Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Perpaduan...Dato Seri Anwar Ibrahim!

 Assalamualikum dan Salam  Sejahtera..

Berposting lagi lewat senja masih menuggu azan isyak..kita coret skit tentang politik Malaysia tercinta ini..Kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku PMX gelaran yang diberi baru ku tahu bahawa PMX tu bermakna Perdana Menteri Malaysia ke 10 buruf roman gitu..macam2 lah netizen  cuba gambarkan pada perdana Menteri Malaysia yang dirasakan ramai di luar sana menanti ketokohan beliau untuk memimpin Malaysia supaya Malaysia kembali menjadi negara yang disegani..dikagumi di dunia dan kembali kepada sebuah negara yang berintergriti dan maju ke depan..moving foward dalam erti kata yang sebenarnya..

Setiap hari sebelum tercetus piliharaya ke 15 terdetik di hati ini untuk melihat beliau menerajui Malaysia dan cuba membawa Malaysia setanding dengan negara lain dalam aspek ekonomi dan cuba melonjakkan pasaran saham serta menaikkan mata wang Malayasia ke paras yang yang tertinggi..Alhamdulliah tidak sampai 3 bulan memimpin Malaysia sudah nampak pengaruh dan kecaknaan tahap gaban terhadap rakyat dan ekonomi Malaysia disuakan dengan begitu rupa tanpa mementingkan cuti dan sentiasa bergerak cergas serta mempunyai misi dan visi beliau tersendiri dalam membawa perubahan serta memacu proses pentadbiran yang cekap  berlandaskan tatakelola yang sebenarnya berprinsipkan perlembagaan Malaysia..

Tidak rentan dengan kritikan dan cemuhan dari pihak yang cuba menggugat kerajaannya, beliau kelihatan tenang dan senang menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan dibibirnya sentiasa terucap rakyat maheran yang perlu diutamakan tanpa melibatkan pembangunan bersekala besar..Justeru sikap dan prinsip menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan dengan menekankan keupayaan negara meningkatkan sumber pendapatan diberi keutamaan . Budaya rasuah yang menjadi duri dalam daging serta memburuk dalam negara cuba dipulihkan sebaik mungkin agar Malaysia berada di landasan yang betul dalam indeks rasuah..tidak mencampuri urusan mahkamah dan menentukan sistem kehakiman berjalan tanpa gangguan dari pihak kerajaan dan menjadikan mahkamah bebas daripada unsur politik dan diadili secara saksama..

Apa pun kerajaan perpaduan ini cetusan daripada Yang Diperuan Agong dilihat mampu mengstabilkan politik Malaysia walaupun ketidakpuasaan hati dari dari pihak pembangkang sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan politik masing2..

So..sebagai rakyat cintakan keharmonian berbilang kaum merasakan bahawa sudah sampai masanya ketepikan politik sombong serta sama2 cuba memberi idea yang bernas dan membantu kerajaan perpaduan ini sehingga habis penggal...salute to you Dato Seri Anwar Ibrahim idola saya dari dulu hingga sekarang...salam refomasi..




No comments: