Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, February 21, 2014

Merentas Desa dan Kanival Niaga...berjaya!

Jumaat 21 Feb. 2014

Salam Jumaat untuk semua moga dirahmati....baru sempat menjenguk blog untuk sekian kalinya...huhuhu...nampak sangat sibuknya sejak berada di tampuk pengurusan..belum lagi duduk di tangga paling atas....baru jawatan ketiga tapi mengalahkan GB sibuknya kita dalam sehari-hari...apa tidaknya penat berulangalik 70km setiap hari dengan gelapnya pagi belum lagi tika kabus meliputi jalan raya...nampak tak nampak alam...redah hening pagi bersama Azeem yang menjadi co pilot...demi tugas dan tanggungjawab....dalam usia sesenja gini...

Sebenarnya banyak dalam kepala ni nak luahkan....baik program sekolah yang bertalu-talu mengikut giliran,PKG  daerah sekali..semua dalam detik ni berlangsungnya....yg dah selesai Program merentas desa dan kanival niaga yang julung2 kali diadakan dengan kerjasama A@W sebagai penaja dan penyumbang hadiah di samping Sumbangan dari Adun Bukit Besi yang menyediakan hamper serta sebuah basikal sebagai pelengkap acara keseluruhannya....program yang memerlukan tenaga,buah fikiran,komiment yang tidak berbelah bagi di kalangan guru...yang paling teruja sambutan dari para ibu bapa amat dibanggakan...jua ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada president KGKT yang menjadi penggerak utama dalam memastikan pelbagai acara yang dijalankan...sikap dan kesungguhan beliau akhirnya berjaya...tahniah n syabas....

Meski ada suara-suara sumbang yang menidakkan keupayaan mengendalikan setiap program yang dirancangkan...memekakkan telinga dan menganggap sebagai elemen tambahan untuk memastikan setiap yang dirancang mampu dilaksanakan sebaik mungkin....usaha yang murni dan ikhlas pasti membuahkan hasil yang cemerlang dan terbilang....kepada semua guru yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua komited pada kerja yang diberikan...raseya banyak lagi program yang bakal menyusul dan yang grand2....hihihi
sempat posing bersama bear A@W....

Acara merentas desa dilepaskan oleh Guru Besar...

banner yang menarik kehadiran orang ramai...caya lah!

Yang berjaya sampai ke garisan penamat...

Peraduan mewarna...siap pakai topi A@W..

peluang bergambar bersama bear....tidak dilepaskan..

gerai-gerai

salah satu gerai yang ada...

hadiah cabutan bertuah...

akhirnya....dapat hadiah..