Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, August 30, 2011

Album Raya...

Selasa 30 Ogos 2011

Salam Raya untuk semua....Hari ini umat Islam seluruh Malaysia merayakan hari kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadat puasa dengan penuh tawaduk dan mengekang hawa nafsu..dalam menjalani puasa...syukur alhmadulliah segala-galanya berjalan dengan baik dan kita menyambut syawal dengan berlapang dada....

Bila sebut pasal raya ni....hati yang gundah jadi gumbira....sebab sagala-galanya nampak cantik ...bertapa Allah SWT mengurniakan segala kemewahan dan kesenangan yang melimpah ruah tanpa berselindung lagi...dengan kunjungi mengunjungi...bermaaf-maafan...yang dekat didekatkan lagi...yang jauh berkirim salam....harmoninya masyarakat Malaysia....tidak kira miskin atau kaya semua merayakan Idul Fitri dengan fitrah masing-masing....Pun begitu tidak dilupakan pada yang meninggalkan kita...banyakkan doa dan solat untuk mereka...para pejuang yang nun jauh di sempadan....suami2 yang terpaksa beraya di tempat bertugas...semua bergantung atas kadar masing2...apa2 pun walau di mana anda berada...hari raya tetap disambut....

Lihatlah photo2 yang sempat dirakamkan sebagai kenangan untuk versi raya tahun ni...







































Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya...

Ahad 28 Ogos 2011

Salam Ramadhan untuk semua...kita semakin menghampiri hari raya rupanya...sekejap je masa berlalu..sayu rasa hati meninggalkan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan...bulan yang menghimpun sebanyak-banyaknya pahala pada yang menghayati kelebihannya.....

N3 kali ini macam biasa ....selamat hari raya pada semua peminat blog ni..rakan-rakan fb,rakan2 blogger.kekawan sekolah,sahabat yangjauh dimata dekat di hati..dan juga pada musuh-musuh di dalam selimut...maaf zahir dan batin....jika terkasar bahasa, tercuit hati, terlebih kata, tergumpat yang tidak disedari.....moga ikatan silaturahim kita berpanjangan dengan kedatangan syawal ni..sama-samalah kita memohon kemaafan dan keinsafan semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu pada ramadhan akan datang...Insyaallah...


Wednesday, August 24, 2011

Ihya' Ramadhan..

Rabu 24 Ogos 2011

Salam Ramadhan dan salam Rabu untuk semua peminat blog ni...Kita sudah melewati akhir2 Ramadhan...dan kita menanti dan mengharapkan mendapat ganjaran pahala dengan memperbanyakan zikir,tahmid.tadarus Al-Quran, mengimarahkan masjid,sedekah jariah yang tidak pernah putus,mengeratkan silaturahim lebih2 lagi mengharapkan menemui malam Lailatul Qadar.
Posting kali ini....Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432 Peringkat sekolah yang diadakan pada 23 ogos...dengan temanya "Ramadhan Bulan Berkat,Takwa Kita Pertingkat"....selamat dijayakan dengan khatam Al Quran murid-murid tahun 6...Majlis yang saban tahun diadakan semenjak berada di sekolah....Rasanya acara yang patut diadakan oleh setiap sekolah supaya murid-murid tahu apa itu Ihya' Ramadhan serta peka mentadarus Al Quran yang dijalankan setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan ni...

Kalau diharapkan mereka membuka AlQuran di rumah.....memang tidak buat buat pun...sebab masyarakat kita tidak diasuhkan budaya celik Al-Quran di peringkat kanak-kanak lagi...tu pun setelah JQAF diperkenalkan di sekolah dan dibekalkan ustaz n ustazah yang berkelulusan bahasa Arab...baru nampak suasana Al-Quran itu di sekolah-sekolah....satu pendekatan yang kalau dulu dipraktikkan masyarakat kita tidaklah kalut seperti sekarang....Sebab mengamalkan bacaan Al-Quran menjadikan diri kita insan-insan yang mulia kerana setiap bacaan yang dikumandangkan menjadikan jiwa2 mereka takut pada Allah dengan mengikuti segala suruhanNya dan meninggalkan larangannya....

Berbalik pada majlis tersebut....kurang penglibatan dari ibu bapa....tidak diketahui ibu bapa dijemput ke tidak....rasanya jika melibatkan para ibu bapa program yang baik ini akan lebih meriah dan bermakna kerana ibu bapa dapat melihat kesungguhan cikgu2 mentarbiahkan anak-anak mereka mencintai Al-Quran. Pun begitu tahniah pada Panitia Agama Islam yang mampu mengendalikan majlis ini sebaik mungkin....InsyaAllah....

Tuesday, August 23, 2011

Puding Karemal kasih...

23 ogos 2011

Salam Ramadhan untuk pembaca N3 ini...moga puasa kita diberkati dan dalam kita menjalani ibadat puasa masa berlalu dengan cepatnya...pejam celik ari ni dah 23 hari kita berpuasa bermakna seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya....mood raya mula terasa...bila mendengar lagu raya yg saban waktu berkumandang....

Entri kali ini...Puding Karemal Kasih yang sempat dibuat untuk moreh....tapi sebelum tu udah habis separuh dibedal oleh hubby...puding amat diminati...katanya puding yang tidak payah digigt pun...masuk mulut je...terus hilang...maknanya kene buat besar2 lah sebab bila makan tidak terasa pun yg kita makan puding...ye ke...sampai begitu sekali tafsirannya pada puding ni....

Untuk Dayana ni ada resepi dibawah ni kalau hendak cuba....kita ni main campak-campak je...nak sukat tu jauh sekali...kira menjadilah...tapi bila si dayana mintak kene bagi sukatan lah kan jadi puding lain... apa yang pasti puding ni paling senang n simple aje bahan2nya...ya lah amatur ni kene ikut sukatan dulu...buat ya jangan dok buat...pahtu bawa ke sekolah bolehlah sifu merasa jadi ke tidak.....apa yang penting niat tu biar betul ...nak bagi semua orang merasa...baru menjadi....

Untuk karemal
4 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

cara: masukkan dalam periuk gula tadi.panaskan atas api sederhana. bila udah perang masukkan air panas td pastikan berhati2 sbb dia sedikit terpercik.

Untuk puding
1 tin susu cair
4 biji telur
2 sudu besar gula
2 keping roti(kalau suka mampat...kalu dok letak ia akan bersarang skit)
sedikit esen vanila.

cara: roti td diblend dgn susu cair.Kemudian masukkan telur kacau je pahtu masukkan esen dan gula vanila untuk hilangkan bau hanyir telur. pukul perlahan-lahan.Siap masukkan dalam karemal tadi. Kukus atas api sederhana selama 20 minit gitu..hingga masaklah...biarkan seketika baru diterbalikkan....kalau suka hiaslah dengan buah-buahan campuran...


Monday, August 22, 2011

Tips Amalan pemakanan yang sihat...

Isnin 22 Ogos 2011


  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "Bismillah" dan disudahi dengan Alhamdulliah.
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri,berjalan atau berbaring.
  • Biasakan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk(makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak(bergoreng),berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makanan yang bergaram dan gula yang tinggi.
  • kurangkan minuman manis,mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa,bahan pengawet,MSG dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah dan makan buah-buahan seperti kurma,betik,pisang dan lain-lain pada awal pagi.
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja.Pilih lauk yang seimbang dengan keperluan tubuh kita.
  • Biasakan makan makanan yang berbijirin dan kekacang kerana ia adalah sumber protien dan bahan yang terbaik untuk minda.
Moga-moga tips2 di atas jika dilakukan sebaik mungkin mampu menjadikan tubuh badan kita sihat dan dapat melakukan kewajipan terhadap Allah SWT...InsyaAllah...

Sunday, August 21, 2011

Rose...lenaku..

Ahad 21 ogos 2011




kuntuman segar mewangi di persada hari
mewarani alam mekar di hati
tanpa prajudis tanpa sangkaan
saban musim melata segenap pelusuk
harum nyaman menusuk kalbu
sesekali jadi hiasan di kepala
disegani serata manusia
tenang seketika keasyikkan warnamu
ciptaan yang abadi tanpa sangsi
meski diibarat seorang hawa
lembut mempersonakan
awas...sesekali duri-durimu
mampu merobek jiwa terpana
dan kita alpa
tika keharumanmu
menerjah dan mengkhayalkan
sang adam kerana
dirimu cukup bermakna dalam lenaku....



Thursday, August 18, 2011

Catatan kecil....keliru

Khamis 18 Ogos 2011

Salam Ramadhan untuk semua...moga bulan penebus dosa ini kita hayati sepenuhnya dan segala doa yang dipanjatkan kehadrat ilahi diperkenankan dan dilimpahi dengan jutaan rahmat dan pengasihnya yang berterusan...kata orang give and take....kita mohon dan dalam masa yang sama kita tunai segala suruhanNYA dan kita jauhi laranganNYa....InsyaAllah janji Allah tidak dimungkiri tetapi kita sendiri yang memungkirinya dengan pelbagai alasan...

Posting kali ni....payah bila kita cuba membetulkan keadaan dan inginkan kesempurnaan...sudahnya kita yang dipersalahkan dan siap dengan title keburukannya....dan sudah dibanchmarkkan...sebut je nama... tanggapan negatif tu terserlah.....sampai begitu sekali kecaknaan orang pada kita....dia tu memang gitu....banyak komplin...abaikan saje...terkedu... sendu...terharu...layu...anggapan sinis yang dilontarkan....

Akukah itu....perwatakan abtrak..simbolik pada nama....terkadang tertanya-tanya gitu ke aku...diibaratkan dalam pelbagai situasi...dia aje yang betul orang lain salah....semua yang dibuat tidak menepati di matanya...mengundang persoalan......abaikan apa yang dikata memang itu sifatnya....dan aku bermain dengan pelangi yang terkadang berbalam-balam....sesekali hujan kecil menitis satu persatu...pujuk hati...kenapa mesti mengharapkan pujian...yang penting niat yang ikhlas....dan kita tahu apa yang kita buat selagi kesempurnaan itu yang menjadi prinsip...abaikan suara-suara negatif itu....

Sampai bila....melihat ketidak sempurnaan itu di birai mata...melambai2 minta diperbetulkan...naluri itu meronta-ronta minta dilepaskan...khabarlah pada kenyataan...terimalah ungkitan dan umpatan...wajah2 sinis ...dengan lirikan mata yang mempersoalkan siapakah dia itu yang cuba memandai-mandai...pedulikan suara2 sumbang sebab kita tahuapa yang terbaik dalam pelbagai situasi....bulatkan niat....tegakkan kepastian...jitukan pendapat....kalau putih katakan putih kalau hitam...kabarkan aku sememangnya tidak pernah buta warna....catatan kecil bila kerap dipersalahkan....