Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, January 30, 2012

Pizza..satu permintaan...



Isnin 30 Jan. 2012

Salam ceria untuk semua....Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Begitulah bait-bait kata dari pujangga...maka berfikirlah sebaik-baiknya sebelum mengeluarkan kata-kata.Oppp..frust betul bintang pujaan tennis Rafael Nadal kita kalah semalam...tapi memang patut pun dia orang boleh dianggap jaguh kerana bermain hampir 6 jam untuk merebut kejuaraan dengan hadiah lumayan 2.5 juta sehingga mereka berdua hampir tumbang kerana penat....

Tinggal dulu tennis... kita bincang skit pasal pizza ni...entry yang tertunda tetapi disebabkan permintaan dari Dieyna maka kena publish juga di sini....basic pizza ni macam2 kalau kita log dalam intenet ni...yang pasti tahu cara membuatnya sebab dia juga dalam kategori roti cuma diletakkan topping dari sayur-sayuran dan keju. Ikut apa topping yang kita suka...kalau jenis tidak suka sayuran boleh letak ayam,ikan, daging saje di samping sos yang menjadi penyedapnya.

Makanan mewah ni memang menjadi kegemaran......sebab semua khasiatnya berada di dalamnya. Pendek kata bahan-bahannya pula berstatus mahal serta payah untuk dapatkannya terutama keju Mozerella yang hanya terdapat di bakery atau supermarket yang besar aje....Kalau rasa hendak bertali masa kita makan tu....pastikan lebihkan keju...pasti kita dapat menikmatinya sesedap yang kita beli...di samping bersih juga boleh jimat duit dan hasilnya kita dapat makan dalam kuantiti yang banyak....







Saturday, January 28, 2012

Tempahan Kek...


Sabtu 28 Jan.2012

Salam Sabtu untuk semua.....moga kita dilindungi sentiasa dari segala malapetaka,hasad dengki,tomahan serta rasa tidak puas hati atas kerja buat kita selamanya...kerana kita ingin yang terbaik dalam segala hal....

Ok posting kali ini...tentulah tempahan kek lagi...kita seorang teman..blog ni udah jadi blog masak memasak pulak...tak apa kita campur semua entry biar pelbagai tidak statik pada yang satu...macam2 ada...kek ni lanjutan dari rainbow layer kek...si penempah nak kurangkan bajet kalau 7 lapis harga yang boleh tahan...tapi nak 4 lapis aje...lagilah senang untuk membuatnya..sebab proses membakarnya menjadi pendek masanya...tidaklah kek ni tinggi semacam...

Hiasan yang diminta simple aje sebenarnya...tapi kita pulak terlebih rajin...hias macam kek pengantin..bukannya apa saje nak asah kemahiran...dan kita memang suka tengok kek yang cantik-cantik....untunglah pada yang mengeodernya sebab sipembuatnya terlebih rajin...saje nak promosi......

Apa2 pun terima kasih ya...tempahlah lagi jangan serik..cakap aje nak kek apa... pasti tidak akan mengecewakan...

Thursday, January 26, 2012

Tennis..sukan paling diminati...

Khamis 26 Jan. 2012

Salam Khamis untuk semua....kejap aje masa berlari.....bila sampai hari Khamis terasa indahnya dunia bila berada di rumah...santai...rilex minda sesekali menjenguk kuntuman orkid yg tidak terjaga..tu...apa2 pun rasanya kena pencen awal....sebab minda yang tenang memanjangkan usia...jika umur panjanglah...

Opppp...entri kali ni...tentulah TENNIS...permainan yang paling digemari seisi keluarga....dan minggu2 sebelum ni asyik duk mengadap TV cannel 813 star sport Australia Open 2012....sebab di kalangan kami terlalu minat dengan jaguh tenis dunia Rafael Nadal pemain spin...yang bagi aku seorang yang cukup disiplin...berdaya saing....inginkan yang terbaik dan permainan yang ditunjukkan bersungguh-sungguh..pendek kata dia akan mencuba sedaya upaya dengan kudratnya untuk menang setiap perlawanaan..seorang yang cukup teliti dan caring.....

Baru sebentar tadi melihat world number 2 ni mengalahkan pesaingnya Roger Federal dari swiss dengan permainan yang cukup bertenaga...untuk melayakkan beliau ke final ...mungkin bertemu dengan Novak Djhonkovic permain number satu dunia pada Ahad ni... masa perlawanan ni akan diblock setiap aktiviti untuk menghayati perlawanan final .... jika ada live permainan ni kami akan melekat di depan TVdan setiap aktiviti akan tergendala seketika semata-mata minatnya..sememangnya kerjaya dia orang...kaya dengan bermain aje...

