Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, May 03, 2012

Pencuri vs Mencuri...

Khamis 3 Mei 2012

Assalamulaikum dan Salam sejahtera untuk semua...dua tiga hari tidak menjenguk blog...sibuk memanjang....selebihnya buntu idea hingga kering kontang...

Entry menarik pencuri n mencuri...dua perkataan yang sama dari segi kata dasar tetapi bila diletak imbuhan...maknanya berbeza sedikit tetapi masih dalam kelompok yang sama...Terbitnya perkataan ni sebab sekolah dicerobohi pencuri sehingga ribuan ringgit lesap begitu sahaja....gara-gara kesilapan kita sendiri n memang tidak ada rezeki sekolahlah tu....semua tu menjadi persoalan bagi pihak pentadbir dan guru-guru. Sehinggakan tadi diadakan solat hajat oleh guru dan kakitangan sekolah untuk mendapat petunjuk dari Allah...bahawa memang orang dalam yang terlibat dalam kes ini...merujuk pada cakap guru besar setelah diberi penerangan oleh pihak polis....kenyataan ini berdasarkan modus operandinya cukup senang n tiada umpilan yang teruk2 terpaksa dibuat oleh pencuri itu...dan dia tahu di mana duit itu tersimpan....

So....bermulalah cakap2 dan siasatan sendiri serta fakta-fakta sendiri bagi menzahirkan memang orang itu yang terlibat.....berdasarkan banyak kes sebelum ni maka siasatan polis mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk selesaikan....Pada pihak sekolah seperti kata guru besar..satu iktibar bahawa sebarang duit tidak boleh disimpan di sekolah dalam kadar yang banyak serta di pihak "jaga" anda lalai dalam memastikan keselamatan sekolah di bawah tanggungjawab anda...dalam situasi ini semua dakwaan berdasarkan lagu "bangau oh bangau"....

Moral of the story...malang tidak berbau...sentiasa mengawasi segala barang berharga tidak didedahkan secara umum...kita tidak tahu siapa musang berbulu ayam...sentiasa berwaspada....pah pada ni soal perikemanusiaan tolak tepi sebab kepentingan awam menjadi agenda utama...dan kita tidak mahu perkara yang sama berulang atas dasar kasihan serta sikap prihatin kita.....

No comments: