Followers

Monday, February 22, 2021

PDPR dan guru..dilema?

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..


Bertemu kembali dalam lewatnya waktu tahun 2021 walaupun kita dah menyusuri bulan dua tetapi tidak recam lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru dalam norma baharu kerana pendemik covid 19 masih belum reda dan kita sebagai guru ini masih meneruskan PDPR secara maya dan teratur..

So.. dalam ruang lingkup yang masih mengikut SOP banyak perkara yang tidak disettle lagi dengan baik serta sekolah masih belum beroperasi sepenuhnya..segala2nya nampak hambar dan lesu serta rungutan daripada para guru yang menyatakan murid2 kurang berminat dah mengikut PDPR kerana kekurangan peranti serta agak sulit untuk meneruskan pengajaran dalam maya disebabkan banyak kekangan yang terpaksa dilalui..belum lagi dengan masalah intenet yang kurang stabil dan peluasan penggunaannya yang lembap menyebabkan banyak perkara terpaksa ditunda.

Lebih2 lagi perjumpaan bersemuka dilarang sama sekali bermakna semua guru boleh dipanggil dalam maya iaitu menggunakan platform goggle meet sahaja yang dirasakan tidak menepati kehendak dan penyampaiannya yang agak terbatas..begitulah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh guru2 dan kami pihak pentadbir sekolah tiada kuasa untuk mengurangkan masalah yang hadapi tetapi kami masih menunggu arahan daripada pihak atasan untuk mengubah segala2nya..begitu lah kita selagi digelar penjawat awam..

Sehingga kini..sudah diwartakan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat yang melibatkan murid2 kecik ini pada 1 Mac..apa yang pasti ada yang pro dan kontranya..kita tunggu dan lihat perkembangan pada minggu depan macam mana pulak..so berlapang dada buat masa ini..stay calm dan jaga SOP.





No comments: