Renungan...

Followers

nuffnang

Sunday, September 27, 2009

Renungan dan Ingatan....

Ahad 27 september 2009


R E N U N G A N:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


.....
T E T A P I....



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . ..


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ........


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah..'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

More RELIGIOUS & ADVICE graphics


Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Khamis 24 September 2009


More AIDILFITRI graphics

Agak lewat inginku ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada rakan taulan,sedara-mara, kaum family dan yang sekutunya dengannya....sibuk begitulah perkataan yang mampu terucap ketika ini...apa tidaknya cuti bermula hari Jumaat...masa tulah semuanya hendak dibuat dari yang sekecik-keciknya hinggalah sebesar-besarnya.....semua hendak dicapai dalam sekelumit waktu yang terbatas....tapi alhamdulilah semuanya dapat disiapkan ala kadar demi menyambut hari yang mulia.hari yang seluruh umat Islam bergumbira hampir seluruh pelusuk dunia.....Raya ini hanya untuk bebudak saje....anak-anak. remaja...dan yang baru meningkat dewasa....kita yang hampir senja ni sekadar pelengkap serinya aje...yang pasti sambutan setiap tahun sangat meriah.....pendek kata tiga hari raya dok menang tangan melayan tetamu yang datang.....setiap tetamu yang bertandang ke rumah kita tu membawa rahmat....dan macam-macam juadah yang aku sediakan...rasa tak berbaloi kalau tidak dihidangkan makanan berat.....mereka lebih meraikan jika ada jaudah yang berat-berat sebagai pembuka selera.....

Sunday, September 13, 2009

Ibu...ibu kaulah ratu hatiku...

Ahad 13 september 2009


Pagi ini…, marilah kita berkongsi kisah antara diri kita dengan insan yang bergelar Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut ibu. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu,
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu, Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu, Kata ibu perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari ibu, Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu, Bila nak bermanja… aku dekati ibu.

Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu, Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu, Bila nakal, yang memarahi aku… ibu, Bila merajuk… yang memujukku cuma.. ibu, Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah.. ibu, Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu, Bila nak peluk… yang aku suka peluk.. ibu.

Aku selalu teringatkan.. Ibu, Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu, Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu, Bila bengang aku suka luah pada Ibu, Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuu!” Bila sakit, orang paling risau adalah Ibu, Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu, Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu…

Bila ada masalah, yang paling risau Ibu, Yang masih peluk cium aku sampai hari ni Ibu, Yang selalu masak makanan kegemaranku Ibu, Yang selalu simpan kemaskan barang-barang aku, Ibu, Yang selalu berleter kat aku Ibu, Yang selalu puji aku Ibu, Yang selalu nasihat aku Ibu, Bila nak kahwin.., Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri,
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu, Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu, Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku, Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu.

Bila sambut birthday, Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku, Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila.. bila.. aku akan talipon pasanganku, Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku,
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata ini,tak terungkap dek kata-kata,sebak dan pilu menguasai jiwa dan betapa selama ini terlalu banyak kata-kataku yang mencuit sanubarinya.Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh berikan asalkan ibu menyenangi diriku dan menganggap aku pemata hatinya.......

Tapi.... bila Ibu sudah tiada…. ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.Sesungguhnya betapa besar pengorbanannya mendidik dan membesarkan kita menjadi seorang insan yang cukup sempurna.Hargai usia senjanya kerana kita akan berdepan dengan kemelut yang sama suatu hari nanti....

Masih ada seminggu lagi bagi sesiapa di luar sana yang pernah melukai hati Ibu anda, masih ada lagi kesempatan bagi anda menunasabah diri sendiri,menghayati erti pengorbanannya membuat persiapan dan memikirkan perkara yang paling terbaik bagi diri anda dan Ibu anda sempena Syawal yang bakal menjelma.

“Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu"

More I-Love-You graphics





Tuesday, September 08, 2009

UPSR.....bertandang lagi

Selasa 8 September 2009


salam untuk semua....posting kali ini berkisar pd UPSR yang bermula pada hari ini....Setelah 9 bulan mengasah minda, menjana idea, memintal pelangi di mata, menganyam keletihan dan sesekali meneguk peritnya komen dari bos bila keputusan tidak memihak kepada kejayaan pada oti dan percubaan yang lepas....terasa segunung beban itu dapat didaki dengan kesabaran tanpa mengorbankan sekumit rasa bersalah kepada murid-murid.....dan hari ini segala-galanya terungkap sudah,terlerai segala kekusutan yang bersarang...terkadang itu keboringan itu terawan-awangan di serta pelusuk hati....wajarkah hati mempersoalkan segala-gala demi melihat sekuntum kejayaan itu mekar di taman atau dibiarkan terpendam begitu saja.....segala-galanya terjawap pada hari ini hanya dengan 1 jam mereka cuba mengingati kembali pelajaran yang diajar selama 9 bulan..begitu kejamnya dunia peperiksaan hari ini semata-mata mengharumkan nama segelintir manusia yang mempunyai agenda tersendiri....sampai bila proses kemantangan ini akan berhenti....dan murid-murid diberi kebebasan meluahkan apa yang tersurat dan tersirat di jiwa mereka dengan meluahkannya tanpa sekatan..wajarkah begitu.....dan cikgu-cikgu tidak dibelenggu dengan sukatan yang perlu dihabiskan dalam masa terdekat...wajarkah begitu atau kita biarkan masalah ini berlarutan sampai bila-bila kerana kita tidak mempunyai kekuatan untuk memprotes........paling membingungkan pabila soalan yang ditanya diluar kemampuan minda murid untuk menganalisanya....sehinggakan terpaksa merujuk pada kamus untuk mendapat kejituan jawapannya...wajarkah begitu....

More GOODLUCK graphics


More GOODLUCK graphics

More GOODLUCK graphics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...