Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, February 22, 2022

Aktiviti Hujung Tahun..Jamuan Murid-murid..meriah!

 Assalamulaikum wbt


Bersua kembali di alam maya dengan posting yang ke dua hihi untuk tahun 2022..sebab tarikh ari ini cukup cantik 220222 gitu maka kita abadikan patah2 bicara kita pasal aktiviti hujung tahun murid2 tentulah jamuan akhir tahun bersekali dengan hari jadi murid-murid tahun 2...orang ganu cakap beradong dan bersungguh2 cg2 buat preparation dengan murid2 ni...sebab dah 2 tahun mereka tidak berkesempatan untuk menjayakan program sekolah yang saban tahun cukup meriah dengan pelbagai sambutan dan jamuan akibat pendemik ni yang membatas segala-galanya...cukup terkesan dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah..

So..bila SOP dilonggarkan tetapi masih menjaga penjarakkan.. kita sambutlah hari lahir dan jamuan perpisahan gitu untuk semua murid2 mengikut tahun...yang trujanya ibu bapa bersungguh2 menyediakan juadah dengan pelbagai kuih muih serta pelbagai nasi hinggakan seluruh warga sekolah dapat menikmatinya..terima kasih tidak terhingga oleh pihak sekolah atas keperhatinan ibu dan guru2 semua...cg2 ini wang ringgit tidak berkira demi anak didik mereka.

Disebabkan kepelikkan dikira hujung bulan februari ini hujung tahun 2021..maka bercelaru sekali proses pdp disebabkan pertukaran penggal persekolahan..bermakna murid2 tidak naik kelas lagi sehingga hujung bulan Mac ini baru dikira tahun baru..hihi kelakar pun ada konon nak abiskan sukatan pelajaran yang tertinggal akibat Covid 19 yang dikira mengganggu proses pembelajaran murid...so kita sebagai guru ni ikut ajelah alasan KPM walaupun tersasul tahun dan program sekali...aduh..belum pernah terjadi gini dalam hayat sebagai pendidik ni...

Dibawah ini pic yang sempat disanpkan..GB pun sibuk manjang dan terpaksa memenuhi setiap jemputan kelas...hihi orang kata minggu ni diet ke laut lah kita...berat badan semakin bertambah nak turun memang kelat n pahit wakaka...huhu...







1 comment:

gailorwagenaar said...
This comment has been removed by a blog administrator.