Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, November 10, 2016

Sponge cake untuk hari lahir...LUTFI!

Rabu 9 Nov.2016

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...sementara menunggu En. hubby datang ambil dari sekolah ...kita cite kejap pasal kek hari jadi ni...huhu lama betul tidak membaking seingat admin hampir setahun tidak menghias kek untuk apa2 event...dengan kesihatan yang tidak mengizinkan...ditambah lagi semenjak dua menjak ini ditukar  ke sekolah jauh...hulu Dungun maka semua minat membaking menyepi sesepi malam yang tiada cerahnya...begitulah asam garam dalam kehidupan kita tidak sentiasa seceria dahulu...langit tidak selalu cerah...

So posting petang ni nak cerita pasal kek hari Lutfi..bila Cik Na kerani menceritakan si bongsunya tidak pernah meraikan hari jadinya...maka terdetik dihati kasihan pulok...sebab anak-anak kita pasal sambutan hari jadi ini memang admin cukup elert sangat...ya lah masa kita bebudak dulu tidak berkesempatan untuk meraikannya...banyak kekangan yang terpaksa dihadapi...senang cerita kita bukan orang yang ada serba serbi... pendek cerita dapatlah siapkan sebiji kek untuk lutfi tu pun..setelah tak mudik ke hulu kebetulan ada majlis persaraan Guru Besar di Uitm Dungun..so adalah masa untuk membaking...maka jadilah kek ni....
Selamat Hari Lahir Lutfi...moga cemerlang dunia dan akhirat..




Sunday, October 09, 2016

Tiramisu lagi....

Ahad 9 Okt.2016

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa....posting hari ini tatkala hujan turun mencurah2 di kampung Shukor...takut jugok kalu hujan yang tak henti2 dari tadi..yelah kawasan kampung Shukor ni memang terkenal dengan banjirnya...huhu lambat balik dari sekolah kan terperuk dalam aliran air..berkampung di sinilah jawabnya....

Ok...Entry petang ni...tiramisu homemade gara-gara ladyfinger yang si Azeem terjumpa di kedai kek terus didesaknya kita membelinya...sudahnya terpaksa godek jugak tiramisu ni...so  sangat sedap ditambah dengan cream chesse serta whipping cream sebarang jenama pun ok tetapi yang paling admin suka gold label keluaran RICHS walaupun mahal skit tetapi rasanya agak lembut dan kurang manis gitulah...nak jugak ke resepinya...rasenya senang aje ni...bahan2 dah display..try n error je..soheh menjadi...selamat mencuba..


lady finger ni yang paling ok setakat ni ttp harganya mahal skit..



Saturday, October 08, 2016

Hari Sukan Negara...Meriah!

Sabtu 8 Okt. 2016

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa...entry hari ini...Hari Sukan Negara yang disambut seluruh Negara merupakan aktiviti sukan yang dicetuskan Menteri Belia dan Sukan cukup terkesan kepada seluruh lapisan masyarakat...apa tidaknya tanpa mengira fahaman politik..sempadan agama.. se...tanpa mengira kaum kita bersatu hati melakukan aktiviti bersukan serentak seluruh negara...perkara yang baik seharusnya mendapat sokongan padu...

Berpeluang ke Arena Merdeka bersama si bongsu dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan terutamanya senamrobik serta berjalan kaki sekitar 5KM cukup memberi suasana yang menarik kerana sambutan yang diberikan cukup meriah... 


frust sebab tak dapat cabutan bertuah huhu
 

Monday, September 05, 2016

Selamat Menduduki UPSR...!

Isnin 5 Sept. 2016

Assalamulaikum...salam Sejahtera....Salam Sehati Sejiwa....entry pagi ni setelah sebulan lebih menduduki tampuk Guru Besar di Sk kampung Shukor sekolah band 3 dengan kapasiti bilangan muridnya seramai 70 orang dan guru-guru berjumlah 13 orang...sekolah SKM di Hulu Dungun...cukup memberi perangsang semangat untuk sama-sama memajukan sekolah setelah diberi tanggungjawab yang cukup besar dan mencabar bahawa menjadi pentadbir sekolah merupakan rutin yang paling mencabar dan perlukan komimement yang cukup tinggi....InsyaAllah akan dipikul amanah itu sebaik mungkin dengan dibantu oleh guru-guru dan staff yang ada...

