Renungan...

Followers

nuffnang

Tuesday, June 28, 2011

Daftar Azrie...

Selasa 28 Jun 2011

Salam untuk semua pembaca entri ni...moga paparan n coretan di sini sekadar hiburan,ingatan,panduan, tunjuk ajar serba sedikit yang termampu mengikut dangkal akal yang tidak selautan ilmu ini....apa2 pun cetusan dan garapan ni semata-mata menajamkan minda....

Ok posting kali ni...Daftar Azri di IKM TASYA pekan pada Isnin.....ya lah si azrie ni lebih berminat pada kemahiran kurang menyerlah pada akademik....di sinilah institusi yang mampu menjana kemahiran dan kepakaran di samping mendapat pengalaman secara teratur....permohonan ke sana lebih pada kehendak dia sendiri......yang tidak sedap di hatinya kursus yang dipohon tidak dapat...just dalam sedetik ni terpaksa buat rayuan pada IKM.....

Masa taklimat dengan Timbalan Pengarah...banyak input2 yang berguna diberikan tentang TASYA ni...rupa2 timbalan pengarah ni baru 6 bulan berkhidmat di sini.dan yang paling seronoknya bila para ibu bapa berebut untuk kemukakan soalan..rasanya sudah tiba masanya para ibu bapa ingin tahu segala-galanya dari mulut timbalan sendiri serta misi dan visi TASYA ni dalam melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan jika tamat latihan....

Yang kurang seronoknya bila terpaksa membayar yuran pengajian yang terlalu banyak dan menyusahkan para ibu bapa...pendek kata 3 buah bank terpaksa diredah untuk selesai masalah bayaran ni....rasanya perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap dapat mengurangkan masa pendaftaran dan karenah jabatan....

Pun begitu saat yang paling melenting....semualah ibu bapa buat rungutan...sampai ke peringkat mendail sendiri pada pengarah pasal tiada persediaan pun yang dilakukan oleh pihak IKM semasa pelatih2 baru ni masuk ke asrama....dengan keadaannya yang kotor...perabot yang tidak terurus....mane warden2 yang diberi elaun untuk menjaga kawasan ini...Bahagian HEP juga patut memainkan peranan agar hari pertama masuk hostel tidak menjadi fobia pada pelatih dan juga ibu bapa mereka...yalah dengan kadar bayaran yang mencecah ribuan ringgit sepatutnya tidak berbangkit perkara begini....

Mengapa tidak buat sesuatu untuk melengkapkan kemudahan yang patut disediakan....kalau ibu bapa sendiri yang terpakasa menyusun, menyapu, mengelap,menyimpan...ini sudah keterlaluan....kata orang gah pada pandangan utama aje...tapi bila masuk ke dalam baru kita tahu cantik pada kulit tidak pada isinya.....rasanya jika pihak pengurusan yang cekap,berintegriti, tahu apa peranan sebagai pentadbir....masalah ini tidak berbangkit dan tidak menjadi buah mulut ibu bapa yang datang mendaftar....

Apa2 pun pihak pengurusan perlu membuat sesuatu agar segala2nya nampak ok...kasihan pada anak2 melayu dan para ibu bapa yang datang dengan satu semangat supaya anak2 mereka belajar dengan selesa di samping kemudahan asrama yang baik.....hingga bertemu lagi di lain catatan..
.Bilik dan katil selepas dibersihkan.....kira ok lah

Wednesday, June 22, 2011

Bersenamlah....

Rabu 22 Jun 2011

Salam Rabu pada semua pembaca entryku...salam penuh kerinduan pada teman-teman sekolah yang semasa di sekolah menengah dan tidak lupa juga pada teman-teman yang sama-sama menuntut di maktab pergurusan pasir panjang yang sekarang ini hanya tinggal pada nama kerana kerana maktab tersebut sudah diganti dengan Sekolah menengah Sains Terengganu......

Panjang lebar cite pasal tempat2 yang menjana ilmu kepada diri ini...selama mana hayat dikandung badan...kerana institusi tulah maka aku menjadi seorang yang berkejaya dan sama-sama menyumbang kepada ekonomi rumah tangga......

Ok posting kali......Bersenam.tajuk yang santai dan penting tapi payah untuk melakukan dalam waktu sedetik ni....pasal... kita dilahirkan di kalangan yang pejam celik semua menjurus kepada readymade....yang susah2 tolak tepi untuk dilakukan.....

Memang rakyat Malaysia memang malas bersenam dan tidak memperdulikan kesihatan mereka. Justeru pada mereka kalu ditakdirkan Allah.... jatuh sakit...maka itu sudah ketentuan dariNYA...maka terhasil pemikiran yang jumud pada aktiviti bersenam. Tabiat ni harus diubah. Walaupun kita sememangnya telah melangkah ke fasa menopose,tetapi kita harus kekal aktif dan cara terbaik ialah bersenam secara konsisten.

Kata orang bersenamlah sekerap mana tetapi dengan kaedah yang betul dan selamat.Jika anda berisiko atau sudah pun mengidap osteoporosis,dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam perubatan tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda dan jangan bersenam senmbarangan kerana ini boleh memudaratkan tulang anda.

Selain itu, cuba dapatkan vitamin D sebanyak mungkin kerana ia membantu penyerapan kalsium. badan kita akan menghasilkan sendiri selepas terdedah kepada cahaya matahari. Jadi luangkan masa selama 15 hingga 20 minit di bawah cahaya matahari setiap hari untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi....

Tips2 ni sebenarnya amat berguna untuk diri sendiri dan mereka yang merasakan berada dalam kelompok yang sama....apa2 pun semua terletak pada kesedaran dan kesihatan diri kita...kerana kita lebih mengetahui tahap kesihatan dan kemampuan kita sendiri daripada orang lain yang menggesa kita buat sesuatu yang memang kita tidak suka buat.....wassalam hingga jumpa lagi...

Friday, June 17, 2011

Tidak haram isteri menanggung perbelanjaan rumah tangga....

Jumaat 17 Jun 2011

Berikut adalah soalan yang diajukan kepada Dr Abdul Salam dalam ruangan Fikrah Dr Salam yang saya petik dari Harian Metro.


Soalan: Benarkah rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.

Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama. Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.

Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak.

Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.


Zainal, Perak


fikrah dr salam
Jawapan: Islam menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapatan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.

Monday, June 06, 2011

Cotton Cheese Cake With Bluberry...


Isnin 6 Jun 2011

Salam ceria untuk semua....moga cuti sekolah yang panjang ni dimanfaatkan sepenuhnya...dengan kerja-kerja yang tidak mengusarkan fikiran n minda kita....terlanjur cakap cuti yang dimeriahkan dengan jamuan kahwin yang melata....sampai naik pening kita untuk memenuhi jemputan dari ampunya diri....apa2 pun tahniah pada yang melangsungkan hari bahagia kerana dalam waktu sedetik ni anda diketemukan dengan insan yang menjadi sharing patner sampai nyawa dipisahkan dari badan...yang lama2 tu semai balik kasih sayang semarak bunga ros yang baru berkembang...

Ok posting kali ni....ehehe...kek lagi...muka pun semacam tembam macam kek je...bila berdiet ada je idea2 nakal yang mengusik jiwa minta dibuatkan kek.....aduhai hobi yg paling diminati n ramai peminat sebenarnya... udah lama hendak cuba jaya buat kek cheese ni.... bila menjadi dengan ditambah bluberry di atasnya...rasanya sedap hingga menjilat jari...kos untuk membuatnya pun mahal....kek yang sedap pasti dari bahan2 yang mewah.....pendek kata tidak rugi mencuba kek ni sebab yang tidak suka pada cheese ni....bila sekali merasa kek ni pasti teruja untuk merasanya berkali-kali...

Rasanya yang lemak2 manis ditambahnya rasa blubeery tu...emmmmm tak usah cakap...memang sedap....mana2 yang hendak merasa boleh order...harga boleh dirunding...just untuk sharing kelazatannya aje....opp..lihatlah foto di bawah ni yang sempat dirakamkan...pada rakan-rakan sejawat insyaallah buke sekolah ni pasti dapat merasanya...saje nok promote pada kau orang semua....

Wednesday, June 01, 2011

Selamat Hari Lahir yang ke...?



Rabu 1 Jun 2011

Salam ceria untuk semua..... moga2 kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan dikalangan orang-orang yang sentiasa disayangi oleh kawan2 dan juga musuh2 dalam selimut...apa2 pun niat dan terlintasnya di hati...perkara-perkara yang baik dan berbaik sangka sesama sendiri...Insyaallah...

Posting kali ni....ucapan hari lahir yang bertalu-talu dalam FB dari semua rakan taulan sama ada yang rapat, mengenali .....dan rakan2 siber yang sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku...
terkadang kita sebenarnya tidak keseorangan dalam usia senja begini...terutama anak-anak didik yang sentiasa mengikuti perkembangan cikgunya yang sekarang semua udah masuk alam remaja dan alam berumahtangga....dan kita mulai mengintai ke alam yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan di kemudian hari....apa persiapan kita sebenar????sekadar menunggu aje tanpa persedaiaan...sehinggalah dijemput dengan rasminya.....

Maka bertambahlah usia sedetik lagi...terima kasih ya Allah kerana diri ini masih bernafas di alam ni dengan dikurniakan kesihatan yang baik....rezeki yang tidak pernah putus2...anak2 yang ...berjaya...sleeping patner yang sentiasa memahami...jua kekawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita...hanya Allah yang mampu membalas keikhlasan kalian semua.....

Tidak kurang juga yang meminta sesuatu.....ya..sudah tentu sebiji kek sebagai tanda ingatan...InsyaAllah akan ditunaikan terutama pada rakan sejawat...pada rakan 2 siber tu tengok gambar je lah ya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...