Tetapi sayang...kita tidak ada pelapis dalam team tenis di Malaysia. Walaupun KL menganjurkan suka berprestij ni saban tahun dengan hadiah yang hampir mencecah 1.5 juta..semata-mata untuk merangsang minat dan menarik golongan belia menceburi bidang ni...rasanya selagi ahli politik yang menguasai dunia sukan..selagi itulah kita tidak mampu melonjakkan pemain kita di peringkat antarabangsa....kerana Malaysia hanya menonjol dari aspek permaianan yang melibatkan persorangan seperti badminton dan squash.... apa salahnya kita asah bakat yang ada dalam permainan tenis ni supaya kita setanding dengan mereka yang sudah terkenal....sudah sampai masanya Majlis Sukan Negara berperanan mengetengahkan bakat yang ada serta menghantar pemain yang berpotensi ke negara luar untuk menimba ilmu, menjalani latihan dengan jurulatih yang mempunyai kepakaran....sebab pemain2 asia dari China dan Jepun sudah menempa nama dan top 10 di dunia dalam sukan tenis ini....

Monday, January 23, 2012

Rainbow Layer Cake..


Isnin 23 Jan.2012

Salam untuk semua samada yang mengenali atau sekadar singgah mencari info...setidak-tidaknya kita bertandang juga di sini sekadar kebetulan atau mencari sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama...ilmu yang baik jika dapat dikongsi pahalanya kekal sampai nyawa dikandung badan...ibarat kata"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain."

Entry kali ini sudah tentu kek yang paling popular semenjak dua menjak ni...kek yang ada colour macam pelangi tu...Rainbow Layer Cake...resepi yang sudah lama tersurat..tetiba aje terjumpa dan bila anak buah menempah kek ni rasa untuk mencubanya melonjak-lonjak...yg mengantuk disorongkan bantal gitulah....di fikiran terlintas..hai kek ni mesti tinggi jadinya..sebab sipenempah inginkan tujuh warna pelangi...terpaksa minta pak google tolong carikan urutan pelangi dan warnanya sekali...nak dapatkan warna indigo pun terpaksa godek pak google...ya lah campuran warnanya mesti yang hampir sama dengan pelangi...rasanya kalau kita ajar subjek sains tentang pelangi dan bawak sekali kek ni...pendek kata At lah dapat....BBM yang menarik...

Punyalah lambat n leceh nok siapkan....terpaksa bakar selapis-lapis dan sukatan pun mesti sama..nanti kek jadi tidak cantik....pilihan warna yang dicari menepati citarasa penempahnya...maka terjadilah kek ini yang cantik n gebu serta ketinggiannya mengatasi kek2 yang lain...apa tidaknya 7 lapis.... dengan topping krim cheese yang dimintanya...apa2 pun tidak mencuba kita tidak tahu hasilnya....bila dicuba kepuasaan berganda2 berbunga....Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani

Lihatlah foto yang sempat dirakamkan.....sekadar gambaran....jauh sekali dari merasa....
Yang ini minta sipenempah postkan di FB copy n pastekan di sini....



Saturday, January 21, 2012

Tinggal Kenangan...



Sabtu 21 jan. 2012

Salam Sabtu untuk semua...cuti panjang sempena Tahun baru Cina...selamat bercuti n selamat makan angin kepada mereka yang gemar melancong dan menghabiskan duit...pada yang home sweet home...anda memang jenis yang suka lepak dan tidak suka menyusahkan diri serta confirm duit banyak menabung???

Entry kali ini...sedih..terharu...sayu...celaru...bila mendapat tahu guru besar terpaksa berpindah ke sekolah baru...cakap-cakap yang berkumandang sejak seminggu yang lalu...dan dinafikan oleh guru besar sendiri...dengan alasan orang kuat PPD juga tidak tahu urusan pertukaran ni....Ya ke...kelirulah atau GB sengaja ingin melihat respond cikgu-cikgu bila kabar angin itu bertiup macam taufan....cool n tenang aje bila diajukan soalan n pertanyaan meminta kepastian....sehingga saat akhir bila nama udah terpapar dalam unit sekolah masih tidak mempercayainya.....dari raut wajahnya...susah untuk menduga sama beliau udah tahu atau sebaliknya...jika betul memang GB boleh dianugerahkan dengan pelakon terbaik bulan ini...

Apa2 pun ramai di kalangan kami terkejut...ada yang rasa sedih sebab banyak kekuatannya bila beliau mula memegang jawatan ini berbanding dengan GB yang lain....walaupun ada kelemahannya tetapi sikap beliau yang cukup prihatin...bertolak ansur dan cuba memahami dalam segala hal menjadikan kami warga SKFSR terasa kehilangannya....Beliau banyak idea dan sikap berani menokah arus menjadikan sekolah berwatak serta mampu melonjakkan kecemerlangan UPSR...sama-sama berganding bahu, mengajar kelas UPSR serta tahan diuji ....banyak perubahan yang dilakukan samada kita sedar atau sebaliknya...perubahan yang paling besar yang beliau laksanakan ialah menukar nama sekolah dari SK Felda bandar B1 kepada SK Felda Seri Rasau .....nampak senang tetapi tidak ramai GB yang punyai idea dan mampu membuatnya kerana mereka masih berada dalam zon selesa....

Eh...eh..eh memuji nampak...perkara yang betul patut diberitahu..biar kita dikatakan kaki membodek...biar tidak dapat cemerlang pun..asalkan kepuasan bekerja itu ada...tiada tekanan serta rasa ingin ke sekolah tu sentiasa segar....ada kita bebas merencanakan kerja kita tanpa ada bantahan.....pengurusan yang cekap,akuntabiliti,peramah,mesra,tahu hala tuju serta berlapang dada...menjadi teras untuk kita stay di situ sampai bila-bila..

OK...Selamat Berhijrah ke sekolah baru..mungkin ada hikmah disebalik pertukaran itu...kita sekadar merancang..tetapi pelaksanaan itu hanya Allah yang lebih mengetahui...Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)


Tuesday, January 17, 2012

Pau Gebu...


Selasa 17 Jan.2012

Salam Selasa untuk semua....kata pujangga...Sebelum kita mengeluh tentang rasa makanan..fikirkanlah tentang sesorang yang tidak punyai apa-apa pun untuk di makan. Tu lah kita bila masuk bab makan cukup berkira-kira dan berhati-hati baik dari aspek harga,kebersihan,sedap tidak sedap...gerai mane yang patut pergi...semua kita teliti dan berwaspada lebih-lebih lagi makanan yang mengandungi subahah....betul2 kita jaga supaya tidak menjadi darah daging yang tumbuh subur seusia dengan umur kita....

Posting kali ini.....entry tertunda ni....lepas dibelek-belek dalam handfon ada lagi foto yang tidak sempat dipostkan di sini...lebih2 lagi geng sekolah yang gemar mencari entri tentang masakan....maka sempatlah mencuba pau gebu yang mulus ni.... resepinya pakai hentam je lah labu...yang penting bahan-bahannya patut menjurus kepada kegemuaan.....pah pada ni rasanya tidak perlu lagi membeli pau di mana2..sbb hasilnya memang menjadi sedap n cantik sama macam kita beli di bakery...selebihnya tidak dipromote untuk dipasarkan.....

Bahan-bahannya
500gm tepung pau
2 sb gula
secubit garam
2 sb shotening(lelemak sayur)
1 sb pelembut roti
1cawan fresh milk(optional)
3 sudu kecil yis(maurifan)
200ml air suam(agak-agak je)
Inti kaya/inti kacang..what ever lah

Cara
1. Campurkan tepung,gula, garam n yias..kacau rata.
2. Buat bulatan di tengah...masukkan lelemak sayur, pelembut roti n fresh milk.
3. Putar hingga sebati n masukkan air suam tadi...putar dengan mixer hingga sebati..pastikan air suam dimasukkan sedikit demi sedikit supaya doh bila di uli tidak lekat di tangan.
4. Keluarkan doh kemudian uli dengan tangan..pastikan doh tidak melekat kalau melekat tambahkan gandum sedikit.
5. Rehatkan doh selama 1 jam sehingga doh naik.
6. Tumbuk doh dengan tangan supaya udara di dalamnya keluar.
7. Bulatkan doh kecil2 mengikut saiz yg dikehendaki dan masukkan inti di dalam dan dilapik dengan kertas.
Rehatkan doh 1 jam..
8, Didihkan air dalam kukusan....kukus pau lebih kurang 20 minit dan tutup kukusan dengan kain supaya air tidak jatuh di atas pau.
P/S: pastikan hanya bahan yang berwarna puith aje digunakan..supaya pau kita putih n gebu.
..............................SELAMAT MENCUBA...............................................




Saturday, January 14, 2012

Yahoo..exam dah habis...

Sabtu 14 Jan.2012

Salam ceria untuk semua...moga sihat dan dirahmati segala-galanya...kata seseorang... Kerendahan seseorang di ketahui melalui dua hal : banyak berbicara tentang hal-hal yang tidak berguna,dan bercerita padahal tidak di tanya.Apa-apa pun sekadar ungkapan dan bukan cerminan hati seseorang...kerana kita lebih memahami hati kita sendiri...

Posting terkini...tentunya tamat,habis,selesai,sekian....begitulah kata penamat bila kesudahan sesuatu cerita atau majlis....maka perkataan itulah yang sering diucapkan dan dipertontonkan...maka tenanglah hati...bergumbira seketika kerna exam udah selesai untuk semester ni...resultnya belum tentu ok...tapi setidak-tidaknya kita dah menjawab dengan jayanya..selepas ni tiada lagi persoalan mengenai exam...ya lah macam bebudak pulak...bila senja begini perangai akan kembali macam bebudak...betul ke...

Bila lihat ada juga sahabat yang mengulang...terasa berdebar pula...ya lah kene mengulang....persoalan yang amat berat untuk di jawab...bila ditanya mengapa mengulang???dengan megah dan tidak berubah air muka...saya tidak siapkan 80% assigment yang pensyarah suruh buat..jadi kene mengulanglah...mengucap panjang kita..bila mendengar pengakuan yang tulus begitu....rasanya mereka ni tidak rasa bersalah dan anggap belajar ini perkara yang main-main aje....bukan aku nak sangat belajar..kerajaan yang paksa...sudahnya siapa yang suruh kau isi permohonan....konon2 nak test market....

Nasib UPSI ni ada sedikit kewajaran...membuka peluang dan ruang untuk bertaubat...kalau aku awal2 lagi rejet mereka yang tidak mengikut peraturan ni....menyusahkan...menutup peluang orang lain yang beria2 hendak belajar...dah diberi peluang dipersia-siakan....ni susahnya orang kita....dahlah belajar ni free..gunakan kesempatan ini untuk melakukan sebaik mungkin....orang lain beribu2 duit dilaburkan untuk dapatkan sekeping ijazah..kita ambil mudah je.....

Apa2 pun....semoga semangat ni tidak lentur dan tidak mudah patah bak kata motivasi ni...kan lebih ampuh apabila kita bersedia menerima arahan, memproses arahan itu di fikiran, merangka strategi, menyediakan bajet masa kemudian bertindak melaksanakan arahan....tentu kejayaan pasti menjadi milik peribadi dan abadi....

Sunday, January 08, 2012

Rehat murid diawalkan...

Ahad 8 Jan.2012

Salam untuk semua....posting pertama untuk tahun ni...selepas kegersangan idea serta kalutnya sekolah ketika ini...mengkalutkan idea dan mematahkan semangat untuk berposting di sini....ya lah setiap ungkapan perlu diluahkan secara bersahaja dan ikhlas.....tanpa dipaksa kerana luahan yang jernih menampakkan kesungguhan dari penulis untuk membetulkan keadaan dan tidak terikut-ikut dengan cadangan yang nampak di sebelah aje....

Bila terbaca luahan dari seorang ayah mengenai rehat murid-murid perlu diawalkan...susulan lawatan TPM yang berjawatan menteri pendidikan di salah sebuah sekolah terkejut bila beliau dapat tahu sejumlah besar murid-murid yang ke sekolah tidak sempat untuk bersarapan pagi....semata-mata untuk cepat hadir ke sekolah....kalau lambat bermakna banyak lah soal jawabnya.....

Sebenarnya isu ini sudah lama dipanjangkan dan disuarakan...tetapi siapa kita untuk membetulkan keadaan...jika tidak dari orang atasan yang merasai denyut nadi murid-murid ini...yang rata-ratanya hadir ke sekolah dengan perut kosong dan bersedia dan dipaksa menerima pelajaran pada hari itu....

Dan bila...sekolah cuba melewatkan masa setengah jam rehat murid-murid tiada bantahan ke dengaran...tak apa cikgu kita cuba jalankan terlebih dahulu jika tidak berjaya kita berpatah balik....semata-mata ada suara2 sumbang yang inginkan masa pulang sama dengan rakan-rakan yang lain....sudahnya semua masa berganjak......orang lain terpaksa tanggung segala masalah kita kerana kita rasa idea kita hebat tanpa merujuk pada pendapat orang lain.....

Rasanya pihak sekolah terpaksa akur dengan saranan dari kementerian untuk awalkan rehat murid-murid ini terutama murid-murid tahap satu supaya mereka lebih bersemangat lagi untuk menerima pelajaran selepas bersarapan...jangan kerana ingin mengambil hati sebilangan dari kita dan menyiakan pendapat beberapa orang...kita ubah dasar dan menokah arus...sudahnya banyak kekangan dan rasa tidak puas hati kedengaran secara diam....apa yang pasti kita lihat sejauh manakah berkesannya dan tercapainya objektif pelaksanaan yang dijalankan secara tergesa-gesa ini...............