Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, January 15, 2011

Keajiaban Kalimah Allah

Sabtu 15 Jan.2011


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...

Thursday, January 13, 2011

Bertukarkah aku...???

Khamis 13 Jan.2011

Salam Khamis untuk semua pembaca blog ni....moga dilimpahi kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam mengharungi liku-liku kehidupan....meski ranjau n halangan sentiasa ada...tapi kita komited pada tugas n jawatan kita....harap2 semangat tahun baru still gitu sampai ke penghujungnya....dan kita rasa bangga dilahirkan sebagai seorang guru n mencintai jawatan kita tanpa mempersoalkan imbuhan yg diterima....keberkatan itu penting dalam segala hal jika kerja buat kita ikhlas,tulus,mulus n so on....

Berbalik pada posting kali ni....bertukarkah aku...???? satu soalan cepu emas yg sentiasa terawan-awangan....terkapai2... naik pening n sebak bila kerap soalan ni ditanya oleh rakan sekerja....sapelah kita untuk memberi satu kemestian dan kejituan dalam situasi sekarang.....apa yg diketahui berlaku lebihan guru n lambakan guru di sekolah...maka akan berlaku peralihan itu...sape yang terkene tempias itu????masih samar2 dan jawapan GB itulah hakikatnya....tengok dekat mane kekosongan itu...maka yg berdekatan diambilkira.....katanya...boleh diterima ke tidak kenyataan ni....

Apa yg pasti.....situasi itu akan berlaku...bila n di mana???jangan dipersoal..tunggu n tunggu...
Aduhai....jika kemungkinan itu berlaku alhamdulilah.....jika sebaliknya juga alhamdulilah....sbb di mana saja kita ditempatkan itulah yg terbaik dan ada hikmah disebalik tu...kerana yg terbaik itu tersirat pada pandangan mata kasar kita...Ok....hingga jumpa lagi di lain catatan...wassalam..

Friday, January 07, 2011

Penilaian Baru Ganti PTK

Jumaat 7 Jan.2011

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya membabitkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

nutp national union of teaching professionPresidennya, Hashim Adnan, berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat selepas lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

NONEOktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata, NUTP sudah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

- Bernama

Thursday, December 30, 2010

Meeting vs Kerja

Khamis 30 Dis.2010

Salam Khamis untuk semua pembaca blogku....semoga dikurniakan kesihatan yang baik n berbahagia di samping keluarga tersayang.....apa2 yang berlaku pada kita sama ada di sedari atau di luar batasan pemikiran kita adalah kehendakNYA....kerana kita yang merancang tetapi DIA yg menentukan hal tujunya....walaupun jauh disudut hati terasa terkilan n jauh hati.....tapi ingat segala-gala atas ketentuan...jadi terimalah apa yang terbaik untuk kita.....

Ok posting kali ni....Meeting vs Kerja.....minggu meeting n minggu menerima bebanan kerja....biasalah cikgu...time nilah kita boleh tengok bertapa sibuknya cikgu dalam segala hal....semua kerja kene buat dan disiapkan seperti diarahkan....first bell first lesson....maka terjongoklah PPD melihat persiapan dan rumusan pada hari pertama persekolahan...soal-soal remeh temeh tolak ke tepi dulu...cikgu kene mengajar ikut sukatan....

Bila melihat pd takwim sekolah dan perancangan tahunan baik akademik, HEM dan kokurikulum juling mata kita untuk melepasi target dan aktiviti yg terkandung dalam buku panduan pengurusan sekolah....sebenarnya cikgu2 ini boleh dikategori org yg hebat dalam bidangnya.....apa tidaknya semua takwim tu mesti dilaksanakan mengikut perincian yg digariskan....tugas dan tanggungjawab wajib dibuat tanpa komplen ....belum lagi bab mengurus bebudak yg bermacam ragam n perangai......pendek kata mana yg patut didahulukan dan dikemudiankan.....semua menjurus ke arah bergerak sederap merialisasi wawasan-slogan sekolah....moto sekolah sentiasa cepat dan tepat agar sempat dapat yang dihajat....

Tu...belum lagi pelbagai mesyuarat yg terpaksa dihadiri dan minitnya difailkan....post motem an so on.....mana2 yg dilantik ketua...dlm setiap jawatankuasa....mulalah pening meminitkan mesyuarat kali pertama....tindakan taktikal dan perancangan aktiviti mesti digarapkan bagi memenuhi visi sekolah Institusi Berwawasan Komuniti Cemerlang 2015...

Bila GB kemukakan ingin alihkan perpustakaan asal ke tempat baru....satu persoalan timbul...kenapa n mengapa? kenapa tidak diubah masa awal tahun dulu masa penyelengaraan itu diserahkan padaku....masalah pustaka tu jauh dan kurang sambutan kerap ditimbulkan dan siap cadangan dan alasannya skali......ttp tidak diterima....setelah setahun cuba menghidupkan kembali aura pustaka dengan segala2 bermula dari A hingga Z...bersekang mata,mencurahkan keringat,buku yg tidak masuk stok 4 tahun...satu fail pun tidak ada....pinjaman murid tidak berjalan2 bertahun2 lamanya...setelah kita yg ambilalih dgn perancangan, taktikal,keceriaan,wang ringgit segala-galanya...persoalan itu dibangkitkan semula.....

Waduh...ni bukan satu kerja yg mudah n dpt disiapkan dalam waktu sedetik cuma.....bila diajukan pada org yg tidak berkenaan...yg tidak pernah menjejakkan kaki.....yg tidak pernah ambil tahu....katanya setuju dgn perancangan GB kerana katanya soal besar atau kecil pustaka tidak penting...yang penting soal penggunaannya.....sape dia utk bercakap ttg kerja org lain....sape dia utk persoalkan kewajaran peralihan itu...AJK pustaka? penyumbang kewangan ke? kalau perkara itu bukan bidang kita tak usah cuba menjadi jaguh dalam kerja org lain.....soal utk ambil hati GB tidak timbul di sini....jadi bermuasabah dirilah... siapa kita utk bercakap bagi pihak org lain yg tiada kaitan langsung dgn bidang tugas kita???????

Sebagai rumusannya.......Patutlah setiap tahun ramai guru yg bersara awal sama ada masih bernyawa atau di alam lain....dan ada di kalangan guru-guru mengambil sikap senyap n terima apa yg diberikan daripada cuba menokah arus...yg pasti golongan yes man mmg mendpt anugerah cemerlang dari mereka byk bercakap ..... cuba membetulkan keadaan dan cuba menjadikan sesuatu itu yg terbaik....kerana sapelah kita di kalangan kita2 yg ada......hingga jumpa lagi....wassalam...

Thursday, December 23, 2010

Temuduga-Naik Pangkat

Khamis 23 Dec.2010

Salam penuh keceriaan pada semua pembaca entri ni.....moga kita dilimpahi rahmat n ketenangan di usia senja...kurangkan stress...belajar berfikir secara positif....buang jauh-jauh unsur negatif tu...berbaik sangka n jadilah diri kita yang terbaik pada hari ni.....pada anak2 sepupu yg berjaya dlm PMR tahun ni...alhamdulliah atas kejayaan kalian...pada Azira tahniah kerana dapat 9A dr sekolah Tok Jiring...antara sekolah agama terbaik di Terengganu...Pada Aspa juga tahniah kerana mengulangi kejayaan Masa UPSR dulu...8A...mungkin sedikit kesedihan di hati kerana arwah ibu n ayahnya tidak sempat melihat kejayaan anaknya......Tahniah n Syabas pada anda berdua.....

Berbalik pada posting kali ni....temuduga n naik pangkat...biar betul semua yg dipanggil yg muda2 belia....yg hebat2 n pengerusi teknik daerah.....alahai...semua dia org ni dilantik PK KO ke...jadi kita2 yg tidak aktif di peringkat daerah ni mmg tidak ada camlah untuk memegang jawatan...sbb kita bukan di kalangan org yg hebat dan dikenali.....Aduh GB macamana ni kata prestasi tidak diambilkira dalam pemilihan kali ni...tapi yg rata2 ditanya semuanya prestasi melebihi 95%.....tu lah yg berumur senja ni prestasi cukup makan aje...macamana nama patut disenaraikan......

Nilah dunia pendidikan sekarang....abis lintang kalang.....yang muda2 akan mengarahkan yg tua2 bila diberi tanggungjawab......biarlah untuk mengarah aje...kerja pandai ke tidak...suku kira...apa yg pasti jawatan itu penting....sbb diperingkat atasan merasakan mereka lebih hebat n berkemampuan dr kita yng senja2 ni....sedangkan mereka ini tidak dipanggil pun untuk dinilai...sedangkan dari segi senoriti sepatutnya golongan ni dikedepankan.....bukan tangkap muat aje...mentang2 atas alasan semua KUP DG32...sape yg mempunyai prestasi tinggi awak mmg berpeluang.....

sudahnya .....kecewa n rasa tidak puas hati akan berpanjangan.....tidak salah menampilkan golongan muda ttp ikut turnlah...semua akan merasa....baru adil n saksame...bukan semua GB yg pemurah pasal beri markah prestasi ni......last2 dia akan kata PPD bagi ke saya 90% aje ....jadi cikgu2 saya mesti dpt kurang pada saya.....nasib dpt GB macam ni ...tidak tahu menilai mana cikgu yg sudah masuk zon memegang jawatan...bagilah prestasi sepatutnya pada dia orang...Dah kalau 25 tahun pengalaman....masih tidak tahu ke bidang tugas masing2....bila ada org bertanya pada aku kenapa tidak dipanggil temuduga sedang aku udah masuk zon....aku katakan prestasi aku rendah..... sape yg akan beri kepercayaan pada seorg yg berprestasi rendah.....jadi aku...gigit jarilah...menunggu buah yg bila akan gugur semata-mata bersandar pada pengalaman memegang jawatan dalam pengurusan....

Sepandai2 mane dalam pelbagai bidang pun kita... kalau diberi markah yang rendah tidak akan ke mana.....mungkin kita tiada rezeki di situ...jadi bermuasabahlah.....anggap apa yg ada sekrg itu yg terbaik.....kata-kata semangat n meredakan keadaan....kerana sape lah kita dalam situasi ni untuk mempersoalkan urusan teknikal ni.....ok hingga jumpa lagi di lain entri...wassalam...

Sunday, December 19, 2010

Bengkel Masakan-Majalah Rasa n HBi

Ahad 19 Dis.2010


salam Ahad untuk semua pengunjung blogku.....moga2 dilanjutkan usia kita untuk mengecapi keindahan alam ni....seterusnya memakmurkannya.....bila time boring melanda macam2 perasaan berbaur.....geram,sedih,benci,meluat and so on....bila online data NILAM lagilah....mengantuk,menyeksa diri,buat dalam keadaan keterpaksaan,kerja sia-sia,dok masuk dek akal....macam2 emosi negatif menjelma....malas sekali pun kene buat juga....so meredakan hati yang gundah-gulana kita rilex minda...lihat aktiviti ini...

Bila sebut perempuan....tidak akan lari dr bercakap pasal masakan.....terutamanya bila itu satu hobi yg mmg tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan....so...bila majalah rasa n produk HBi mengadakan roadshow pasal bengkel bergerak di seluruh Malaysia.... apa lagi...terus emailkan mahu menyertainya...dan sudahnya tertunailah permintaan yang mmg dinantikan......

Bertempat di FAST BAKERY SUPPLIE di Kemaman diadakan bengkel masakan kek, biskut n roti yang pada mulanya yuran sebanyak RM60 diturun kepada RM30 sahaja....lihat promosi di bawah ini...dan rasanya berbaloilah kelas yg diadakan dengan diberi percuma1 tin buttermas n 2 keping coklat bar masakan. ....Chef yg didatangkan khas dari majalah Rasa...

Bila ditanya pada penganjur mane acara cabutan bertuah dgn hadiah lumayan pada promosi di majalah rasa...jawabnya bila habis roadshow ini baru diadakan cabutan bertuah...maknanya cabutan tu secara rambanglah pada peserta di seluruh Malaysia....kalau anda bertuah dapatlah kalau tidak...gigit jari je...look n see ajelah dalam keluaran akan datang....

Apa pun terima kasih byk2 pada para penganjur kerana byk info yang kami dapat.....di samping pelbagai resipi yg diberi percuma...Insyaallah semua resipi tu akan dicuba untuk melihat keberhasilannya......Moga2 untuk promosi akan datang rasanya tidak akan lepaskan peluang yg jarang2 kita akan dapat...pada cg sidah n Kak Nor ...terima kasih kerana jd peneman kalu tidak keseoranganlah kita memandu.....Hingga jumpa lagi...wassalam....

Thursday, December 16, 2010

Banana n Almond cake

Khamis 16 Dis. 2010.

Salam penuh ceria untuk semua peminat entry ni....alhamdulliah kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki bernafas di alam fana ni...sujud syukur atas kerahmatan itu....cuti akhir tahun semakin hampir ke penghujungnya.....celik pejam masa berlalu dengan cepat....agaknya tulah salah satu tanda dunia hampir kiamat....masa berlalu dgn cepat...dan kita teralpa lagi dgn pelbagai karenah,ragam manusia yang jumud pada dunia dan alamnya hinggakan bertegur sapa dan sapaan bukan lagi budaya masa kini....selebihnya bust hal sendiri n keluarga kita aje....

Ok...posting kali ni Banana n almond cake....saje lama tidak mengupdate buku resipi bila belek-membelek helaian demi helaian....maka terjumpalah resipi ni...check dalam stok semua bahan yg dikehendaki ada semuanya.....maka bermulalah proses membuatnya.....

Kek yang sedap dengan rasa pisang dan ditambah dengan almond...maka sudah tentu proses memakannya tidak mengambil masa lama untuk dihabiskan....sesiapa yg hendak mencubanya ambillah resipi ni....kalau malas mencuba kau org tengok je..lah sambil menjilat bibir....

Bahan.bahannya
350 gm gandum biasa aje
230 gm gula perang(kalau manis kurangkan..)
4 biji telur
250gm mentega
450gm pisang yg sudah dilecek(pisang apa2 pun ok)
1 sk ovelet
1sk baking powder
1/2 sk soda bikabonat(optional)
1/2 esen vanila
Almond untuk ditabur di atas

Cara
1. Putar mentega n gula hingga kembang n gebu.
2. Masukkan telur sebiji2
3. Masukkan pisang lecek tadi
4. Masukkan esen vanila n ovelet
5. Masukkan gandum yg dicampur terlebih dahulu dgn baking powder n soda
6. Masuk dalam bekas(apa2 bekas pun) tabur almond di atas.
7. Pahtu bakarlah hingga masak.

Dah pun siap...senang aje..semua kerja mesti rajin baru menjadi....buat dgn kasih sayang...baru berkat hasil air tangan kita....kalau tidak menjadi komen n beritahu apa masalahnya....pahtu kita boleh bincang n selesaikan....ok..hingga jumpa lagi wassalam...