Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, July 03, 2022

Aktiviti Selepas Pencen...sama je!

 Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa

Posting sambil menunggu waktu Isyak..hari ini dah sebulan melayari hidup di alam persaraan...semuanya nampak ok je...hati setenang air di tasik madu..tiada lagi gurau senda cikgu2 serta mesyuarat sana sini..kita masih mengikuti perjalanan sekolah kerana sampai sekarang SKeKA belum ada GB baru lagi...huhu kata stok ramai sampai ari ini masih kosong lagi..cakap memang tidak kalah depan timbalan pengarah lagi..sekarang dah jadi pengarah pun..nak left grup takut barisan pentadbiran tiada tempat untuk mengadu..so kita akan left grup rasmi sekolah setelah ada pengganti dulu...

Minggu lepas dikunjungi pegawai pembimbing TS25 Puan Fatiah dari IPG..walaupun sebelum ini mengenali beliau melalui wassap dan telefon sahaja..sayang kedatangan beliau dalam masa kita dah quit dalam perkhidmatan..tersedak dia bila diberitahu kita dah bersara..hihi lambat sangat ambik masa untuk hadir ke sekolah..sebagai GB sebelum bersara semua perkara penting kita siapkan dahulu supaya GB baru yang akan datang tidak rasa pening n kalut maklumlah sekolah baru..suasana baru..nak sesuaikan diri mungkin ambik masa yang panjang...memang dia berpuas hati melihat perjalanan TS25 sekolah yang complete serta fail yang diminta dapat disiapkan sehabis baik...Tahniah dan Syabas team SKeKA memang terbaik...

Habis cerita bab sekolah....balik pada aktiviti selepas pencen..rupa2nya banyak kerja yang terpaksa dibuat..jadi suri rumah tangga sepenuhnya..memasak memang confirm dah..dengan kain bajunya..dengan kucingnya..dengan pokok orkid yang baru nampak seri setelah terbiar gitu je..semua dalam perhatian tuan rumah hihi...belum ada lagi aktivti khusus yang dibuat still aktiviti gitu2 je menghabiskan masa sehari2..

so..nanti kita cite aktiviti lain pula yer..nak solat jap..



No comments: