Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, April 22, 2022

Salam Ramadhan Al Mubarak

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Salam Ramadhan buat semua pengunjung setia blog ini..walaupun Ramadhan dah hampir ke penghujungnya tetapi masih sempat lagi mengucapkan salam dan kita menjiwai sepenuh hati kehadiran Ramadan tahun ini dengan rasa syukur kerana diberi umur yang panjang serta dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan atas rahmahNYA yang sentiasa mengalir dan mengalir..

Hari ini dah 20 Ramadan..10 hari terakhir Ramadan saat yang dinantikan kerana dalam sepuluh hari ini ada satu malam yang Allah Taala janji kan kebaikan mengerjakan ibadah seumpama seribu bulan dengan penuh rahmah dan keberkatan yang tiada di bulan lain dan hanya pada malam Lailatul Qada. 7 keistemawaan sempat dicari..semoga kita beroleh kejayaan dan kita antara insan yang terpilih pada malam tersebut. InsyaAllah..

 

1.Waktu Diturunkan Al-Quran

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

3. Malam Penuh Keberkatan

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

5. Malam Kesejahteraan

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

7. Dosa Diampunkan




 

No comments: