Renungan...

Followers

nuffnang

Monday, February 22, 2010

Belajar dari kesilapan...

Isnin 22 Februari 2010

Belajar dari kesilapan tajuk posting kali ini....belajar yang macam mana bila hati menyoal balik.....yalah kita sebenarnya banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan ni samada kita sedar atau teguran dari orang lain...maka di situlah tercetusnye pelbagai kesilapan yang kadang kala tidak sepatutnya berlaku atas kecuaian kita semdiri atau sikap melepaskan batuk di tangga...dan yang menjadi bebanan dan tanggungan adalah orang yg meletakan harapan kepada kita tetapi dipersiakan....

Dalam konteks ini siapa yang perlu dipersalahkan.....diri sendiri atau meletakkan kealpaan itu kepada orang lain sebagai jalan keluar untuk memastikan kita nampak sempurna dan lengkap di mata orang lain....Beginikah cara kita cuba mengelakkan sesuatu
tanpa memikirkan perasaan orang lain...jadinya kita jadi umpatan dan kesalahan yang kecil diperbesarkan dan yang tidak-tidak diadakan untuk menyedapkan cerita dan setidak mungkin menambahkan keburukan yang ada pada kita...

Jadilah peristiwa semalam sebagai pengajaran yang paling bermakna dan cuba atasi segala kelemahan kita dalam menguruskan sesuatu supaya ianya lebih berkesan dan jangan meletakkan kesalahan kita pada orang lain...tidak salah mengaku kelemahan dan kesalahan diri sendiri...tentu kita disanjung dan dihargai dari cuba menegakkan sesuatu yang sememangnya salah kita....

Jadilah diri kita seadanya..buatlah yang terbaik jangan malu mengaku kesalahan sendiri. belajar dari orang lebih tahu tidak salah meniru kebaikan dari orang lain untuk dijadikan pegangan kita jika kita rasakan bahawa wajar kita mencontohi cara kerja, mengurus dengan baik, sistematik....sebab kita tidak sempurna dan maksum di sisiNYA.....

Friday, February 19, 2010

Paparan yang mencuit hati..,,

Jumaat 19 Februari 2010

Terbaca satu entri yang menyentuh hati sanubari dari sesorang yang dikutip pada blogmya..apa yang pasti kauorg baca dulu lepas tu buatlah analisa sendiri cerita ini betul2 ke atau garapan cetusan idea dari pengarang untuk tatapan pembaca blognya....baca sampai habis...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah lagi boleh...?

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di, jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

*************************

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.

Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sarawak.

Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

***********************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya. You would only appreciate things when you lost it..


Sunday, February 14, 2010

Avatar filem hebat...

Ahad 14 Februari 2010

sudah lama berangan2 untuk menonton filem avatar filem paling hebat zaman ni..dengan kutipan tiketnya sahaja mencecah berbillon2 dalam masa 2 bulan tayangannya.....ternyata tidak sia-sia menanti kepulangan anakanda dari PLKN cuti Tahun Baru Cina untuk download dlm intenet....untuk ke pawagam rasanya tidaklah ke situ perginye mengalahkan anak2 remaja pulak pada usia yang menjangkau senja ini....

Ternyata sentuhan pengarah, penerbit filem Titannic ini tidak mengecewakan malahan mengangkat martabat filem yang berkonsep animasi komputer mampu menarik ribuan peminatnya melekat di pawagam serta tidak sia-sia bagi mereka melabur sedikit wang untuk mendapatkan intipati dan info dan rasa seronok menontonnya.(saje lebih2 sikit)

Filem yang sarat dengan nilai2 kemanusiaan,emosi. penyatuan,persahabatan, perrcintaan(sikit2 aje) dan aksi pertempuran antara canggihnya senjata moden dengan kekuatan kesatuan serta doa(dlm message filem ni aje) mampu mengalahkan gerombolan tentera yg begitu besar.....

Pada pendapat akulah semacam pengarang ini mengkaji peperangan Nabi Muhammad dengan tentera Quraishy dan tentera Abrahan bergajah yang ingin memusnahkan kaabah tetapi dapat dikalahkan hanya dengan burung ababil.....begitulah rentatan filem ini yang tidak berdaya dapat mengalahkan yg besar....

Eh...jadi pengulas filem pulak...saje-saje menyuarakan pandangan dan pendapat apa yang menarik kita puji yg membosankan kita keji.....keadaannye memang begitu....Rasanya filem ni memakan masa hampir 2 jam kalu tak silap....dan jika sekiranya kita menonton dalam 3D lagi menarik dengan sound sistem,effectnye yang canggih...paling menarik pemandangan yang dipaparkan begitu asyik dan menakjubkan rasanya berbaloi pengarang filem ni mengambil masa selama 15 tahun menghasilkan manuskirp yang tidak terfikir dek akal kita.Oleh itu...suggest aku baik tonton dulu kalu nok CD ni bolehlah....rasanya dok sabar untuk dipertontonkan kepada bebudak itu supaya mereka juga tahu kehebatan filem ini walaupun lambat lagi tayangannya dalam TV Malaysia.....

File:Avatar-Teaser-Poster.jpg





Thursday, February 11, 2010

Penting ke tarikh itu....

Khamis 11 Februari 2010

Bila mendengar sembang pagi menerusi radio muzik dengan tajuk perlukah pasangan kita mengingati tarikh2 penting dalam hidup setiap pasangan.....terasa sebu keliru haru biru celaru mencengkam hati......apa tidaknya tarikh2 berikut banyak meninggalkan kenangan yang peribadi dan harmoni dalam hidup kita.....apa tidaknya tarikh yang mengukaikan status dari single ke couple.....dan tarikh kelahiran yang menjelmakan kita ke alam fana ni.....tarikh yg mengikat dan menentukan hala tuju ki ta....semuanya bertarikh....

Penting sangatkah tarikh tersebut untuk diingati dan diraikan......penting ke.....soalan2 begini sering bermain di fikiran......pada aku amat penting untuk diingati dan diraikan.....apa tidaknya dengan tarikh ini segala-galanya bermula.....dari kecil hingga dewasa tarikh ini menentukan umur kita ......dari tarikh inilah kita mendakap kebahagiaan dan kekecewaan dengan teman tidur kita...maka sewajarnya ia dihargai tanpa rasa curigai dan perlu diraikan......

Apa yang pasti......kenangan yang lampau mampu mengimbau kemesraan dan kepercyaan kita pada pasangan sendiri.....tapi....kata seseorang yang mengingatnya hanya kita aje..sedangkan pada pandangan pasangan kita tidak mengambil endah pun atas alasan apa yang penting sangat pada tarikh...apa yang pasti kejujuran,kasih sayang dan kepercayaan itulah yang perlu dirasai dan sentiasa segar dan wangi dalam perhubungan...

Memang betul pandangan begitu.....tapi sekurang-kurangnya ada kejutan dalam perhubungan supaya kita dalam keadaan sedar bahawa perhubungan itu telah lama terjalin tanpa ada kekuatan hanya keseraian bahawa kita sudah dimiliki tanpa campurtangan dari orang lain....
Oleh itu hargailah tarikh keramat itu supaya kita lebih prihatin pada pasangan kita......

Wednesday, February 03, 2010

Banyaknya kerja....

Rabu 3 Feb 2010

Lama tidak berposting di alam siber ni......seperti tajuk di atas banyaknye kerja........begitulah kita setiap kali bersua ayat itu terucap menunjukkan betapa sibuknya kita sehari-hari.....yalah tahun baru azam baru semua baru...minda pun baru dengan banyaknya idea dan kita mula mencipta sasaran, upgrade target delete impian lama....begitulah kita mencipta keadaan ....last sekali mengulit angan-angan dan kita seperti tahun2 lepas sama saje......

yalah.....sejak ditugaskan memegang guru media.....kerja makin bertambah.....kerja yang ditinggalkan selama 4 tahun.....bayangkanlah......menyiapkan dalam sedetik cuma....kita pasrah demi keadaan.....Banyaknye buku.....ayat pertama terpancul takala mula menjejakkan kaki di library....cikgu-cikgu ni buat apa diberi tugas dan tanggungjawab tetapi tidak dilaksanakan sebaik mungkin dengan minit yang sedikit......bagi aku sia-sia saje jawatan yang diberikan tanpa dipantau..

Maka bermula dairiku sebagai guru perpustakaan melengkapkan diri sebagai guru media....bila dilihat timbunan buku yg banyak rasa bersalah tidak didedahkan dan diberi pinjam pada bebudak itu....betapa ruginya mereka yang lepas kerana tidak dapat menimba ilmu dari buku yang banyak ini...lenguh jari jemari ini memproses buku yang bertimbun ini....tapi alhamdulliah murid-muridku menunjukkan sikap yg positif bila mereka mula membaca dan meminjam buku tersebut...

Dan bila teringatkan library ni.....semacam ada sesuatu yang bermain di fikiran ini.....sampai bila ketakutan itu harus bersarang....menghantui dan mencemaskan diri sendiri.....aku tidak punyai kekuatan dan keberaniaan untuk melangkah ke bilik ini tanpa ditemani......yalah bila teringatkan peristiwa itu hati jadi keruan tanpa sebab.....meski telah diberi jaminan tiada apa2 yang berlaku setelah xfiles itu telah dialihkan.....kata seseorang itu....tapi ingatan itu masih kuat dan merah lagi untuk melupakan dan menidakkannye.....terbantut seketika usaha rajinku......bila ya keadaan akan kembali normal......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...