Hari ini...detik paling bersejarah kepada kami warga sekolah kerana semua murid di seluruh negara menduduki Ujian UPSR... peperiksaan yang menonjol di antara peperiksaan yang ada di Malaysia...mana tidaknya harapan yang cukup tinggi di letakkan kepada murid tahun 6...apa yang pasti murid-murid ini cukup bersemangat dan teruja...TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua guru dan murid-murid...buat yang terbaik...




Monday, August 08, 2016

Rela Dalam Paksa...!

Isnin 8 Ogos 2016


Assalamulaikum...salam sejahtera...salam sehati sejiwa...bertemu kembali...payah untuk menganyam kata-kata di sini...rela dalam paksa...keterpaksaan...apa lagi istilah yang perlu diberikan dalam situasi sekarang....memang yer penjawat awam wajib akur kepada arahan...siapa kita untuk mengingkari arahan...lebih2 lagi....senang cite..suamiku hanya guru biasa yang tiada punya apa2 dalam politik..kenalan hebat2...kroni pada sesiapa...just seorang insan kerdil yang tiada power...hihi..

So...ujian Allah dalam pelbagai bergantung kepada situasi kita sama ada diuji dari segi kesihatan...harta benda...anak-anak..suami yang entah apa2...tetapi aku diuji pada jawatan yang ditawarkan sekarang iaitu Guru Besar...seperti yang diceritakan dalam entry lepas...menolak jawatan tersebut kerana penempatan jauh sejauhnya di pedalaman...redha dengan keputusan yang diambil dan menulis surat penolakan dan diserahkan ke PPD sebagai evident bahawa jawatan itu bukan rezekiku....

Bila pertukaran dan penempatan penolong kanan baru...namaku sudah tidak lagi berkhidmat sebagai PKP di SK Batu 7...aku tergantung tanpa jawatan...rasa sedih..tergaman...terharu...emosi menjadi tidak stabil...jiwa tanpa keruan...menyalahkan diri sendiri...semua perasaan negatif menjadi sebati...pelangi di mata kian berbalam2 bersama redupnya cuaca pada hari itu...kerdilnya aku ketika itu...

Esok terpampang nama suamiku ditukarkan ke SK Pasir Raja sebuah sekolah jauh di pedalaman...bermakna sejalan dengan aku di SK Shukor...yang pasti nama aku masih di SK Shukor sebagai Guru Besar alaf baru....waaaaaa...
Sekali lagi aku dipanggil ke PPD dan berjumpa dengan Timb.PPD....sah..surat penolakan aku tidak diterima dan dibatalkan...dan aku tiada alasan untuk menolak kerana masalah yang aku hadapi telah selesai dengan pertukaran suami aku...aduhhhh...kuatnya cabaran yang terpaksa ditempuhi...akur dengan arahan dan terima dalam keterpaksaan...dan sekarang aku menjawat jawatan GURU BESAR SK Kampung Shukor dengan rasminya...tetapi dengan satu syarat...penempatan aku hingga akhir tahun sahaja...dan perjanjian itu menjadi pengikat penghijrahan aku ke sana...Redha dengan ketentuan Allah...kerana Allah lebih mengetahui perjalanan hidup aku...Aminnn..

cukup terkesan dengan kata-kata ustaz...

Wednesday, July 20, 2016

Bermula episod yang menyedihkan...!

Rabu  Julai 2016

Salam Rabu dan Assalamulaikum buat semua...berpeluang menjejakkan kaki di sini setelah sebulan tidak mencoretkan sesuatu di sini dengan pelbagai aktiviti yang berlaku sama ada gembira dan cukup sedih dan meruntunkan hati sanubari...waaaa ...terlebih dahulu salam syawal kerana bulan syawal masih berbaki lagi..namun berkesempatan berpuasa pada bulan ini mengambil manfaat yang dilimpahkan....alhamdulliah...

Rasenya pada post yang lepas telah diceritakan waktu2 yang indah serta kenangan ketika berjawatan di SK Bukit Besi sebagai penolong kanan kokurikulum selama 3 tahun lebih...sekolah yang banyak meninggalkan kenangan manis serta paling selesa bertugas di sana dengan GB dan rakan2 pengurusan yang banyak membantu tidak kurang juga cikgu2 yang begitu baik dan bekerjasama dalam segala hal...banyak perkara yang dapat kami selesaikan bersama dan menimbulkan keseronokan bekerja ...walaupun jauh tetapi hati cukup tenteram dan menghiburkan....terima kasih SK Bukit Besi....

Setelah dikejutkan dengan surat penempatan baru sebagai penolong kanan pentadbiran di SK Batu 7...terkejut dan tergaman ditukarkan atas jawatan setara dengan alasan mana2 luluasan NPQEL hendaklah memegang tampuk pkp dahulu sebelum dilantik sebagai Guru Besar....kelakar pun ada hairan pun ada...macam-macam perasaan timbul tika itu sehingga surat pertukaran itu berada di tangan....bahawa sememangnya ditukarkan dan memegang jawatan baru...walau aku pernah memegang jawatan ini selama 6 tahulu dahulu sebagai pkp lantikan sekolah...pengalaman itu sudah ada sebagai bekalan sebagai GB...arahan tetap arahan..dan perlu diikuti...terima seadanya kerana yang penting berdeaktan dengan rumah iaitu 5 minit perjalanan...syukur alhamdulliah kerana dapat balik ke bandar kata orang...sebab ramai dalam kalangan kami sudah berada di kawasan masing2...pertukaran ini bermula 16/6/2016...cantik tarikh itu secantik sukanya aku dengan penempatan baru yang dekat dengan rumah...Sekolah band 1 dan pernah mendapat baiah berkali-kali...sekolah yang menjadi tumpuan kalau di daerah Dungun ini...

Menjalani rutin harian sebagai pkp baru di sekolah yang baharu...cikgu2 cukup baik dan ramai yang dikenali dengan barisan pengurusan yang banyak membantu...nekad ingin buat yang terbaik di sekolah baru dan membuat perubahan demi kecemerlangan sekolah kerana dalam jiwa ini sudah tertanam azam untuk menaikan nama sekolah sehabis baik dengan menggunakan segala kepakaran yang ada...insyaallah...dalam keriangan menyambut syawal dan banyaknya impian yang belum dicanang...aku dipanggil ke PPD oleh Timb. PPD memaklumkan aku ditempatkan di sekolah yang jauh sejauhnya di hulu Dungun sebagai Guru Besar Alaf baru lulusan NPQEL dengan ilmu yang cukup banyak dan semangat yang berkobar2 untuk menjadi pengurus sekolah yang cukup hebat dan cemerlang....

Perkhabaran sekolah yang terlalu jauh..membantutkan impian dan kenangan seketika...terdetik dihati ini apalah hikmah di sebalik ini sehingga aku diuji dengan begitu hebat sekali...berderai air mata tanpa disuruh...terasa diri tidak dihargai...jiwa rasa kosong sekosongnya...bermula episod bertegang urat dan berperang dengan kemahuan serta keselamatan diri bila berkunjung ke sana...sebuah sekolah pedalaman kapasiti murid 70 orang dengan guru seramai 10 orang...sekolah yang dimaksudkan ialah SK Shukor ...bila diselidiki..jika aku menempatkan diri  di sini..aku merupakan GB perempuan 1 berkhidmat di sini semenjak sekolah ini dibuka 2 dekad dahulu....laluan ke sekolah cukup bahaya dengan laluan gajah,ular sawa kerana prsekitaran hutan yang masih tebal...pendek kata tiada perkampungan manusia sepanjang jalan kecuali di perkampungan tersebut.

Perjalanan ke sana mengambil masa 1 jam 20 minit iaitu bersamaan dengan 86km sehala..amat tidak sesuai dengan seorang perempuan untuk meredah hutan...mengambil risiko serta tindakan yang paling tidak wajar dari seorang ketua jabatan meletakkan aku di sana...apa motif n tujuan?????masih berlegar2 dalam kepala...jika kerana dikatakan aku pembangkang fitnah yang amat jahat dilemparkan kepada seorang penjawat awam seperti aku dituduh tanpa bukti oleh seorang ketua jabatan yang sepatutnya menjadi pembela kepada staf di bawahnya...betapa kerdil aku ketika ini...menyelesaikan masalah sendiri...mengharapkan rayuan pada penempatan ini....nekad..kutolak seratus peratus jawatan ini kerana keselamatan diri lebih diutamakan dalam detik waktu ini...biarlah aku tidak berjawatan sebagai Guru Besar kerana sikap pegawai yang sepatutnya membela aku cuba menidakkan keupayaan aku dan seolah2 mematikan semangat aku untuk menjadi pengurus yang cemerlang....Rata-rata sahabat yang masih simpati kepada aku menasihati supaya tidak menerima tawaran ini kerana risiko cukup bahaya untuk berulang alik ke sana..aku akur kerana aku telah menjejakkan kaki ke sana kata2 itu memang mengiakankan kedatangan aku ke sana...

Apa yang pasti perancangan Allah sebaik2 perancangan...mereka yang menganiyaan aku tiada hijab di sisi Allah ....terima kasih tuan kerana tuan telah menyedarkan saya bahawa...kuasa atas dunia ini melebihi segala kuasa yang ada...Aaminnnn...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"


Monday, June 13, 2016

Alhamdulliah...selesai segala-galanya!!

Isnin 13 Jun 2016


Salam Sejahtera...Salam Sehati Sejiwa...bertemu kembali selepas menamatkan sepenuhnya kursus NPQEL di IAB selama 5 bulan di sana dengan pelbagai cabaran, dugaan serta perit jerihnya untuk menghabiskan kursus untuk menjadi Guru Besar Alaf 21....Kalau ditawarkan kursus sekali lagi rasanya tidak mampu lagi menyahut cabaran itu walaupun sebelah kanan tangan ini diletakkan ribuan wang..tetapi cukuplah setakat ini sahaja perjuangan yang mampu dihabiskan dalam usia gini...rasa tidak larat untuk mengheret kaki ini ke sana lagi semata-mata untuk berkursus panjang...huhuhu kesan fizikal dan mental yang cukup meruntun hati dengan banyaknya assigment dan e pembelajarannya yang terpaksa disiapkan dalam detik waktu yang cukup pantas dan cepat...

Kepada sahabat2 ambilan 2 2016 selamat berkursus dan sahutlah cabaran yang ada...lapangkan minda untuk menerima segala ilmu yang dicurahkan kerana anda seperti kami juga mampu dalam keterpaksaan demi memenuhi syarat lulus kursus sebelum dilantik sebagai Guru Besar...tetapi ramai dalam kalangan kami sudah dilantik sebagai Guru Besar bagi memenuhi kekosongan yang begitu ketara setiap negeri...bila dua bebanan kerja dibuat  dalam satu masa tu yang membuatkan kepala kami berpusing-pusing dan berpinar2...kerja yang nampak simple tetapi cukup berat tanggungjawabnya...mengurus dan mentadbir organisasi yang memerlukan bimbingan dan tunjukajar yang bukan calang-calang orang mampu mengurusnya dengan baik...

So...segala bebanan dan keserabutan yang bersarang di kepala ini sudah selesai sepenuhnya pada 10 Jun yang lalu dengan termenterainya majlis penutup program tersebut kepada peserta ambilan 1/2016..kepada rakan2 seperjuangan teruskan kerja buat yang diamanahkan...gunakan ilmu yang diajar sebaik mungkin...kepakaran serta bakat yang ada dipergunakan pada jalan yang betul sebab banyak sangat yang memandang kita kerana bukan semua orang mampu mengikuti kursus ini setelah menjalani temuduga yang mencabar dan proses kursus yang terlalu padat dan tidak mampu dihabiskan jika kekuatan fizikal dan mental bermasalah...Alhamdulliah...selesai segala-galanya!!! Aamin...








Geng bas sekolah...diapit dua orang GB dan sama-sama berkongsi kereta..TQVM GB Sukni..

Wednesday, June 01, 2016

Selamat Hari Lahir yang ke...?

Rabu 1 Jun 2016

Salam Rabu untuk semua...salam sehati sejiwa....seperti yang telah diwar-warkan dalam entry semalam...hari ini merupakan hari dilahirkan di alam fana ni...rupa-rupanya dah masuk setengah abad menghirup segarnya udara yang dipinjamkan...melihat indahnya panorama yang diciptakan...mendengar bisikan unggas di rimba...sahut2 kicauan burung di angkasa terpana dengan keindahan alam ciptaan Allah...betapa kerdilnya kita bila mengingati umur sebegini...dipanjangkan usia untuk mengagumi setiap penciptaanNYA...teralpa seketika dalam rentak hari yang tidak mengenal siang dan malam....

So....Selamat hari Lahir...ucapan untuk diri sendiri dan tidak lupa juga sejambak wangi kasturi dititipkan kepada suami..anak-anak...kaum kerabat...kawan-kawan yang sempat mendoakan dan mengucapkan hari lahir...sesungguhnya kalian semua penguat semangat untuk menjejaki hari-hari yang mendatang dengan seribu kepayahan...tidak lupa juga sujud syukur kepada mu Ya Allah kerana masih berpeluang melayari laman kehidupan dengan santun dan bahagia bersama insan-insan yang tersayang...Sayang kamu semua....


Tuesday, May 31, 2016

SKBB tetap dihati...

Selasa 31 Mei 2016

Assalamulaikum dan salam sejahtera...alhamdulliah siap sepenuhnya laporan sandaran NQPEL yang menjadi beban yang terpaksa ditanggung dan dihadapi demi ingin menjadi seorang Guru Besar alaf 21 gitu...6 Jun terpaksa menghadari kursus selama 5 hari lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia huhu....terasa berat hati n kaki untuk melangkah ke sana lebih-lebih lagi diakhir kursus ni...so entry hari akhir bulan Mei 2016...bermakna esok 1JUN akan sambut hari lahir yang ke....hihih

Sebenarnya..tertiba aje rasa lama benar berulangalik ke SK Bukit Besi sebagai guru penolong kanan kokurikulum yang dirasakan banyak kenangan manis dan tidak kurang juga terusik hati kecil ni apabila ada di kalangan rakan2 yang memburuk2kan apatah lagi membicarakan perkara-perkara di luar jangkaan...adusss...memang mengalir airmata ni...tetapi sabar itu sebahagian daripada erti kehidupan...dan kita bertambah matang dalam meniti usia gini...banyak pengalaman pahit maung suka duka untuk memajukan sekolah dan membahagiakan cikgu2 yang ada....bukan perkara yang senang untuk memuaskan hati semua orang dalam bab bekerja....pengertiaan dan tuturkata yang lemah lembut tidak menyakit hati cikgu2...memaksa terkadang hati sendiri terluka dek kerasnya kata-kata itu...redha dan sabar...

So...di saat ini masih di SKBB walaupun ramai team kerja yang telah meninggalkan SKBB terasa payah untuk melengkapkan teamwork 2013-2015 yang hebat dalam menjalankan tugas...banyak kenangan manis bersama mereka...dan banyak aktiviti sekolah yang melibatkan skala yang lebih besar dapat dijalankan dan kerjasama dari mereka...rasenya diri ini dihargai kerana mereka mampu bekerja bersama-sama serta menerima pendapat dan idea yang kadang2 gila2 jugok...pada tahun ini banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana diri ini banyak berkursus dan menjalani praktikum IAB...ditambah lagi dengan kerja kursus yang banyak dan ditambah dengan rutin harian yang lain....walaupun begitu hati tetapi happy kerana rakan-rakan yang banyak membantu serta adik-adik yang sentiasa memberi semangat...

Harapan....semoga ada sinar baru yang akan menjelma dan mengubah segala-galanya demi memberi perubahan kepada segala-galanya sama ada kepada diri ini bahkan kepada organisasi yang bakal dipimpin....Insyaallah.

Thursday, April 28, 2016

Laporan Sandaran NPQEL 2016..

Khamis 28 April 2016



Assalamuliakum dan Salam Khamis untuk semua ...moga kerja buat kita setakat ini rahmati. so..lama tidak berposting di sini...sibuk sesibuknya..apa tidaknya bermula episod menyiapkan laporan sandaran NPQEL lah pulak...pendek cerita projek yang kita laksanakan di sekolah sendiri dengan membuat beberapa penambahbaikan dari projek penandaarasan dahulu..ertinya kita kene praktik di sekolah sendiri ...kali ini bab ke bab macam buat tesis master gitu...kita di universiti dulu ambil masa 4 tahun untuk habislah study ...belajar kat IAB ni  6 bulan kene siapkan tesis dari bab 1 hingga bab 7...belum habis di situ lagi..kene sediakan log harian dan log kepimpinan sebanyak 20 log..huhu bukan satu perkara senang..apa tidaknya bila berada di sekolah sendiri bermakna tugasan di sekolah berjalan seperti biasa....


So...masih terkial-kial menyiapkan bab demi bab dengan membuat analisi SWOT dan TOWS Matrik untuk melihat pemberatan terhadap isu yang cuba kita ketengahkan dalam projek kita....Bukan perkara yang senang untuk menyiapkan tesis ini tanpa pengetahuan dan ilmu yang sedikit ini. Walaupun kami telah diajar untuk membuat analisis SWOT tetapi situasi di dalam kelas tidak sama dengan situasi sebenarnya...kekangan masa dan situasi di sekolah yang kelam kelibut dengan aktiviti yang tidak pernah surut memaksa kerja projek ini banyak yang tertangguh... sokongan dari pihak pentadbir sekolah cukup penting bagi memastikan projek ini berjalan lancar...sumber kewangan yang agak terbatas memaksa duit sendiri terpaksa dikorbankan...




Bulan Jun ni merupakan minggu terakhir kami di IAB..yang kurang tidak senangnya permulaan puasa terpaksa berpuasa di IAB...huhu cabaran yang sangat meruntun hati dan perasaan...kekuatan dan semangat serta kesihatan yang baik mampu menentukan kejayaan itu milik yang sempurna..sekian untuk kali ini catatan perjalanan IAB..





Friday, March 18, 2016

Siap sudah laporan penandaarasan NQPEL..!

Jumaat 18 Mac 2016

                                                                 Assalamulaikum

Salam sejahtera..salam sehati sejiwa...salam maghrib...hehehe time maghrib gini baru nak berposting..bila rasa ok dan semua kerja sudah selesai baru rasa lega...apa tidaknya untuk siapkan laporan penandaarasan nqpel ini mengalahkan untuk menyiapkan tesis dgree..rasanya lebih senang untuk siapkan tesis dgree lagi...punyalah IAB ni skema yang amat...rupa2nya payah juga nak jadi guru besar Alaf baru ni...patutlah ramai di kalangan penolong kanan yang tidak memohon untuk mengikuti kursus ini...mungkin yang ramai mintak dalam kalangan mereka yang tidak memegang jawatan.....

So...terpaksa ke sekolah penandaaras selama dua minggu melihat kekuatan dan kelemahan Guru Besar yang ada serta membuat laporan projek yang dirasakan paling menyerlah di sekolah tersebut...
Maka setelah berbincang dengan Guru Besar Pn. Hjh.Masyitah ...terlaksanalah projek keceriaan bilik-bilik khas yang sememangnya menjadi kebanggaan sekolah tersebut... memang ceria bilik2 tersebut hasil sentuhan dari puan guru besar sendiri..yang ni memang awesome sangat...tabik spring aku pada sekolah ni....memang cantik dan kreatif.

Sempat berbual dengan GB ..memang beliau seorang yang hebat serta inovatif dan rajin...dibantu oleh guru-guru yang memang takut pada beliau...hehehe sebab beliau ni memang tegas n berdisiplin..kalau rasa tak puas hati..terus cakap..pendek kata kecut perut cikgu2 tu...bermulalah episod menyiapkan tugasan yang pertama...namanya warga emas..kalut malut dibuatnya...nak mengarang dengan idea dan sentuhan sendiri memang fail...banyak komen dari penyelia projek yang terkadang aku sendiri naik pening...apalah yang nak diambil dari projek ni n kaitan aku sebagai calon Guru besar....

Pada aku lah yang pernah menjawat jawatan GB memangku jawatanlah katakan...bukan teori yang entah apa2..yang penting bagaimana kita hendak mengurus cikgu2 supaya sama2 berganding bahu dengan kita..so bakat...tahu visi dan misi kita nescaya kita mampu memimpin organisasi sekolah dengan cemerlang...cabaran tu di mana-mana ada... yang penting bagaimana kita hendak handle situasi itu yang bukannya sama antara setiap sekolah...yang pasti pengalaman itu lebih penting dari kemahiran yang ada...kemahiran boleh dipelajari tetapi pengalaman hanya akan dilalui oleh seseorang lambat atau cepat je...tu pendapat aku yang daif je..

So minggu depan..berpelung sekali lagi menjejakkan kaki ke IAB untuk fasa ke 2 lak!!!...adusss bermakna minggu peperiksaan dan modul2 yang lain bakal menyusul...bermakna banyak lagi assigment yang terpaksa disiapkan.......huhuhu


Wednesday, January 27, 2016

Kursus di IAB...

Assalamulaikum

Salam Sejahtera....Salam 1 Malaysia...Salam sehati sejiwa...ungkapan ini diambil setelah minggu ke dua berkursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands..kursus yang berjalan selama 4 minggu ini amat2 meruntun jiwa..semangat...ketahanan mental..fizikal emosi dan apa2 aje yang berkaitan...aduss..kesan dari ingin menjadi pemimpin sekolah alaf baru..yang tahu serba serbi dan yang dapat memimpin organisasi sekolah ke arah berdaya saing dan melonjak kecemerlangan...begitulah apa yang disebut dan cuba diajar dalam modul yang kami terpaksa lalui...kepadatan kursus ini kadangkala membuatkan rasa tidak larat dalam usia senja gini....belum lagi assigment yang terpaksa disiapkan...menjalankan kajian tindakan pada sekolah asal sebagai sekolah sandaran serta penandaarasan ke sekolah yang dipilih sebagai medium dalam melengkapkan program kepengetuaan dan guru besar sebelum dilantik sebagai pengurus sekolah.

Dah lah suasana IAB yang berbukit dan bangunan bertingkat2...lenguh sendi2 ni berulangalik ke kelas n hostel ...cabaran yang tidak terungkap dengan kata-kata..hanya mereka yang pernah melalui merasai kepayahan itu...terkadang terdetik jugak di hati..alahai nak sangat jadi Guru Besar harung aje lah suka ke tidak...huhuhuhu 

Suasana yang nyaman terkadang sejuk hingga ke tulang menyebabkan ramai di kalangan kami batuk n selsema tambah lagi rindu ke kampung halaman....ya lah rasanya nilah kursus paling panjang dalam sejarah hidup sebagai pendidik...huhuhu..tetapi halangan n cabaran tu tolak ke tepi kerana kami semua macam satu keluarga dalam kelas..kata orang mcm2 ragam bila berjumpa...
Group kami SRG4 ambilan 1/2016 seramai 28 orang sekelas dari pelbagai negeri  yang
paling ramai peserta dari negeri Selangor...

Sesi pembentangan kumpulan rutin harian kami sepanjang berkursus...rasa macam budak maktab...

1 Malaysia...semua ada .....




Friday, January 01, 2016

Selamat Tahun Baru 2016...

 Jumaat 1 Jan 2016

Salam Sejahtera. Moga dirahmati. Selamat menyambut tahun baharu 2016. Pejam celik kita dah melangkah ke tahun baru yang pastinya banyak aktiviti yang bakal menyusul...kita tinggalkan pengalaman...kenangan dan kerjabuat kita pada 2015 ...mana yang tidak sempat diupdate kita boleh lakukan semula kerana pada kita angka bukan penamat untuk tidak meneruskan kerja yang terbengkalai...yang penting semangat tahun baru...azam baru serta cita-cita yang terpadam seharusnya digerakkan semula demi perjuangan anak bangsa yang dahagakan ilmu...so Selamat tahun baharu 2016 jumpa anda di puncak kejayaan..