021

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

 Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa

Posting pagi ni..sempena kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak 1442  hari kedua berpuasa. Selamat menunaikan ibadah puasa semoga puasa kita kali ini lebih baik daripada puasa kita di tahun2 sebelumnya..

PENGISIAN RAMADHAN

1.      Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.

2.      Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail

3.      Meningkatkan amalan harian

4.      Menunaikan solat tarawih

5.      Bertadarus al-quran

6.      Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

7.      Beriktikaf terutama 10 malam terakhir

8.      Memperbanyakkan sedekah

9.      Memberi makanan kepada orang yang berpuasa

10.    Bersahur

11.    Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum

12.    Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

13.  Menunaikan umrah jika mampu



Sunday, March 21, 2021

Raes Mateen....cucu pertama !

 Assalamulaikum wbt dan Salam Sejahtera..


Bertemu kembali dalam alam maya ni..tetiba mood untuk menulis datang tanpa disuruh hihi..bukan senang untuk mewujudkan mood yang betul2 ingin menulis hihihi..bila lihat foto si Mateen ni teringat tentang dia yang pertama kali tengok masa dalam 40 hari dalam pantang lagi...sekarang dah menjangkau 7 bulan betapa masa dan PKP membatas segala-galanya..bersembang dan menatap wajahnya melalui foto serta video call tu pun ikut mood daddy dan mami dia sahaja..terkadang kami yang mintak postkan pasal Mateen dalam grup family wasup...

So Mateen begitu keleteh dengan gaya dan lagaknya pandai posing sekarang..tahu je orang hendak ambil pic dia cepat je senyum dan beraksi macam orang besar2..adula rindu sangat nak tengok Mateen tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan lagi huhu...






 

Monday, February 22, 2021

PDPR dan guru..dilema?

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..


Bertemu kembali dalam lewatnya waktu tahun 2021 walaupun kita dah menyusuri bulan dua tetapi tidak recam lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru dalam norma baharu kerana pendemik covid 19 masih belum reda dan kita sebagai guru ini masih meneruskan PDPR secara maya dan teratur..

So.. dalam ruang lingkup yang masih mengikut SOP banyak perkara yang tidak disettle lagi dengan baik serta sekolah masih belum beroperasi sepenuhnya..segala2nya nampak hambar dan lesu serta rungutan daripada para guru yang menyatakan murid2 kurang berminat dah mengikut PDPR kerana kekurangan peranti serta agak sulit untuk meneruskan pengajaran dalam maya disebabkan banyak kekangan yang terpaksa dilalui..belum lagi dengan masalah intenet yang kurang stabil dan peluasan penggunaannya yang lembap menyebabkan banyak perkara terpaksa ditunda.

Lebih2 lagi perjumpaan bersemuka dilarang sama sekali bermakna semua guru boleh dipanggil dalam maya iaitu menggunakan platform goggle meet sahaja yang dirasakan tidak menepati kehendak dan penyampaiannya yang agak terbatas..begitulah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh guru2 dan kami pihak pentadbir sekolah tiada kuasa untuk mengurangkan masalah yang hadapi tetapi kami masih menunggu arahan daripada pihak atasan untuk mengubah segala2nya..begitu lah kita selagi digelar penjawat awam..

Sehingga kini..sudah diwartakan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat yang melibatkan murid2 kecik ini pada 1 Mac..apa yang pasti ada yang pro dan kontranya..kita tunggu dan lihat perkembangan pada minggu depan macam mana pulak..so berlapang dada buat masa ini..stay calm dan jaga SOP.