Renungan...

Followers

nuffnang

Monday, August 31, 2009

SMS Ramadhan.....

Isnin 31 Ogos 2009

Bulan Ramadhan bulan keberkatan....bulan keampunan....bulan yang banyak kita mengumpul pahala...bulan meditasi diri sendri...dan banyakle kelebihan dan keistemewaannya....pendek kata beramallah nescaya ganjaran yang berlipat ganda menjadi milik kita yang peribadi dan abadi..InsyaAllah....sebenarnya posting kali ni saje hendak pamerkan begitu ghairahnya kita mencipta kata-kata hikmah pasal Ramadhan ni.....aku tabik spring kepada kauorg krn kreatif, inovatif,interraktif....dan tif2 yang lain dalam berkarya.....begitu hebat kata-kata yang dilontar dan digarap sebagai menunjukkan keagungunan bulan yang mulia ini.....kau org baca lepas tu bolehlah cut dan paste mana yang berkenan....

sms 1
Account notice: Your pahala balance is not sufficent to maintain your AKHIRAT account....plase TOPUP you AMALAN to reload your SYURGA credit line......HAPPY RAMADHAN

sms2
sentiasalah setting niat,Upgrade Iman,Download sabar,Upload usaha, Delete dosa, Update doa,and topup ilmu supaya dapatlah pahala banyak2......

sms 3
Ahad cari Isnin....Nak tanya nampak tak Selasa. agar ingatkan Rabu.....bagi tahu khamis supaya..jangan lupa Jumaat....sabtu tu dah puasa.....hehe....

sms 4
Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya.Jika seluruh umur adalah dosa maka takwa dan taubatlah ubatnya, Jika semua bulan adalah noda maka Ramadhanlah pemutihnya..selamat menyambut Ramadhan..

Tulah sms yang diterima...byk lagi tak kuasa nok menaip di sini...sekadar pembuka minda bahawa kita sememangnya menunggu bulan yang mulia ni....jangan harap kemuliaan bulan ni saje tanpa ada pengisian....rebutlah sebanyak mana pahala dan ganjarannya kerana janji Allah SWT melangkaui pemikiran kita....salam Ramadhan.
More RAMADHAN graphics

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Untukku



Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

Adakah H1N1 Merupakan Konspirasi Kapitalis?

Assalamualaikum.....

mengulas tentang wabak ciptaan manusia ataupn 'bioterrorism', sy ingin mengmbil contoh penciptaan virus komputer.. kita sedia maklum bahawa virus komputer adalah hasil ciptaan manusia semata-mata tanpa ada kena mengena dengan kuasa Allah dan ianya tidak terjadi dengan sendiri kerana belum wujud mana-mana Artificial Intelligence(AI) yang mampu berfikir dan bertindak sendiri. dan tentunya hasil ciptaan ini (virus komputer) dicipta untuk keuntungan semata-mata. sama ada dicipta oleh para hacker untuk mencuri maklumat-maklumat peribadi ataupun untuk merosakkan sistem perkomputeran mana-mana sasaran dan mungkin juga dicipta oleh syarikat-syarikat antivirus agar mendapat lebih ramai pelanggan atas keberkesanan antivirus mereka menghadapi virus hasil ciptaan mereka sendiri.

namun jika dibandingkan dengan apa yang disaksikan dunia sekarang, ia melibatkan virus yang mana hidup dan bernyawa. menggunakan fakta ini sebagai asas pendapat saya, saya tidak mampu bersetuju dengan pendapat bahawa ianya dicipta manusia kerana takut ia akan menjadi suatu fitnah yang adalah salah di sisi Islam hatta jika sasarannya adalah orang kafir yang membenci Islam. namun saya tidak menyatakan yang saya tidak punya gerak hati sebegitu. sesuatu yang melibatkan benda hidup, dalam kes ini virus Influenza A Strain H1N1, terlalu banyak yang tersembunyi dari pandangan kita.

tidak dapat dinafikan wujudnya 'BIOTERRORISM' seprti mana diamalkan oleh golongan2 kapitalis seperti penggunaan bom fosforus putih atau nama lainnya white phosphorus atau white pete (WP). penggunaan bom ini mengakibatkan kesan lecur yang lebih teruk terhadap mangsa walaupun hanya melibatkan kuantiti yang kecil. ini tidak termasuk penggunaan cecair mudah bakar seperti 'napalm' dan sebagainya. dalam kebanyakan perang di era ini, penggunaan bahan seperti ini semakin menjadi-jadi.

jika kita ingat suatu ketika dahulu tatkala dunia dikejutkan dengan kemunculan virus Anthrax yang mampu membawa maut, kecoh setiap kerajaan di dunia sekiranya ada bungkusan kecil yang tidak dikenali sampai ke pintu mereka. tidak dapat dinafikan bahawa virus Anthrax adalah hasil ciptaan manusia dengan kepakaran dalam bidang biosains yang mengubah maklumat genetik sesuatu organisme halus seperti virus agar mengeluarkan kesan yang merbahaya kepada manusia. perkara sebegini dilakukan dengan tujuan untuk membunuh ataupun mencari keuntungan dgn mengugut mana2 pihak.

Virus H1N1(selesema babi) dan H5N1(selesema burung) adalah virus bawaan dari haiwan. ia dikatakan telah bergabung dan berkongsi maklumat DNA dengan virus selesema yang biasa dialami manusia menyebabkan munculnya sejenis virus baru yang lebih tahan kepada ubat-ubatan yang sedia ada. disini kita hanya boleh merumuskan beberapa perkara:
1- Allah telah menciptakan virus2 ini dengan kuasanya untuk menyedarkan manusia betapa lemahnya mereka dan sentiasa beringat bahawa hidup ini hanyalah sementara. mungkin ini juga peringatan bahawa dunia semakin menghampiri penamatnya dengan penularan pelbagai wabak di seluruh dunia.
2. virus2 ini diciptakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan hasil keuntungan penjualan vaksin mahupun melalui pembunuhan besar-besaran untuk mengurangkan jumlah manusia bagi mengurangkan beban kerajaan, yang mana hanya dapat berlaku dengan izin Allah.

sekiranya benar virus ini adalah hasil ciptaan manusia2 yang tidak bertanggungjawab, marilah kita sama-sama berdoa agar umat islam di seluruh dunia terhindar dari perkara2 sebegini. dan semestinya perkara ini terjadi dengan izin Nya, maka berdoalah juga agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita sebelum kita dijemput menghadapiNya.

salam ilmiah...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadhan......

Sabtu 22 Ogos 2009

"Apabila tiba bulan Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"
Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Rasanya baru semalam kita menyambut ketibaan bulan Ramadhan tahun lepas, dan..kita sambut lagi Ramadhan pada tahun ini....Begitu cepat masa berlalu....dan umur kita semakin senja..meniti usia....membilang hari....sesekali menganyam pelangi di mata.....tatkala menghitung banyak dosa dan noda yang tercalit pada dairi kehidupan....tetapi kealpaan itu sering mengukir senyuman dan kita masih sama seperti dulu..dulunya memintal angan-angan dan impian yang tiada kesudahannya...sebenarnya banyak kelebihan dan keistemewaannya kehadiran Ramadhan yang Allah SWT turunkan....
  • Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah(puasa,tarawih,sedekah,iktikaf,doa,munajat,tadarrus dan sebagainya.
  • Bulan Keampunan,rahmat,keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.
  • Bulan pembersihan jiwa melalui munajat,taubat,doa dan sebagainya dari serta dapat meningkatkan sifat sabar,tabah,belas kasihan.
  • Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.
  • Bulan pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup.
  • Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.
  • Bulan Pahala dan ibadah dilipatgandakan.Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu dan amalan fardu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.
Senarai semak amalan pada bulan Ramadhan
*Iftar bersama
* Tilawah
* Tadarrus
* Solat tarawih
* Qiamullail
* Iktikaf
* Bersedekah
* Menambah Ilmu
* Eratkan silaturrahim
* Menghayati perjuangan Rasullah SAW dan para sahabat

More RAMADHAN
graphics

More RAMADHAN graphics







Sunday, August 16, 2009

Sukaneka di sekolahku.....

Isnin 17 Ogos 2009



Aduhai.....penat melayan kerenah bebudak ni...apa tidaknya kita ditugaskan sebagai pengurus pasukan rumah kuning......menguruslah aku jawabnya......punyalah bebudak ni terlampau excitednya dengan bermain......dok dengar apa yang kita cakap...naik pening aku....rupa-rupanya bertanggungjawab jugaklah si pengurus pasukan ni....mana tidaknya semua budak2 ni takut semacam aje pada aku.....apa yang penting mesti ikut peratuan, berdisiplin,dengar arahan aku, mesti ikut acara...kalu aku kata A semua mesti ikut.....anyway sukaneka ni saje untuk suka2 dan menghiburkan...di samping semangat bersukan itu tetap ada....dan kita dapat melihat perangai murid2 dan cikgu2 sekali...ada yang ambil kesempatan dan ada yang menjalankan tugas dengan rasa tanggungjawab.....pada yang komited pada tugas berilah apa2 tugasan mereka akan buat tanpa banyak bicara.....


H1N1-selsema babi

Ahad 16 Ogos 2009


Terasa kita di ambang maut tatkala melihat dan mendengar puluhan yang menjadi mangsa virus yang dikatakan berasal dari khinzir ini....yang menjadi perdebatan dan persoalan di sini kenapa puluhan kematian itu melibatkan golongan melayu tidak melibatkan golongan lain...adakah bangsa cina contohnya sudah ada imunisasi sendiri akibat sering memakan babi dan virus ini seakan alah kepada spesisnya sendiri....atau adakah ini bala dan balasan dari Allah SWT sendiri yang merasakan bahawa sudah sampai masanya umatku patut menerima musibahnya sendiri kerna manusia merosakkan segala kebaikan yang aku perintahkan supaya dibuatnya......atau manusia itu sendiri merencanakan wabak ini semata-mata mengharap keuntungan hasil dari ketamakan dan kepentingan peribadi sendiri semata-mata suvival hidup di masa akan datang.....di peringkat kerajaan masih di awang-awangan yang menguntarakan persaolan mencegah demi mencegah tanpa ada penyelesaian bagaiman untuk merawat dan mencari altenatif agar penyakit ini dapat disembuh dengan kaedah kita sendiri...walhal kita ramai saintis yang berkemampuan yang boleh menjana idea mereka mengawal wabak ini dari mengancam rakyat di negara ini.....saya tidak nampak ada usaha untuk menjemput dan berdiskusi dengan golongan ini bagi mendapatkan gambaran yang sebenarnya dari kaca mata mereka sendiri...tetapi kita lebih banyak bertanya pada orang2 politik yang bercakap tidak berpijak di bumi nyata......Ini persoalan2 yang menghantui diri kita sendiri......dan masing2 membuat andian dan tafsiran sendiri dengan mengemukkan pelbagai teori dan imunisasi sendiri yang dipraktik dari hasil kajian yang tidak ilmiah.....INDAHNYA MALAYSIAKU.....

Thursday, August 06, 2009

Bannerlah pulok.......

khamis 6 ogos 2009

Berjumpa dengan guru besar mesti ada sesuatu yang akan disuruhnya.... boleh cikgu jadi bos

minta murid2 tahun 6 buat kata-kata perangsang untuk diri sendiri sebelum UPSR segala perbelanjaan beritahu kepada saya.....janji dpt disiapkan sebelum UPSR dan ditayangkan di koridor kelas......begitulah bait-bait ayat puitis yang lunak menusuk ke telingaku.....aku jawab ke tidak ni...lalu terjawab oleh mulut kuini...kalu kita tempah aje lagi cantik dengan kata-kata yang menarik...tentu menarik...semacam cadangan aku tidak didengari....tapi masih menguatkan kata-katanya sebentar tadi......aduhai...ok cikgu saya buat...selepas aku mengiakan cadangannya dia berlalu dengan seribu kelegaan....dan aku tercari-cari apa yang perlu aku buat sebenarnya....bukan aku tidak setuju cadangannya...tetapi udah 4 waktu masa BM aku digunakan untuk membuat banner tersebut......tapi....terkedu aku bilaku cerita kepada bebudak itu 100% bersedia untuk membuatnya......dan hasilnya amat menarik sekali...rupa-rupanya budak2 ini mmg kreatif dan inovatif.....tekaanku meleset sama sekali.....meletakkan seribu halangan di depan tanpa memberi peluang dan ruang untuk mereka meluahkan idea dalam berkarya......terasa beban yang tergalas di bahuku ringan kembali....tapi dengan satu syarat diadakan pertandingan antara kumpulan.....hasilnya amat membanggakan...tahniah dan terima kasih moga usaha kalian diberkati...InsyaAllah 5A pasti dalam genggaman.......
















Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts





Tuesday, August 04, 2009

Surat Layang-layang....

4 Ogos 2009

surat layang.......heboh satu sekolah adanya surat yang dilayangkan oleh seseorang kepada guru
di sekolah ni......ada yang pro dan ada yang kontra tentang surat layang ni.....tapi bila isu ini ternyata benar maka sewajarnya surat layang ni ada kesahihan ni tanpa prasangka.....sebabnya yang terlibat mengaku bahawa apa yang tercatat itu benar......dan yang disoal untuk mengesahkannya menyatakan apa yang dilayangkan itu benar, soheh, tepat dan jitu...pendek kata tanpa diragu-ragu lagi...takkan pokok bergoyang tanpa angin.....muasabah diri....baiki diri sendiri macamana seorang pendidik yang tinggi akhlaknya.....seorang yang tahu tentang hukum hakamnya melupakan tanggungjawabnya......yang engkau terima gaji bulan-bulan itu untuk apa.....dan yang paling menyedihkan ada di kalangan kita semacam merestui tindakan yang dibuatnya dengan alasan surat layang tidak ada kesahihannya dan sepatutnya tidak dilayan.....duhai dunia....kabarkan kepada mereka itu kalau udah sipembuat itu mengaku bermakna apa yang tersurat dan tersirat itu betul.....


siapalah kita untuk menidakkan apa yang benar.....ada orang mempunyai kekuatan untuk menyatakan kekesalan mereka secara langsung dan ramai di kalangan kita tidak mampu berbuat demikian kerana sememangnya kita tidak pandai berhujah secara spontan.....ada perkara yang paling berkesan diluahkan sebegitu.....apa yang penting kewajaran orang yang menjadi ketua menangani masalah ini secara berhemah....kerana ingat mata yang memandang itu lebih ramai....bagi aku didiklah mereka sebaik-baiknya seperti kita inginkan orang mendidik anak anak kita supaya lebih pandai daripada kita....ingat kita didik anak orang pandai..insyaallah Allah akan menjadi anak-anak kita lebih pandai kerana rahmat Allah itu adil kepada sesiapa yang berlaku adil kepadaNya.....


Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...