Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, March 21, 2022

Permulaan sesi Persekolahan 2022/2023..

 Assalamulaikum wbt


Bersua kembali dalam dunia maya yang saban hari rencam dengan pelbagai dugaan dan malapertaka yang memperlihatkan bahawa dunia ini semakin tua dan kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak pernah terfikir selama ini...

Posting pagi ini...permulaan sekolah baharu dalam norma baharu serta permulaan persekolahan baharu bagi murid sekolah rendah tanpa melibatkan murid sekolah menengah..gitu proses yang terpaksa dihadapi serta mesti diikuti... So selaku penjawat awam kita terpaksa akur dengan situasi begini dan menjadi sebahagain rutin untuk menjalankan amanah yang diberikan sebelum menghabiskan sisa2 perkhidmatan yang masih berbaki selama 2 bulan..wakaka..dak sabar menunggu suasana persaraan yang sebenarnya..

Pagi ni intai murid2 tahun 1 semua bersemangat ..datang awal dengan wajah ceria (Heh tapi kan semua bertopeng mane mungkin melihat wajah2 ceria gitu) hihihih...andaian yang tidak pernah salah dalam pendidikan kerana cikgu2 lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat...naluri cikgu  ni macam nunjum Pak Belalang boleh ramal apa jual keadaan dan situasi semasa...tak gitu..

Selamat menempuh alam persekolahan yang baharu sebelum kita menyambut Ramadhan Al Mubarak semoga kehadiran kita ke sekolah memberi sinar baru serta azam baru setelah bercuti selama 3 minggu..Back To School...



No comments: