Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, March 23, 2023

Ramadan Al Karem...

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Bersua kembali dalam arena blog semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik ,panjang umur dan dimurahkan rezeki selagi hayat dikandung badan..Entry malam pertama puasa..selamat datang Ramadan Alkarem bulan yang banyak keistemewaannya kerana dalam bulan Ramadan adanya solat Terawih yang tiada dalam bulan2 lain..maka rebutlah peluang yang ada dengan beramal solah..membaca Al Quran kerana pada bulan Ramadan diturunkan Al Quran..Pelbanyakkan sedekah serta melipat gandakan zikiruallah dalam semua situasi..

Hari ini permulaan berpuasa kepada umat Islam. Semoga ibadah puasa untuk tahun ini sebaik2 amalan puasa daripada tahun yang lepas dengan mempergunakan segala ruang yang ada dengan menperbanyakan amalan sunat yang lain. InsyaAllah..



Monday, March 20, 2023

Renovation dapur...satu kemestian!

 Assalamulaikum dan Salam Madani..

Jumpa lagi sementara menunggu waktu isyak..reno dapur setelah selesai tambah bilik dan porch ..kita mula langkah seterusnya dengan tambah baik dapur mengikut ala terkini dan english stail gitu sebab dapur yang asal tu dah berusia 30 tahun bermakna rumah ni dah berusia..dapur yang dulu banyak yang dah rosak terutama di bawah singki..sudah mereput kayu yang ada ditambah pula memang dapur ni kita guna hari2 bukan kita seorang yang guna..semua penghuni yang ada dalam rumah ini...

Kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih yang penting duit ada dan kita guna duit sendiri tanpa melibatkan duit orang lain..kepuasan itu menjadi faktor utama hehehe...biarlah orang tak nak support pun janji  semuanya berjalan tanpa bantahan..kadang2 orang lelaki ni nak suruh kita ikut cakap dia je..ego menggunung..dia aje yang betul...pedulikan bukan duit dia pun...

So..kabarnya sebelum puasa akan disiapkan..pereka nun jauh di sana kuantan lagi..yang ada di daerah kita ni sombong dua kali call tak datang2 mentang2 lah kita ni tak kerja Petronas...orang petronas je yang banyak duit..huhu...design kita kehendak sendiri dan ditambah dengan idea pereka Izzat yang banyak membantu..nanti siap kita pamerkan di sini..

Ni anakde yang tolong settlekan dinding dan sewaktu dengannya..kalau upah ni memang banyaklah  ongkosnya...

Bertapa teruknya dapur dulu ..memang kekampungan sungguh lah dulu..dengan warnanya ..adula sakit mata memandangnya...


Friday, March 03, 2023

Alhamdulliah...Majlis Nikah selesai!

 Assalamulaikum dan Salam Madani...

Jumpa lagi dalam ruang terbatas ini..entry lewat seminggu..akhirnya selesai juga majlis nikah n sanding adik...Mahani dan Abdul Rahman yang berlangsung pada 24 February lepas dengan jayanya...Alhamdulliah dan syukur pada Allah semuanya selamat dan sudah diijadkabul dalam suasana yang simple tetapi meriah..walaupun majlis ni kecil saje tetapi rombongan pengantin lelaki yang ramai memeriahkan lagi suasana di samping jemputan jiran2 dan kaum kerabat sahaja..kata orang selesai majlis wajib dulu..

Berdebar juga dengan kehadiran tetamu yang datang serentak walaupun majlis bermula pukul 12.00 thari agaknya sebab hari Jumaat masing2 terkejar untuk solat Jumaat pula..apa2 pun tahniah dan semuanya berjalan lancar dan sempurna..hidangan nasi minyak lauk gulai kawah menjadi jamuan tetamu kerana pertama kali gulai kawah dihidangkan...

Terima kasih tidak terhingga kepada anak2 serta kaum kerabat yang sudi membantu menguruskan majlis dengan sempurna serta buah tangan untuk pengantin tidak ketinggalan...namun tujuan untuk jamuan kesyukuran tidak capat matlamat kerana tetamu yang hadir mahu juga bersalam dengan memberi sumbangan kepada tuan rumah...lain kali pada kad kita tulis walimaturus saja...hehe..






Selamat Pengantin Baru pada Mahani dan Abd. Rahman semoga kekal hingga Jannah..Aaminnn