Renungan...

Followers

nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

Laptop...ada yang terkilan!

Salam Selasa untuk semua...moga dirahmati....terkadang kita ni terlalu mengharapkan sesuatu yang bukan rezeki kita dan menyalahkan kepada orang lain disebabkan kita tidak dapat sesuatu...penyakit zaman moden dan kita hilang pertimbangan sehinggakan butir bicara kita menyinggung perasaan orang lain...di masa yang sama kita lupa ramai yang mendengar cakap sombong kita...cakap siang pandang-pandang....

Entry awal malam selepas sehari suntuk menghadirkan diri di stadium sempena majlis penyerahan laptop percuma kepada semua guru tahun 5. dianggarkan seramai 2 ribu menerima pemberiaan laptop tersebut daripada MB Terengganu .Thank you MB sebab anda prihatin dan faham sebenarnya laptop merupakan kemudahan memudahkan P@P dijalankan yg amat....walaupun sebahagian dari guru2 tersebut sudah memiliki laptop tersebut dengan dana yang dikeluarkan sendiri...ni namanya rezeki yang tidak disangka2....rezeki dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kita adalah salah seorang yang menerima...Thank u Allah...


Berbalik pada topik yang ingin dicanangkan...ada yang terkilan pasal mereka yang mengajar tahun 5 tidak dapat tetapi orang yang mengajar tahun1 yang dapat....siapa yang patut dipesalahkan? pengurus sekolahlah yang bertanggungjawab....sebab dia org tidak check pun dalam data emis maklumat guru yang mengajar tahun 5 tu betul ke salah.....harapkan pada guru data 100%....guru data pula main tangkap maut aje...ada dia kisah cikgu tu ngajar tahnu 5 ke tidak...main letaknya untuk penuhkan ruang...inilah bahananya ....bila pegawai di JPN ingin senarai guru mestilah merujuk kepada data emis...dah kalau maklumat di situ salah...maka jangan salahkan guru tahun 1 jika mereka dapat laptop tersebut....

So...pengurusan sekolah mesti peka masalah ini dan cubalah sekali sekala..check data tersebut kerana itulah adalah tanggungjawab anda memastikan kesahihan data tersebut supaya masalah tidak puas hati guru-guru tidak berbangkit dan pemberiaan tersebut sampai ke sasaran yang dikehendaki....skrg dunia ICT...maklumat guru2 dihujung jari aje...tidak timbul soal sekolah yang mencalonkan nama guru2 tersebut...sebenarnya kepincangan itu sendiri berlaku di sekolah....



Monday, October 29, 2012

Qurban Sana Sini...

Assalamualaikum  n   Salam sejahtera....moga kita dilimpahi dengan rezeki yang tidak disangka2...berkat doa harian kita...yang penting ikhlas dalam pergaulan dan pertuturan kita...dok usah putar belit fakta n sengaja mereka cerita...

Ok entry hari ini...selepas sibuk memanjang dengan tugasan sekolah dicampur lagi dengan assigment yang dok pernah surut...tambah lagi sambut Hari Raya Qurban...banyak perkara yang terpaksa disettle dengan cepat...sebenarnya nak cakap pasal hari Raya Qurban...banyok bebenor makan daging percuma....ada yang hantar daging mentah...tak kurang yang dimasak lauk...pendek cite seminggu ni asik makan daging lembu je...kata seorang teman...daging qurban ni berkat... Insyaallah dok naik darah pun janji kita makan mengikut sunnah tidak berlebih2 tetapi acap kali....

So....mewahnya kita..semacam berlumba-lumba pulok dia org buat qurban ni...ya lah masjid ni 30 ekor..surau tu 15 ekor lembu ditumbangkan... meriahnya suasana...kata orang sepakat membawa berkat...apa yang pasti...agihan tu sepatutnya sampai kepada golongan sasar...jangan pulak yang kaya raya dan berkemapuan memiliki agihan tersebut paling banyak....fadilat qurban itu seharusnya dihayati....hinggakan lembu2 yang tumbang tu sebesar anak kuda pun ada....

Saturday, October 20, 2012

Lucu..mungkin juga!


Sabtu 20 okt.2012

Salam Sabtu untuk semua...moga dirahamti...blogwalking di blog saing2 terjumpa enty ini,,,lucu n ada kebenarannya...sebab kita juga ke arah situ juga..jika umur panjang...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil,sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pastu sambung tidur balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …!” Oleh itu..hendaklah kita menjaga kesihatan gigi dan jangan asyik cabut gigi…nanti tak leh gigit…hihi haha..Jangan Marah...

Wednesday, October 17, 2012

Kerja oh kerja...bertambah!

Rabu 17 Okt.2012

Salam Rabu...moga dirahmati...kembali berentry lagi..walau pun banyak kontrovesi yang bertimpa2..dalam masa yang sama jadi bahan lawak pada kita pasal stage master....pergilah kat mana2 pun tulah perkataan yang diucapkan....huhuhuhu...nilah padahnya bila perkara-perkara yang dok pernah dibuat...kita nak buat...

So...posting ketika ini...setelah dibebani kerja assigment yang gila2...kerja sekolah yang tidak pernah habis lebih2 lagi hujung tahun begini...boleh naik darah kita bila disenaraihitamkan....semua nak cepat...petang tadi tambah satu kerja kem membaca 1 malaysia pada 22 hingga 25 oktober ini...minta GPM siapkan program dan pelancarannya...dokumentasi mesti dihantar sebagai avident kerja itu kita buat di sekolah...kene tempah banting....buatkan kertas kerja.. lantik AJK..pasal nak lantik AJK nilah masalah skit...sbb dlm takwim kurang AJK...kene cari yang sekaki punya n senang buat kerja.. .program mesti berjalan seperti yang diarahkan....so..kepala pun naik pusing...kertas pekse belum habis lagi disemak...sijik nilam,sijil pengawas pustaka,belun diprint lagi....penyelesaian terbaik pencen awal....

Monday, October 15, 2012

Ingatan pada diri sendiri....

Isnin 15 Okt.2012

Salam Isnin untuk semua pengunjung....moga paparan dan sektsa dari taburan kata-kata sebagai luahan dari hati nurani yang merasakan bahawa segala apa yang tersurat dan tersirat mesti diluahkan agar segala bebanan dan tekanan itu menjadi semakin menips dan kita kembali dalam suasana yang tenang....ibarat kata tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesainya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah itu...

Terkadang...dalam perjalanan merentasi  yang satu, berbagai dugaan yang menimpa...meratah keimanan kita satu persatu...kekadang rasanya tak mampu....kadang-kadang mahu mengalah...tetapi bila difikirkan di sana ada kebahagiaan hakiki kita teruskan... dan kesabaran itu menguji ketabahan seseorang...setiap kesabaran yang disusuli dengan keiklasan dan menjanjikan ganajran yang lumyan di akirat kelak.Justeru Allah tidak  memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas,sedangkan ikhlas itu rahsia Allah..

So...dalam konteks kehidupan kita...berlapang dada adalah sebaik-baik amalan dan setidak-tidaknya perilaku,kata-kata, mencerminkan diri kita berada di mana...matang atau tidak...cerdik ke bermasalah..setiap persepsi tentang kita dihalusi untuk mencari titiktolak bahawa kita senang dibawa bicara atau seorang hipokrit dalam setiap perbualan dan pergaulan....

Sunday, October 14, 2012

Terusik..seketika!

Ahad 14 Okt.2012

Salam Sejahtera. Moga dirahmati....sekadar luahan  dan  cerminan tafsiran dari sudut hati kecil ini...,rasanya bila hati kita berdetik sememangnya ianya ditujukan kepada kita....berdendam...ingin menguji atau sengaja sakitkan hati...atau sememangnya kita suka pekenakan  orang atas alasan saje untuk menduga hatinya...atau melihat tahap kesabaran kita dan menguji kita setakat mana kebolehan kita atau sengaja mencari pasal.... tidak pun memang dia tu busuk hati ....ni persoalan yang timbul sejak habis mesyaurat tadi...tapi kenapa n mengapa?

Justeru, setiap manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahannya....so jangan membanggakan dirinya dan dalam masa yang sama kita ugut dia....jika perjalanan majlis itu tidak perfect...... jangan bermain dengan api..nanti diri kita yang akan terbakar...kerana sape kita di kalangan kita2 yang ada... jawatan itu bukan penentu segala2 kehendak kita tercapai...dan semua kata kita mesti diikut...


Friday, October 12, 2012

Aku...hanya wanita biasa..

Jumaat 12 Okt.2012

Salam Jumaat untuk semua...moga dirahmati....terkadang terucap juga kata-kata...aku seorang wanita biasa yang tiada apa-apa..sekadar setinta minda...sekeping hati dan sedikit luahan...maka di helaian ini bertaburlah setiap kata dari hati  nurani...cuma sepatah tetapi cukup mematahkan hati di luar sana...tertarik bila terbaca ungkapan di bawah....blogwalking terjumpa sisipan ini yang cukup bermakna untuk dikongsi bersama-sama...

Aku Yang  Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku hingga akhir hayat...
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepadamu yang  memilihku...
Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Tuesday, October 09, 2012

Proses Pengajaran dan Pembelajaran berkesan...

Selasa 9 Okt.2012

Salam Selasa untuk semua....moga dirahmati.. tetiba aje rasa nak lari topik skit kali ni. Tajuk yang akan dibincangkan ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah.

Definisi : pengajaran  yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang boleh difikirkan sesuai yang boleh digunakan oleh guru:
  • Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Fikirkan pelbagai strategi P@P.
  • Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
  • Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
  • Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
  • Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
  • Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.
  • Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas dan teratur.
  • Gunakan BBM yang menarik perhatian murid.
  • Laksanakan aktiviti yang mampu merangsang miant murid.
  • variasikan aktiviti bagi mengekalkan mood murid untuk belajar.
  • kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuklah pujian.
  • Beri peluang kepada murid untuk mengemukan pendapat dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Selamat mencuba tips di atas sebagai panduan untuk guru dalam mengendalikan P@P cikgu supaya nampak hidup dan memberi kepuasan kepada murid dan guru sendiri.

Monday, October 08, 2012

Cikgu oh cikgu....

Isnin 8 Okt.2012

Salam untuk semua...moga dirahamti..sejak dua menjak ni malas betul nak berentry..gara2 assigment yang menimbun ni...2 markah je..tajuk berjela-jela..rasanya semester ni betul2 mencabar minda n semangat....apa tidaknya dengan forum yg banyak..kerja sekolah lagi..yang duk pening ganti kelas org yag paling byk...setiap hari hampir 10 orang tidak ada di sekolah campur yang beranak tiada pengganti yang ambik cuti awal lagi...belum lagi yang kursus KSSR.... yg dipanggil adhoc pun ada....baik tutup je sekolah tu...

Minggu depan start pekse akhir tahun...pendek kata sebelum cuti..cikgu-cikgi ni macam kucing hilang anak...semua kerja dia nak buat...patutlah ramai sangat yang pencen awal.....belum lagi key in data secara online...dengan tenetnya dok rok...byk sgt sekarang ni cikgu terpaksa online....kalau kurang mahir komputer memang bermaslah...asyik2 hilang password...

Masa rasanya makin cepat...sedar2 dah abis seminggu....datang minggu baru...kita duk takuk tu lagi..harap2 minggu depan segala perancangan dapat dibuat....

Tuesday, October 02, 2012

Scout Inn Resort Negeri Terengganu....

Selasa 2 Okt.2012

Salam untuk semua.Semoga dirahmati. Lama tidak berentry di sini sehinggakan dashboard siupdatekan dengan yang baru. ...lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja.....banyak sangat perkara yang bertentangan dengan pendapat n cara sejak berlaku pertukaran di bahagian pengurusan sekolah.....

So...posting malam ni...saje nak promte Kem pengakap or in english Scout Inn Resort Negeri Terengganu.... yang terletak di Seberang Takir...yang julung2 kali berkesempatan berkunjung ke sana...tu pun kerana sekolah my hubby yang berkhemah di situ...maka kita tumpang sekaki...rasanya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kem pengakap ni....yang terletak berhampiran dengan pantai dan dekat dengan lapangan terbang Telaga Batin....

Pertama kali menjejakkan kaki di situ....terpegun sekejap...kata seseorang... sebenarnya kem ni telah banyak mengalami perubahan sejak perhimpunan pengakap sedunia....kawasan yang luas mata memandang....semua dalam proses menaiktaraf...yang paling best tempat penginapannya dibangunkan ala-ala hotel gitu...bilik yang disewa lengkapi segala kemudahan...dengan harga sewanya serendah RM80 untuk bilik superior dan bilik deluxe RM120 semalaman....jika sesiapa yang memiliki kad ahli pengakap rasanya ada diskaun untuk bilik2 tersebut.

Penginapan ini dibuka kepada semua pengunjung yang rasa ingin menginap di sini...sebab deretan biliknya cukup banyak....dorm juga disediakan untuk rombongan dan para peserta khusus...dewan serba guna yang luas serta kantin juga disediakan...jangan bimbang di luar kawasan kem banyak terdapat deretan kedai makan menyajikan pelbagai makanan mengikut selera Terengganu.... kalau nak tahu kedudukan kem dengan lebih jelas....goggle map akan memberi jawapannya....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...