Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, December 12, 2010

Rebutlah Kelebihan Bulan Asyura (10 Muharram) dan Fadhilatnya



Ahad 12 Dis.2010




Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.



Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;

Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)

Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
  • - Malam Awal Muharram
  • - Malam 10 Muharram
  • - Malam Awal Rejab
  • - Malam 15 Rejab
  • - Malam 27 Rejab
  • - Malam 15 Sya'ban
  • - Malam Arafah
  • - Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
  • - Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran c) Zikir


Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di hadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat.

Saturday, December 04, 2010

Musim Kahwin

Sabtu 4 Dis.2010



Salam Sabtu untuk semua pembaca entryku...salam penuh kesyahduan pada teman-teman yang jauh di mata tapi dekat di hati....salam cuti pada kekawan sekolah yg bercuti sakan...sampai sms yang dihantar tidak berbalas...

Posting kali ni...musim kahwin vs musim hujan...yang dua tiga hari hujan memanjang tanpa berhenti...suasana menjadi dingin n sejuk...maka di saat n ketika ni ramai pulak yg naik pelamin...mana2 yang tidak sempat dihadiri....ampun pak amber dok ingat tarikhnya...selebihnya ada keuzuran.....apa2 pun diharap semua berjalan lancar seperti yang diharapkan....

Dan...yang amat terkedu..sendu....layu bila kerajaan mengumumkan kenaikan petrol yang tidak munasabah dengan keadaan semasa....ditambah dengan kenaikan harga barang yg mendadak...maka yang menjadi mangsa rakyat maheran yg tidak mempunyai pendapatan tetap...lebih2 lagi keadaan tengkujuh sekarang yg meruntun pada makanan.....

Malas nok ulas panjang2 keadaan ekonomi sekarang...menyesakkan dada....bacalah mana2 blog dia org ulas panjang lebar mengenai isu ini....Ok kita tutup perbincangan ni....kita rilek minda dengan menatap foto2 yg sempat dirakam masa menghadiri kenduri kahwin baru2 ni...hingga jumpa lagi....wassalam


Wednesday, November 24, 2010

Konvo Azyan...Tahniah..

Rabu 24 Nov 2010

Salam Rabu n penuh keceriaan buat pembaca setia entriku....salam kerinduan buat teman2 sekolah...lama tidak mendengar coleteh n gelak ketawa dia org...umpat n kata mengata jua tidak kedengaran.....masing2 dgn dunia cuti mereka.....bila cuti panjang terasa kita kesunyian....

Posting hari ini.....konvo Azyan di UNISEL setelah 4 tahun berhempas pulas demi mengenggam segulung ijazah...maka saat n detik itu bersua jua.....Tahniah n tumpang gembira anak sulung berjaya dalam pelajarannya....ya lah hasil didikan dan leteran yg tidak jemu demi menjadikan dia insan yg cukup sempurna dalam segala hal....tu aje harta yg mampu diberi pada anak2....pelajaran...harta benda jauh sekali kerana kita kakitangan awam ni...cukup makan n pakai aje... cukup bulan gaji pun habis....tapi bila rezeki yg halal ni...Allah Taala mencukupkan segala keperluan dan kita mampu meneruskan kehidupan demi membesarkan anak2....

Azyan....memang seorang yg hardworking n berani.....suka tonjolkan diri dalam apa2 jua bidang yg diceburi....petah bercakap n cakap dia aje yg betul....(ikut mak dia juga) TESL bidang yg paling diminat sejak dibangku sekolah lagi.....maka impian dan cita2nya berjaya juga....model untuk adik2 yg lain supaya kuat berusaha n smart thinking......Apa2 pun tahniah n syabas....belajar lagi untuk dapat master kerana belajar ni sepanjang hayat selagi diberi kudrat n ilmu oleh Allah....harapan ibu bapa sentiasa berdoa n berdoa untuk kesejahteraan anak2 baik di dunia dan akhirat.....

Akhir kalam.....anak2ku yang lain tanamkan tekad...nyalakan azam...kuatkan semangat...sesekali menokah arus....belajar dan belajar demi masa depan dan kelangsungan hidup kerna ilmu itu harta yang paling bernilai dan diberkati....sekian wassalam...


Wednesday, November 17, 2010

Delight sponge cake

Rabu 17 Nov. 2010

Salam Idul Adha kepada semua pembaca blogku....salam penuh ukuhwah n selamat menjalani ibadah korban pada sesiapa yang berkorban....pada yang tak berkorban tu...tunggu aje jiran sebelah yang prihatin menghulurkan daging korban pada kita....

Kita tinggal dulu alam persekolahan buat sementara waktu....cuti udah bermula....tutup buku n rilex minda kejap....mane2 yang rasa tidak puashati tu...simpan dulu pasal anugerah yang GB beri pada individu tertentu....

Ok...kita layan dulu delight sponge cake...yang gebu hingga menjilat jari....masak satu tray....abis lingkup....pada para sahabat yang ingin order tu....nantilah buka sekolah.....kalau umur panjang...dapatlah merasanya....tapi kalu rajin buat....ambik aje resepi di sini...cuba..sekali tidak jadi....cuba berkali2 hingga menjadi....cara orang belajar macam gitu....bukan buat sedikit perubahan...hebohnya mengalahkan pilihanraya kecil dun sapi...


Bahan-bahannya:
200gm tepung gandum
200gm gula halus
100gm mentega-dicairkan
6 biji telur -disejukkan
10gm susu tepung(sebarang jenis)
20gm tepung jagung
1st esen vanila
50ml ais 1sb ovellet
Cara:
1. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair.
2. Putar bahan2 tersebut hingga speed 5 biar putih n gebu.
3. Pahtu baru masukkan mentega cair td.Putar lagi
4. Bakar selama 30 minit lebih kurang suhu 180c 5. Keluar dr oven...biar sejuk baru potong.

Kek...yang paling senang dibuat n hasil yang lumayan....gebu....n sedap.... rasa sekali pasti hendak berkali-kali...hias atas kek mengikut citarasa sendiri...pandai2 kau org kalu nok cantik...hiaslah dengan manik berwarna-warni....Selamat mencuba....Wassalam...

Saturday, November 13, 2010

Very bad UPSR...


Sabtu 13 Nov. 2010

Salam Sabtu pada semua pembaca entryku....ya lah...kurang sihat skit.....batuk yang berpanjangan...keadaan yang kurang selesa.....malas handak mencatat sesuatu pada tatapan ni....selebihnya kerja yang menimbun....sbb hujung tahun begini semua mesti disiapkan dan dilaporkan.....

Ditambah lagi kerja yg ditinggalkan oleh org lain kita yang terpaksa kene buat.....masuk data nilam secara online....dari tahun 2009 hingga 2010 untuk 850 student sekolah ni....tarikh akhir hingga 31 dis. ni.....aduhai....nasib2......

Posting kali ni....very bad UPSR...tu kata gb bukan kata aku....tolong menguatkan lagi kata2nya...sudah kusangka cempedak menjadi nangka...posting terdahulu rasanya udah diberi kelemahan yang ketara pada bebudak ni berbanding dengan budak2 tahun lepas....last2 skali ramai yang ban aku kata....bebudak tahun ni excellent n komited siap berbincang dalam facebook lagi....aku cabar... aku kata...ok kita tunggu keputusan...sekarang tekaan ku tidak meleset sedikit pun.....dari 12 orrang pd tahun lepas hanya 3 orang aje yang bejaya mendapat 5A...siapa yang patut dipersalahkan...murid2 yang tidak faham atau cikgu2 yang tidak reti2 mengajar atau pihak pengurusan yang lemah.....????

Kata GB... orang kata(org mane aku dok pasti....kalu pendapat pekerja diambilkira malanglah kenyataan itu) cikgu2 tahun ni udah kerja kuat....mengajar tidak mengira hari n penat...Jumaat n sabtu siap datang....pendek kata tiada hari lagi untuk digunakan untuk mengajar bebudak ni.....tup..tup result macam ni juga....Pada pendapat.. aku.tahun depan kita tukar strategi...masa rehat cikgu kita jangan ambil...kem2 diluar kita kesampingkan.....cikgu2 ikut kelas masing2...biar dia rasa bertanggunjawab jangan bila sampai di tahun 6 org lain yang ambil alih....

Apa2 pun post motem kene buat dari pelbagai sudut....sudah sampai masanya pendapat dr guru2 yang berpengalaman n ASK(A=attitude S=skill K= knowledge) mereka n....duduk berbincang...cadangan yang baik dipraktikkan...work hard be smart(S=specific M=measureable A=attainable R=reasonable T=time limit) bukan work hard tapi dok smart...bukan kata cikgu baru ni tidak pandai mengajar....tetapi dia org kurang pendekatan yang konkrit ke arah peperiksaan....sepatutnya mereka ni diberi pendedahan dari tahun 4 dulu n bawa budak2 ni hingga ke tahun 6....baru hasilnya positif...selebihnya pemantauan dari pihak pengurusan amat penting...

Ok....rasanya pada yang berjaya tu tahniah.....pada yg kurang bernasib baik....belajar hingga berjaya...ni baru permulaan...panjang lagi langkah ke depan....pada cikgu2 yang kene mengajar tahun 6 tahun depan....anda memang hebat diberi sepenuh kepercayaan oleh GB dan kata GB kita jangan gentar....kerana kita bakal dilawati oleh sesiapa sahaja ......ok hingga jumpa lagi di lain entry...anggap luahan di atas secara positif......wassalam...

Monday, November 08, 2010

Musim kursus....

Isnin 8 Nov 2010
www.CherryCodes.com





Salam Isnin.....selamat bersua kembali di alam siber....lama tidak up blog...sibuk n no idea...selebihnya terpaksa menghadiri kursus yang entah apa2....terlalu advance sbb...kita cikgu ni x masa nok sunting video....lebih2 lagi cikgu perempuan.....kalau cikgu lelaki tu...ok lah juga....yang merendahkan mood kita masa kursus tu...fassi terlalu bercerita pasal kepakarannya dlm bidang IT...kita sedia maklumlah...kalau tidak dok kan PKG lantik jadi fassi....dok gitu...

Selebihnya.....pantang kita tanya acap kali...tinggi lak pulak suaranya....siap2 marah2 lagi...bengang betul cikgu yg bertanya...merah padam mukanya....menyalahkan peserta kursus konon tidak prepare datang kursus....manelah sekolah ada camera video....apa2 pun jangan anggap peserta kursus tu bebudak....bukan semua yg mahir dlm IT....walaupun yg datang tu cikgu media....ramai juga yang datang kerana diarahkan....memenuhi tempat dan mengganti para sahabat....

Saat yang paling memalukan.....bila En. Hashim menyatakan sekolah belum online IQPSS ialah sekolahku....semua mata memandang.....apa aku jawab untuk membetulkan keadaan....semua maklumat tu udah siap...mungkin tidak send kut...jawapan paling bodoh dalam sejarah hidup aku.....tu...lain kali jgn bergantung pada org lain buat sendiri aje.....bila ditanya pada seseorang dikatakan baru buat separuh.....MasyaAllah rasanya udah berbulan2 bagi maklumat tu....ni lah yg parahnya.....mood untuk berkursus down terus.....menyalahkan diri sendiri.....Siapa yang bersalah dalam hal ini???????

Dan.....kursus lagi....i-nilam di PKG semua data nilam cikgu hendaklah bawa bersama....sape sebenarnya cikgu yang handle program bacaan di sekolah? semua orang udah tahu.....hasilnya mane.....satu data pun tidak ada.....aku lagi yang kene buat....lain kali jangan lantik org lainlah GB...bagi aje kat cikgu media yang handle semuanya.....senang cerita.....Anyway semua kena harungi seorang diri...sape yang akan membantu?..pendek kata....kalau kau ketua semua kerja kau yg kene buat....

Harapan....moga tahun depan... fleksible sikit jawatan yg hendak diberi pd seseorang cikgu...jangan org yang sama memegang pelbagai jawatan....Sekian...wassalam.


Monday, November 01, 2010

Muffin Carrot n Walnut

Isnin 1 Nov. 2010
www.CherryCodes.com





Salam Isnin......untuk semua pembaca entry ini....sekejap aje masa berlalu...pejam celik kita dah menghampiri penghujung tahun....November bulan rahmat...mane tidaknya....musim hujan udah melanda...membersih alam ini dari segala kekotoran yang dibuat oleh manusia sendiri samada disedari atau tidak....

Entry kali ni hmmmmm....layan sekejap Muffin Carrot n Walnut....rasanya memang sedap n yummy hingga menjilat jari....bila hubby kata lama tidak merasa muffin....intai2 dalam peti ais semua bahan yang dikehendaki ada...maka prosesnya pun bermula....senang aje buatnya...malas vs rajin aje....kalu rajin semua benda dapat dibuat....lebih2 lagi jika itu merupakan hobi kita...tiada masalah langsung....

Kepada pembaca entry ni....cuba resipi ni....kalu ok....jangan lupa bawa ke sekolah....untuk dinilai....pada yg malas tu...lihat ajelah gambar dibawah ni sambil meleleh air liur tu...

Bahan-bahannya
:
2 cawan tepung superfine
1 cawan minyak jagung
1 cawan brown sugar(gula perang)
4 biji telur gred A
1 st baking powder
1st soda bicabonat
1/2 st serbuk pala
1/2 st serbuk kayu manis
1/2 cawan carrot yang diparut
1/4 cawan walnut yang dicincang

Caranya:
1. Panaskan oven 180c selama 10 minit.
2. Campurkan superfine,baking powder,soda,serbuk pala,serbuk kayu manis.Gaul rata. Ketepikan
3. Bekas lain masukkan minyak jagung, gula perang n telur.pukul hingga sebati
.
4. Kemudian, masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul.
5. Akhir sekali masukkan carrot n kacang walnut tadi.Gaul rata. 6 Then bakar hingga masak selama 15 minit lebih kurang....

Udah siap.....pahtu bolehlah merasa....kalu rasa sedap gandakan bahan2nya....sedekahlah pada jiran sebelah rumah tu...rasanya kalu dalam bekas muffin dapat dalam 20 biji aje...ikut anggaran letak.... sbb muffin ni naik sekali ganda....ok hingga jumpa lagi di lain entry...wassalam...