Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, May 22, 2023

Alhamdulliah...Saya Menang!!

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Berposting lagi dalam bulan Mei dengan cuaca yang panas ceng2 membataskan pergerakan dan kita jadi jumud pada keadaan..berteduh di bawah bumbung tetapi bahang panas masih terasa..Allah SWT jentik sedikit je kepayahan kita mengeluh seolah2nya dunia nak kiamat ...huhu

Entry malam ini...lucky draw..kita menang lagi terima kasih A'craff pembuat kabinat yang menawarkan cabutan bertuah kepada customer yang berurusan dengan kedainya..ternyata menempah kabinet dengannya kita berpeluang memenangi beberapa hadiah sebagi komiment syarikat kepada pelangganya..tarikan yang bagus dan jarang kedai mampu laksanakan sebagai inisiatif kepada pelanggan yang lain untuk berurusan dengan kedainya...

Live melalui facebook menampakkan hasilnya di mana dua cabutan bertuah kita menang..bukan senang nak lucky gitu kalu dah rezeki tu tak salah alamat jawabnya...so untuk lucky draw seterusnya final grand pada bulan disember ni dan dimaklumkan hadiah yang ditawarkan lebih lumayan...semoga rezeki itu berpihak kepada kita lagi..InsyaAllah...



Friday, May 12, 2023

Selesai Puasa Sunat Syawal...Alhamdulliah!

 Assalamulaikum dan Salam Madani


Berposting lagi kali ni dah 20 Syawal kalau tak silap perkiraan bermakna ada baki 10 hari lagi untuk kita berpuasa sunat Syawal yang banyak kelebihannya.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di Bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Walaupun dalam suasana yang panas dengan suhu yang mencecah 38C kita berjaya harungi juga kerana Allah Taala..Berpuasa berturut hari selama 6 hari..kalau terpisah hari mungkin kemalasan yang melanda gitulah keadaannya..Alhamdulliah Allah bagi kesihatan yang baik bermakna kalau berpuasa gred n Anxiety kita boleh dikurangkan sebaik mungkin jadi sudah tiba masanya kita akan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis pula di samping mendapat pahala juga dapat mencegah penyakit yang bakal mendatang...Masa berlalu dengan cepat sekarang tak terkejar kita tup2 dah hari Jumaat..begitulah kita mengharungi hari2 yang mendatang dengan nimat yang Allah Taala berikan.So berlapang dada.. gitu..😎



Wednesday, May 03, 2023

Selamat Hari Raya..

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Selamat Hari Raya..maaf zahir n batin kepada semua umat islam di serata dunia..tahun ini kita sambut hari raya dalam suasana yang cukup harmoni setelah hampir sebulan kita berpuasa menahan diri dari lapar n dahaga dan sewaktu dengannya..maka Allah SWT kurniakan hari kemenangan dan disambut serentak di seluruh negara..

Tahun ni raya dengan keluarga yang cukup lengkap kata orang semua ada kebetulan si Kroll tahun ini giliran dia beraya di Dungun..meriahlah skit dengan suara Mateen sikecik yang sentiasa bertempik riuh rendah dengan suaranya trade mark dia i dont wantttt gitu...semua dont want lake...so tahun ni macam biasa kita buat biskut raya berjenis2 dengan kek mentega lagend sampai 14 biji untuk diberi pada sanak saudara yang datang berkunjung..yang bawa buah tanganlah kita balas dengan sebiji kek gitu...yg datang dengan tangan kosong just makan aje kuih muih yang ada..win2 situasi...

Sempat buat open house kecilan mana yang tidak berkesempatan berkunjung..menjamu selera dengan mee kari dan mee sup gitu...jaudah feberet lah katakan...walaupun dalam keadaan yang tidk begitu sihat..sesekali angin n gerd menyerang melayang2 kita huhu...

open house..simple je..

Kami sekeluarga ..mana si Azyan ni...

Si Mateen n me gitu manja..

Me and faiuz menantu pertama...

kawan Azyan masa Liverpool dulu sempat datang berkunjung sekarang bertugas di KPM..

geng si Azyan...baru boleh berkumpul..



Thursday, April 20, 2023

Berakhirnya Ramadan...!

Assalaimulaikum dan Salam Madani..

Bersua kembali selepas selesai menunaikan solat subuh..kita berposting lagi ..kali ni kabonya berakhirnya bulan Ramadan yang penuh barakah ni..bulan yang menjanjikan pahala yang melimpah ruah diberikan kepada sesiapa yang menghayati mengimrah masjid..membaca AlQuran kerana pada bulan ini Al Quran diturunkan serta berzikir bertahmit dan segala kebaikan yang dilaksanakan ganjarannya cukup besar...so belum tentu Ramadan yang akan datang kita mampu menghirup segarnya udara yang diberi oleh Allah tanpa berbayar ni huhu

Berbalik pada posting kali ini...alhamdulliah bersyukur sangat kerana pada tahun ni kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna..sihat dengan erti kata kita ni di penghujung usia 50an..dan terdiam kejap bila mendengar kematian insan yang baik sama2 berjawatan cikgu meninggalkan kita semalam...huhu asbab jatuh di bilik air pergi selama-lamanya...so abis bahagian dia...

Berbaki sehari lagi puasa...bermulalah episod membaking kuih muih yang pada tahun ini bebas dari masa dan jawatan..kita rancang aktiviti sendiri sesuai dengan alam persaraan hihi maka terhasillah pelbagai jenis kuih yang kita buat lain dari tahun2 lepas cuba kuih tat nanas masih mengekalkan tradisi mesti ada setiap tahun...antara kuih yang sempat disiapkan mulfury crunchy oreo..suji almond..coklat cips ada lagi lah lupa pulok tajuk kuih2 ni...faktor usia..hihi








p/s: amatur ambik pic ginilah..dak kreatif langsung...apa2 pun ni yang terbaik dibuatnya..nanti update lagi...

Tuesday, April 11, 2023

Renovation dapur..Part 2!

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Bertemu kembali dalam suasana yang panas ceng2..tahun ni Bulan Ramadan kita sambut dengan cuaca yang cukup panas tetapi ibadah puasa tetap kita laksanakan tanpa ada halangan kerana setiap muslim yang berpuasa diberi keberkatan dan ganjaran dalam pelbagai situasi so berlapang dada..semuanya adalah ketentuan dari Allah SWT sahaja..

Posting kali ini nak kabonya reno dapur kita siap sepenuhnya dengan kos yang maha dasyat wow kurus semangat..hampir 25k melayan gara2 memenuhi tuntutan hati yang tidak pernah puas..selagi kita dinamakan manusia...hihi keadaan sekarang dengan ekonomi yang tidak menentu ni..bukan kita di Malaysia aje yang terkesan seluruh dunia menghadapi fenomena yang sama..belum lagi kekurangan bahan makanan yang menjadi nadi kepada manusia...nak menyalahkan kerajaan sekarang pun tak boleh..kerajaan Madani mencuba sedaya upaya nak stabilkan harga barangan semasa tapi gitu lah...memerlukan masa dan komiment yang tinggi dari pemain industri yang ada...

Berbalik pada reno dapur ni...ambik masa 3 hari jugok nak siapkan..nampak macam simple tapi gitu lah...yang memasangnya pun terkial2 memenuhi hati pelanggan..memandangkan bulan puasa...tetapi yang memasangnya kaum cina jadi tiada masalah lah..diorang ok je cukup menghormati kita yang berpuasa ni..

Hubby terpaksa siapkan dapur basah di luar untuk sementara waktu dalam tempoh pemasangan ini..almaklumlah main bulan puasa ni rohok skit kata org ganu..terpaksa bekerja keras skit..apa yang pasti masih adalah barang yang tiada stok terutamanya aksesori di dalam kabinet tu tiada stok lagi...tetapi ok lah sebab yang pasti sumber air itu penting...kabinet putih ni memang memerlukan penjagaan yang rapi setiap kene lap hari2 supaya sentiasa nampak kemas dan menarik..

Tkasih yang tidak terhingga pada A craft Kitchen https://www.facebook.com/acraftkitchen/?locale=ms_MY ni fb diaorg boleh tengok hasil kerja dan buatan mereka yang sangat rekomended..kemas dan soficated gitu...senang berunding dan banyak idea yang diberikan..Tkasih juga bahagian rekacipta iaitu saudara Izzat sangat membantu dalam mendeko dapur ni serta idea yang bernas yang diberikan..

Rasenya impian itu menjadi kenyataan kerana pemilihan material serta warna persis al Inggeris gitu menjadi pilihan...tu lah hari2 duk nonton HGTV je...apa2 pun kepuasan hati menjadi keutamaan..duit boleh cari..hihi


pic kurang cantik nanti kita update semula pic yang menarik..huhu


Thursday, March 23, 2023

Ramadan Al Karem...

 Assalamulaikum dan Salam Madani

Bersua kembali dalam arena blog semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik ,panjang umur dan dimurahkan rezeki selagi hayat dikandung badan..Entry malam pertama puasa..selamat datang Ramadan Alkarem bulan yang banyak keistemewaannya kerana dalam bulan Ramadan adanya solat Terawih yang tiada dalam bulan2 lain..maka rebutlah peluang yang ada dengan beramal solah..membaca Al Quran kerana pada bulan Ramadan diturunkan Al Quran..Pelbanyakkan sedekah serta melipat gandakan zikiruallah dalam semua situasi..

Hari ini permulaan berpuasa kepada umat Islam. Semoga ibadah puasa untuk tahun ini sebaik2 amalan puasa daripada tahun yang lepas dengan mempergunakan segala ruang yang ada dengan menperbanyakan amalan sunat yang lain. InsyaAllah..



Monday, March 20, 2023

Renovation dapur...satu kemestian!

 Assalamulaikum dan Salam Madani..

Jumpa lagi sementara menunggu waktu isyak..reno dapur setelah selesai tambah bilik dan porch ..kita mula langkah seterusnya dengan tambah baik dapur mengikut ala terkini dan english stail gitu sebab dapur yang asal tu dah berusia 30 tahun bermakna rumah ni dah berusia..dapur yang dulu banyak yang dah rosak terutama di bawah singki..sudah mereput kayu yang ada ditambah pula memang dapur ni kita guna hari2 bukan kita seorang yang guna..semua penghuni yang ada dalam rumah ini...

Kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih yang penting duit ada dan kita guna duit sendiri tanpa melibatkan duit orang lain..kepuasan itu menjadi faktor utama hehehe...biarlah orang tak nak support pun janji  semuanya berjalan tanpa bantahan..kadang2 orang lelaki ni nak suruh kita ikut cakap dia je..ego menggunung..dia aje yang betul...pedulikan bukan duit dia pun...

So..kabarnya sebelum puasa akan disiapkan..pereka nun jauh di sana kuantan lagi..yang ada di daerah kita ni sombong dua kali call tak datang2 mentang2 lah kita ni tak kerja Petronas...orang petronas je yang banyak duit..huhu...design kita kehendak sendiri dan ditambah dengan idea pereka Izzat yang banyak membantu..nanti siap kita pamerkan di sini..

Ni anakde yang tolong settlekan dinding dan sewaktu dengannya..kalau upah ni memang banyaklah  ongkosnya...

Bertapa teruknya dapur dulu ..memang kekampungan sungguh lah dulu..dengan warnanya ..adula sakit mata memandangnya...