Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, March 03, 2023

Alhamdulliah...Majlis Nikah selesai!

 Assalamulaikum dan Salam Madani...

Jumpa lagi dalam ruang terbatas ini..entry lewat seminggu..akhirnya selesai juga majlis nikah n sanding adik...Mahani dan Abdul Rahman yang berlangsung pada 24 February lepas dengan jayanya...Alhamdulliah dan syukur pada Allah semuanya selamat dan sudah diijadkabul dalam suasana yang simple tetapi meriah..walaupun majlis ni kecil saje tetapi rombongan pengantin lelaki yang ramai memeriahkan lagi suasana di samping jemputan jiran2 dan kaum kerabat sahaja..kata orang selesai majlis wajib dulu..

Berdebar juga dengan kehadiran tetamu yang datang serentak walaupun majlis bermula pukul 12.00 thari agaknya sebab hari Jumaat masing2 terkejar untuk solat Jumaat pula..apa2 pun tahniah dan semuanya berjalan lancar dan sempurna..hidangan nasi minyak lauk gulai kawah menjadi jamuan tetamu kerana pertama kali gulai kawah dihidangkan...

Terima kasih tidak terhingga kepada anak2 serta kaum kerabat yang sudi membantu menguruskan majlis dengan sempurna serta buah tangan untuk pengantin tidak ketinggalan...namun tujuan untuk jamuan kesyukuran tidak capat matlamat kerana tetamu yang hadir mahu juga bersalam dengan memberi sumbangan kepada tuan rumah...lain kali pada kad kita tulis walimaturus saja...hehe..






Selamat Pengantin Baru pada Mahani dan Abd. Rahman semoga kekal hingga Jannah..Aaminnn


No comments: